Bagaimana Shaklee ubah hidup anda.


Selamat Hari Malaysia semua. U all apa khabar? Mumy alhmdulillah sihat. Tapi....malasnya nak turun kerja. Next week mumy da start kerja. Kuatkan semangat. Cuba u all tepuk mumy kejap. Biar mumy bangun hehehe.

Apapun tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan penuh amanah. Da tugas kita kan. Mesti buat sehabis baik dan seikhlas hati. ImsyaAllah akan mendapat kerberkatan dariNya amin...sudah-sudahlah mumy oiii...jangan nak berleter sangat. Oppsss...jangan marah u all. Mumy lama tak berbelog. Macam semua nak diluah. Hehehe

Mumy nak tanya u all,pernah tak u all makan sup sayur yang tak ada campur sebarang penambah rasa? Just air and sayuran je. Yang belum pernah u all bayangkan rasanya. Yang da pernah cuba, simpan rasa rahsia tu untuk kenangan.  Ada ke sup macam tu? Ada u all, namanya sup pembakar lemak.

Sup pembakar lemak? Yang nak membuang lemak jauh-jauh tu mesti da excited kan. Ya mumy tau, lemaklah penyedap makanan and perosak penampilan. Kalau makan makanan yang berlemak memang rasa heaven sangat. Betul tak? Jangan nak terliur pula okey.

Tapi kesan lemak tu memang horrible. Dimulut sedap dan jadi peneman rasa tapi dalam badan jadi lawan. Last-last kita pun berdendam dengan lemak. Hebatkan lemak?

Jangan salahkan lemak u all. Lemak tak bersalah sikit pun. Kita yang over makan lemak, bila lemak da terlebih kita da menempah pakej penyakit untuk badan.

 Badan kita perlukan lemak untuk menutup organ-organ kita. Kira macam bajulah. Kita manusia pun pakai baju. Organ kita pun sama tau. Lemak kita juga diperlukan untuk aktiviti seharian kita.

Eh, boleh ka macam tu? Of course boleh u all. Hebatkan aturan Allah. Lemak tu akan ditukarkan kepada bentuk tenaga. Tenaga tu kita guna untuk apa?

Kita nak make up, touch up muka, makan, minum dan semua perbuatan kita perlukan tenaga. Sebab tu mumy cakap tadi jangan pernah salahkan lemak.

Kenapa kita akan berdendam dengan lemak. Perkara ni jadi u all, kalau kita terlebih ambi lemak. Mumy ulang okey, TERLEBIH AMBIL LEMAK. Bila lebih dan terlebih ni lah yang buat kita stress. Kenapa stress pula?

Semestinya stress u all sebab,macam- macam penyakit kita dapat. Siapa tak kenal penyakit tiga sekawan tu ( darah tinggi, diabetis and sakit jantung) itu yang akan serang kita dulu. Belum lagi masalah berat badan. Perut buncit. Dagu berlapis. Belakang bertingkat-tingkat. Semua ni mumy yakin akan buat semua orang stress.

Bila stress da datang, timbul pula masalah lain. Jerawat, insomnia and kemurungan. Ni semua jadi bila confident kita da drop. Jangan samakan life orang yang mempunyai lemak berlebihan aka gemuk ini dengan show yang ada dalam tv. Tak seindah itu u all. Ianya bukan lah best macam show "my fat fabulous life" tu. No u all. Its not like that.

Bertindaklah sekarang. Bakar semua lemak-lemak yang terlebih makan tu. Jangan tunggu orang sebelah bakar lemak baru u all nak bakar. Bertindaklah sekarang. Yes now. Before its too late.

Yes I know. Mostly kita busy. Nak buat sup pembakar lemak memang tak sempat. Apa bukti tak sempat tu? Buat tak tau pula ya. Tuuuu...yang tengah makan mee segera tu apa?

 Jangan panik u all, mumy da jumpa satu cara untuk membakar lemak-lemak yang lebih tu. Mumy da cuba. Memang superb u all. Tak perlu nak masak ke apa. Just open ur mouth. Hasilnya, mumy da jadi semakin yang terindah. Kalau nak tau, jom sembang rapat dengan mumy. Mumy akan share dengan hati yang terbuka. Sebab Your Beauty Is Our Passion.


Comments

Popular Posts