Kenapa BIG WHY sangat penting untuk berjaya.


Ya Allah panasnya cuaca hari ni. Ni baru kat dunia kan u all. Kalau di Padang Mahsyar lagi panas. Memang terasa peluh tu mengalir. Aircond tak terasa sejuknya. Dunia semakin panas. Kita yang bertanggunjawab buat Bumi kita panas.

Lapisan ozon da makin nipis. Bila cuaca panas macam ni mumy terkenang pula, macam mana petani, nelayan atau buruh bekerja zaman panas macam ni. Sengat matahari tu tajam betul. Mumy kadang-kadang terfikir,kalau mumy bekerja macam tu, tahan tak mumy. Mesti mumy mengeluh panas setiap masa kan?

Jangan dipandang rendah mereka ni, merekalah yang banyak menabur bakti kepada kita. Kenapa mumy? Sebab tanpa petani tak makan sayur and buah la kita kan. Hidup ni saling berkait dan perlukan antara satu sama lain. Hehehe...macam tengah ajar subjek moral pula. 

Sembang kopi yang lepas mumy ada cerita kan apa impian mumy. Hari ni mumy nak tanya u all setiap impian kita tu ada sebab tak? Bagi mumy, every action we planned or do of course ada WHY nya betul tak. Kita tak nak berubah atau buat something tanpa sebarang reasons right? Untuk capai semua impian indah kita tu, kita perlukan WHY yang sangat kuat. Kalau WHY kita tu ciput, ciputlah usaha kita.

Why we need WHY to achieve our big dream? Sebabnya dream tu la yang gerakkan kita. Dream tu tercipta oleh WHY kita. Macam mumy, impian mumy nak ada income tapi mumy tak bekerja untuk income tu. Why mumy tak nak kerja. Sebab mumy tak nak orang bayar mumy untuk buat kerja tapi bayaran tu buat masa mumy dengan family tak ada. Itulah big WHY mumy. Mumy nak ada optimum time dengan family, besarkan anak depan mata. Memang itu nature seorang ibu kan.

Bila kita bekerja untuk orang, balik kerja da penat. Terus buat kerja-kerja rumah. Tempat kerja kita da busy dalam rumah pun busy anak-anak tak terlayan sangat. Mumy memang rasa bersalah sangat-sangat. Bila mumy bagi orang lain jaga kakak and adik. Mumy rasa sedih. Ya, mumy kena tinggalkan dorang dengan pengasuh.

Bila turun kerja,hati tawakal je and doa supaya Allah jagakan anak-anak mumy. U all bayangkan, time mumy mengajar mumy boleh dengar suara adik nangis. Memang sayu hati mumy. Nak balik, mumy tengah mengajar. Bila ada masa free mumy lari balik rumah agak adik.

Pengasuh cakap adik tak mau menyusu. Bila mumy ambil adik, adik diam and tertido. Bila mumy bagi dengan pengasuh adik nangis balik. Mendayu-dayu tangisian adik u all. Adik bukan nak susu, tapi adik cuma nak mumy. Sob...sob...sob..sedih mumy.

Kenapa mumy tak ambil cuti menjaga anak je. Memang mumy ada plan macam tu. Tapi mumy tak akan dibayar gaji. Mumy tak sanggup biarkan abang sorang yang tanggung beban. Mumy nak tolong family di kampung lagi. Mumy bukannya keterunan orang ada-ada. Sebab tu impian mumy, mumy duduk rumah tapi income masuk.

Keluarga adalah big WHY mumy. They are my precious. Mumy nak masa yang optimum dengan family. Mumy tak nak diikat oleh jadual orang lain. Mumy tak nak lagi bekerja untuk orang lain. Mumy nak berjaya macam orang lain yang berjaya. Biar orang yang kerja untuk mumy. Tiada yang mustahilkan u all. Semuanya bermula dari kita. Apa orang Sabah cakap, "dari kau saja baitu".

Bila big WHY mumy tu  keluar? Semuanya bermula bila mumy terbaca tentang bisness shaklee. Untuk mencapai sesuatu kita perlu berubah dan bertindak. Kita kena bergerak dan yang paling penting mestilah niat dan ilmu. Yang tu mumy ada cerita dalam sembang kopi kita yang lepas. Baiklah u all, masa mumy untuk kelas Pendidikan Moral da dekat. Mumy get ready dulu okey. Kita jumpa lagi dalam sembang kopi kita yang akan datang. Stay tuned because Your Beauty Is Our Passion.

Comments

Popular Posts