Tuesday, 25 October 2016

Selesema yang mencabar

Cuaca sekarang memang tak menentu. Hari ni mumy nak cerita cara sembuhkan selesema dengan cepat. InsyaAllah sangat membantu dan cepat sembuh. Tidak salah berusaha kan.

Nak dijadikan cerita,mumy, kakak dan adik kena selesema. Memang mencabar. Cuaca yang kejap panas pastu hujan. Kakak yang selesema dulu. Mumy tak terfikir pun kakak selesema sebab biasanya kakak akan sakit bila ada orang lain sakit dan direct contact dengan kakak.

Selidik punya selidik....rupa-rupanya ada pembawa virus selesema. Huhuhuhu...tapi nak buat macam mana benda da jadi kan. Sakit pun ucapkan syukur juga. Siapa pembawa virus selesema dalam rumah mumy ni?

Bukan nak salahkan sesiapa. Tapi yela mencegah lebih baik dari merawat kan. Kalau mumy tau cik pengasuh mumy tu selesema da mumy bagi cik pengasuh MC. Masalahnya dia tak inform mumy awal-awal. Huhuhu...bukan mumy nak marah pun kalau dia bagitau dia sakit kan. Da hari kedua dia selesema baru dia inform mumy. Tu pun lepas mumy tegur suara cik pengasuh sengau.

Nak marah pun tak ada guna. Bertindak cepat lagi berguna. Apa mumy buat? Haaaa....cara mumy ni memang mumy da buat dari dulu dan insyaAllah memang berkesan. Yang paling bestnya mumy tak guna ubat okey...😊😊😊😊semuanya mesra kesihatan dan cepat sembuhkan selesema anak-anak dan orang dewasa. Suka ke suka?

Apa cara mumy nak sembuhkan selesema mumy dan anak-anak.
Mumy amalkan empat cara ni.

Yang pertama,ambil bawang merah kupas kulit dan belah dua. Lepas tu letak dalam bekas kecil dan letak di sudut yang u all nak. Petua ni kredit kat google...huhuhu...mumy tak ingat dari blog mana. Da lama mumy jumpa petua ni sebelum mula berblog lagi. Kenapa bawang merah?apa yang ada pada bawang merah? Haa....kalau nak tau u all mesti jumpa mumy dalam sembang kopi yang akan datang okey😊.

Cumanya bila guna petua bawang ni,rumah jadi bau nak kenduri. Kuat bau bawangnya. Tak pe,bau tapi ubat kan. Letaklah ditempat yang budak-budak tak dapat kacau bawang tu. Macam kakak,kakak tak akan sentuh bawang tu sebab kakak tak suka bawang. Adik belum tau lagi hehehe.

Yang kedua,mumy guna lemon. Yang ni petua dari mum. Nenek kepada kakak dan adik. Alhamdulillah mujarab u all. Terima kasih ya Allah sebab cipta tumbuhan penawar ni. Terima kasih juga untuk my beloved mum.

Caranya bila mandikan anak atau baby,hiris lemon macam nak buat lemon teh ais tu. Lepas tu campur dalam air mandian anak. Aromanya memang best dan dapat keringkan hingus anak dengan cepat. Macam kakak dan adik dua hari je hingus da semakin kering. Bagi anak mandi lama sikit dan sedut aroma lemon tu.

Mumy bila mandikan anak-anak guna campuran lemon ni,mumy tak kan guna sabun dan shampoo supaya lebih mujarab. Terbukti secara klinikal tu,memang taklah cuma terbukti berkesan untuk anak-anak mumy.

Lemon ni juga boleh hiris nipis dan bagi anak hidu baunya. Segar je rasanya. Sebab mumy pernah cuba. Kalau bagi anak hidu vicks atau minyak kayu putih confirm berkerut muka, kalau mumy guna lemon lebih kuat dorang hidu. Selamat tanpa bahan kimia.

Cara yang ketiga,mumy guna petua garlic sock. Untuk baby senang guna kaedah ni sebab tak banyak songeh. Kalau macam kakak payah sikit. Bau bawang lah...tak naklah...macam-macam lagi. Cara mumy,mumy ambil seulas bawang putih kupas kulit belah dua dan balut dengan tisu. Agak-agak tisu tu tak koyak. Apa rasionalnya,supaya kulit tapak kaki anak yang mulus tu tak rasa pijar bawang tu. Betul ke perkataan mumy tu😅😅😅.

Garlic sock ni kalau pakai,baunya satu rumah. Peluh anak pun jadi bau bawang putih. Pakainya di kaki,baunya serumah. Hehehe. Kalau anak tu macam tak selesa periksa balutan bawang putih tu takut terbuka. Cian kaki anak nanti.

Yang terakhir ni mumy sendiri yang amalkan. Mumy makan vitamin c sustain released Shaklee. Ikut pengalaman mumy,bila selesema sehari dua  da hilang. Tak seteruk dulu-dulu. Kebaikan dan keistimewaan vitamin c Shaklee ni mumy akan sembang detail pada sembang kopi kita yang seterusnya.

Ssshhhhh...apa yang mumy suka vitamin ni,kulit mumy makin putih dan gebus tau. Mumy suka...mumy suka....😍😍😍😍😍 . Kemudaan mumy pun terjaga. Hehehe. Okeylah u all,mumy nak main dengan kakak. Jumpa lagi, your beauty is our passion.

Saturday, 22 October 2016

Vitamin untuk stress

Assalamualaikum u all. U all tengah buat apa? Mumy tengah baring dengan adik sambil bercerita dengan u all. Hari ni mumy nak kongsi tentang  vitamin anti stress. Ada ke...ada u all. Mumy nak tanya pernah tak dengar anak memilih bau. Bukan bau busuk ke wangi ya. Maksud mumy bau ibu. Kenapa mumy nak share tentang ni sebab da seminggu adik tak nak dengan orang lain even dengan daddy nya. Mesti nak mumy juga.

Lain anak lain ragamnya. Sebab tu kalau jadi ibu dan bapa ni mesti bersedia dari segi mental dan fizikal. Cabaran sebagai ibu dan bapa ni yang buat hidup kita bermakna dan lebih matang. Maksud mumy matang dari segi pengurusan emosi,kewangan,masa dan kasih sayang.

Anaklah penyeri hidup sesebuah keluarga. Macam mumy, mumy kena banyak sabar bila adik nak kena angkat je. Tambah-tambah lagi adik memang nak dengan mumy je. Nasib baik kuaters guru dekat dengan kelas dapat mumy jenguk adik bila masa free.

Jadual mumy penuh hari selasa, khamis dan jumaat. Hari-hari ni confirm mumy akan dengar tangisan nyaring adik yang nak mumy nya. Memang sedih u all. Sayu hati ini bila dengar anak nangis tak henti-henti. Tapi nak buat macam mana kan, walaupun hati ni da meronta nak pujuk adik, tanggungjawab dan amanah yang satu lagi mesti dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan istiqamah.

Adik nangis tu bukan nak susu, sakit atau pampers penuh. Adik cuma nak mumy je. Sebab bila mumy balik, adik berhenti nangis dan senyum. Lepas tu buat kaki excited nak minta ambil. Memang mumy sedih sangat tengok adik macam tu. Mata bengkak sebab lama sangat nangis. Sabarlah sayang, mumy kena kerja. Mumy tak nak makan gaji buta dan mumy tak nak anak-anak mumy makan duit yang tak berkat.

Bila mumy balik kejap sementara tunggu kelas yang seterusnya mumy pujuk adik. Bagi adik mandi dan tidurkan adik. Selalunya adik akan tidur terus dengan nyenyaknya. Bila adik da tidur mumy akan lari pula untuk ready kelas yang seterusnya.

Cabaran jadi ibu yang bekerja ni memang besar u all. Kawalan emosi dan pengurusan masa tu kena baik. Bila tak urus masa dengan baik semua kerja tak siap. Lepas tu mula salahkan orang lain. Mumy tak pernah bawa kerja mumy balik rumah. Sebab mumy tau tak kan siap punya. Hehehe.

Jadi apa yang mumy buat, mumy kurangkan gosip mumy siapkan kerja mumy. Rancangan mengajar untuk hari seterusnya. Rekod-rekod yang perlu.

Macam mana nak kawal emosi pula. Yang pertama mesti sentiasa ingat Allah. Lepas tu buat something yang menggembirakan. Macam mumy bila mengajar mumy akan buat aktiviti yang seronok. Permainan,eksperimen atau yang paling murid kat sini suka pembelajaran bentuk pertandingan.

Kalau kat rumah mumy akan banyak sembang dengan abang. Kongsi apa je yang dalam hati ini. Abanglah yang banyak membantu. Thank you abang. Kalau rasa emosi tu da tak stabil cepat-cepat minum air. Kalau mumy,bila adik da meragam waktu adik nangis buka mulut cepat-cepat mumy cium. Wangi bau mulut baby tau. Hehehe. Hilang segala stress tu. Tak percaya buat nanti.

Satu lagi cara mumy yang u all mesti tau. Nak tau tak? Mumy makan ubat stress ke? Ishhhhhh....jangan dibuat dan diamal tu bahaya. Mumy bagi badan mumy nutrisi dan vitamin yang cukup. Nutrisi dan vitamin okey,bukan ubat.

Badan kita ni bila tak cukup nutrisi dan vitamin yang sepatutnya sebab tu kawalan emosi jadi tak betul. Jangan berkira untuk kesihatan sendiri u all. Mumy nak jadi mumy yang superb. Sebab tu mumy sentiasa bekalkan badan mumy dengan vitamin yang baik dan semestinya yang asli.

Kalau nak tau cepat-cepat tanya mumy okey. Mumy akan ajar cara nak dapat vitamin anti stress dan mumy akan ajar cara pemakanannya. Apa yang penting cara pemakanan tu based on pakar dan nutritionist Shaklee.

Ibu-ibu hebat di luar sana jadilah ibu yang hebat,sihat dan cantik. Your beauty is our passion.

Tips bila blackout

Assalamualaikum y all. U all apa khabar?mumy doakan kita semua sihat. Hari ni jom kita sembang tentang tips bila blackout aka tak ada elektrik waktu malam.

Mumy nak tanya pernah tak u all mengalami suasana gelap gelita ni. Mumy paling tak suka bila gelap. Mumy akan rasa sesak nafas, gelisah, rasa nak nangis dan takut sangat. Dipendekkan cerita mumy fobia dengan gelap.

Ada orang suka bila gelap mumy memang tak boleh. Kalau time tidur tiba-tiba tak ada elektrik confirm mumy sedar. Mumy pun tak tau kenapa. Mumy akan berusaha juga cari cahaya. Memang orang cakap dalam kubur lagi gelap, ya mumy tau tapi fobia mumy dengan gelap waktu hidup ni memang kuat.

Tadi tiba-tiba tak ada elektrik. Mumy tengah main dengan adik. Kakak tengah main sorok-sorok dengan abang. Abang dan kakak tenang je. Mumy da gelisah rasa nak nangis. Waktu tu handphone jauh. "Abang!!!!!cepat cari handphone!!!!" tu je mumy cakap. Huhuhu....takut betul mumy u all.

Tengah mumy kalut dan takut tu tiba-tiba kakak cakap dengan tenangnya " daddy what are you?" Automatik mumy dengan abang ketawa. "Daddy where are you?" lah sayang. Hehehe. Walaupun perkataanya salah mumy bangga sebab kakak boleh cakap orang putih😊😊😊😊😊.

Tengah mumy dengan abang ketawa elektrik pun ada. Alhamdulillah....syukur ya Allah.

Sesiapa yang ada fobia macam mumy ni kena sentiasa get ready dengan sumber cahaya. Yang paling cepat dan pantas mestilah handphone kan. Pastikan handphone sentiasa ada cas. Kalau tak elektrik siang tak pe u all. Waktu tu terang benderang cuma kena tahan lah dengan panas. Kalau tiba-tiba blakout malam....haaaaa...kan nebes tu.

Lagi satu boleh pasang emergency lamp. Yang ni memang selamat. Tapi apa pun sentiasa bersedia dengan sumber cahaya macam handphone dan lampu suluh. Taklah kita terjerit-jerit macam budak-budak hehehe. Hilang keayuan dan gelaran super ibu nanti.

Baiklah u all, elektrik pun da ada. Mumy nak kemas barang sikit. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang ye....your beauty is our passion.

Monday, 17 October 2016

Saya pengedar Shaklee Miri

Assalamualaikum dan selamat malam u all. Mumy harap u all semua sihat. Aminnnn...malam ni mumy nak buat pengumuman. Mumy Pengedar Shaklee Miri yang sah dan stokis Shaklee Miri. Haaa...siapa yang memcari produk Shaklee, boleh cari mumy okey. Terutama sekali kawasan Miri. Untuk pengetahuan semua, mumy ready stock dan boleh COD kawasan Miri dan Brunei. Kalau nak mumy post pun boleh.

Untuk sesiapa yang nak jadi ahli dengan mumy sangat dialu-alukan. Banyak kelebihan bila kita jadi ahli Shaklee ni. Kalau nak tahu apa kelebihan dan keistimewaannya jom cepat-cepat daftar jadi ahli dengan mumy😊😊😊😊.

Apa yang best bila beli produk Shaklee dari mumy? Bukan setakat u all dapat produk yang u all nak je tau. Mumy boleh consult cara makan yang betul. Cara makan tu bukan mumy cipta sendiri okey. Tapi cara makan dan pengambilan yang disarankan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri.

Mumy tau, setiap kita inginkan yang terbaik untuk kesihatan kita. Sebab tu kita nak suppliment yang terbaik kan. Nak hasil dan kesan yang terbaik kita mesti makan dengan cara yang betul. Tak boleh hentam sembarang je. Nanti produk yang terbaik pun jadi tak baik kalau cara makan atau gunanya salah. Setuju tak dengan mumy?

Cara pemaknan yang betul ni penting sangat u all. Kalau kita makan ikut suka hati je baik tak perlu doktor kan. Sebab tu, bila kita nak makan apa-apa suppliment pastikan kita tahu cara makannya. Kalau kita beli dari farmasi ke,agen ke make sure u all dibagi tahu cara pemakanan yang betul.

Bukan apa,mumy takut benda yang sepatutnya menjadi penawar menjadi racun untuk badan kita. Macam mumy, mumy tak akan suka hati bagi tahu apa yang u all perlu tanpa ada facts and finding dulu. Ini penting sangat u all. Apa yang penting,mumy selalu merujuk kepada yang pakar. Sebab setiap individu mempunyai masalah yang berbeza dan perlu penyelesian yang berbeza.

Baiklah u all, mumy kena stop dulu. Tugas hakiki da menyeru hehehe...junoa lagi dalam sembang kopi kita yang akan datang 👌. Your beauty is our passion.

Friday, 7 October 2016

Omega guard shaklee bakar lemak saya

Selamat Hari Sukan Negara u all. Ada bersenam tak pagi ni? Mumy terlebih menari pula. Memang rasa segar dan sihat.

Apa Hari Sukan Negara tu? Hari Sukan Negara ni disambut setiap minggu kedua pada bulan Oktober. Tahun ni sambutan kali kedua. Matlamatnya supaya rakyat Malaysia terbuka dan terdedah dengan gaya hidup yang lebih sihat.

Jangan tak ambil peduli tentang kesihatan kita u all. Mencegah lebih baik dari merawat. Cegah sebelum terlambat okey.

Best sangat hari ni u all. Banyak sangat aktiviti yang buat mumy tambah sedar kenapa mumy perlu sihat.

Apa pun tahniah abang. Abang menang acara maraton terbuka kategori lelaki. Bangganya mumy. Mumy tak menang ke? Isssshhh...bukan mumy tak laju, tapi mumy kena jaga checkpoint. Jadi tukang sorak pun jadi la kan. Hehehe. 

Ni hadiah yang abang dapat. Kakak yang suka hati dapat banyak makanan 😊😊




Even mumy tak menang tapi mumy bangga abang menang. U all nak tau, time  senamrobik tu satu kejadian buat mumy speechless. Ada dalam 30 saat macam tu. Aikk...sempat pula mumy kira. Anggaran je u all. Sebab lama mumy terdiam.

Nak tau tak???? Ibu-ibu yang datang tu tanya mumy. Macam ni ayat ibu-ibu tu " cigu, kami mau tanya mana sudah lemak-lemak cigu dulu?". Krik...krik...dalam hati mumy tebal sangat ke lemak mumy dulu. Mumy pun cakap "ooo..time tu saya mengandung"

Jawapan mumy tu buat mumy dapat statement yang lagi sentap. " cigu belum mengandung dulu pun cigu nampak gemuk juga" krekkk...krek...koyak hati mumy 😰😰😰

Koyak-koyak pun cantum balik juga u all. Bila ibu-ibu tu puji mumy da makin slim and ada yang cakap tak kenal mumy. Hohoho...x apa kak, nanti saya ajar anak akak semua dengan lebih baik lagi. Hehe.

Terus mumy berlari pergi dengan abang. "Abang semua cakap sayang kurus". Abang pun balas " tahniah". Hebatkan mumy sebab dapat jumpa cara hebat yang dapat bakar lemak mumy.

Mumy panggang diri sendiri ke? Eeee...tak sanggup mumy. Apa mumy buat? Mumy guna yang ni. Haaa...u all cuci mata la k. 

Ini yang buat ibu-ibu di sini tercari-cari mana pergi lemak mumy. Jangan jeles...😁😁😁



Kenapa minyak ikan mumy guna untuk bakar lemak? Tau tak,not all fats make you fat. Da terbukti u all minyak ikan dapat turunkan berat badan. Tapi harus diingat, hanya minyak ikan yang berkualiti tau. Bukan minyak dari hati ikan. Jauh-jauh kan u all. Minyak kat situ tu bannyyyaaaak toksin tau.

Omega guard Shaklee berfungsi untuk membakar lemak kita. Yang lebih best omega guard Shaklee ni dapat mengaktifkan hormon laptin. Hormon ni hormon kenyang. Bila hormon laptin ni aktif, hormon ni akan hantar sign ke otak and otak akan bagitau berhenti ambil makanan. Bekalan lemak da cukup.

Best ke best u all? Mumy tau memang stress bila orang cakap kita gendut. Buat macam-macam tapi tak juga jadi. Apa yang penting kawal pengambilan kalori ( kita da sembang dalam entry lepas),
makan makanan seimbang, bersenam dan ambil sumber nutrisi yang dapat bakar lemak dengan cepat.

Okeylah u all. Mumy nak tidokan adik. Napping time kata adik. Jumpa lagi dalam sembang kopi kita k. Your Beauty Is Our Passion.

posted from Bloggeroid