Selesema yang mencabar

Cuaca sekarang memang tak menentu. Hari ni mumy nak cerita cara sembuhkan selesema dengan cepat. InsyaAllah sangat membantu dan cepat sembuh. Tidak salah berusaha kan.

Nak dijadikan cerita,mumy, kakak dan adik kena selesema. Memang mencabar. Cuaca yang kejap panas pastu hujan. Kakak yang selesema dulu. Mumy tak terfikir pun kakak selesema sebab biasanya kakak akan sakit bila ada orang lain sakit dan direct contact dengan kakak.

Selidik punya selidik....rupa-rupanya ada pembawa virus selesema. Huhuhuhu...tapi nak buat macam mana benda da jadi kan. Sakit pun ucapkan syukur juga. Siapa pembawa virus selesema dalam rumah mumy ni?

Bukan nak salahkan sesiapa. Tapi yela mencegah lebih baik dari merawat kan. Kalau mumy tau cik pengasuh mumy tu selesema da mumy bagi cik pengasuh MC. Masalahnya dia tak inform mumy awal-awal. Huhuhu...bukan mumy nak marah pun kalau dia bagitau dia sakit kan. Da hari kedua dia selesema baru dia inform mumy. Tu pun lepas mumy tegur suara cik pengasuh sengau.

Nak marah pun tak ada guna. Bertindak cepat lagi berguna. Apa mumy buat? Haaaa....cara mumy ni memang mumy da buat dari dulu dan insyaAllah memang berkesan. Yang paling bestnya mumy tak guna ubat okey...😊😊😊😊semuanya mesra kesihatan dan cepat sembuhkan selesema anak-anak dan orang dewasa. Suka ke suka?

Apa cara mumy nak sembuhkan selesema mumy dan anak-anak.
Mumy amalkan empat cara ni.

Yang pertama,ambil bawang merah kupas kulit dan belah dua. Lepas tu letak dalam bekas kecil dan letak di sudut yang u all nak. Petua ni kredit kat google...huhuhu...mumy tak ingat dari blog mana. Da lama mumy jumpa petua ni sebelum mula berblog lagi. Kenapa bawang merah?apa yang ada pada bawang merah? Haa....kalau nak tau u all mesti jumpa mumy dalam sembang kopi yang akan datang okey😊.

Cumanya bila guna petua bawang ni,rumah jadi bau nak kenduri. Kuat bau bawangnya. Tak pe,bau tapi ubat kan. Letaklah ditempat yang budak-budak tak dapat kacau bawang tu. Macam kakak,kakak tak akan sentuh bawang tu sebab kakak tak suka bawang. Adik belum tau lagi hehehe.

Yang kedua,mumy guna lemon. Yang ni petua dari mum. Nenek kepada kakak dan adik. Alhamdulillah mujarab u all. Terima kasih ya Allah sebab cipta tumbuhan penawar ni. Terima kasih juga untuk my beloved mum.

Caranya bila mandikan anak atau baby,hiris lemon macam nak buat lemon teh ais tu. Lepas tu campur dalam air mandian anak. Aromanya memang best dan dapat keringkan hingus anak dengan cepat. Macam kakak dan adik dua hari je hingus da semakin kering. Bagi anak mandi lama sikit dan sedut aroma lemon tu.

Mumy bila mandikan anak-anak guna campuran lemon ni,mumy tak kan guna sabun dan shampoo supaya lebih mujarab. Terbukti secara klinikal tu,memang taklah cuma terbukti berkesan untuk anak-anak mumy.

Lemon ni juga boleh hiris nipis dan bagi anak hidu baunya. Segar je rasanya. Sebab mumy pernah cuba. Kalau bagi anak hidu vicks atau minyak kayu putih confirm berkerut muka, kalau mumy guna lemon lebih kuat dorang hidu. Selamat tanpa bahan kimia.

Cara yang ketiga,mumy guna petua garlic sock. Untuk baby senang guna kaedah ni sebab tak banyak songeh. Kalau macam kakak payah sikit. Bau bawang lah...tak naklah...macam-macam lagi. Cara mumy,mumy ambil seulas bawang putih kupas kulit belah dua dan balut dengan tisu. Agak-agak tisu tu tak koyak. Apa rasionalnya,supaya kulit tapak kaki anak yang mulus tu tak rasa pijar bawang tu. Betul ke perkataan mumy tu😅😅😅.

Garlic sock ni kalau pakai,baunya satu rumah. Peluh anak pun jadi bau bawang putih. Pakainya di kaki,baunya serumah. Hehehe. Kalau anak tu macam tak selesa periksa balutan bawang putih tu takut terbuka. Cian kaki anak nanti.

Yang terakhir ni mumy sendiri yang amalkan. Mumy makan vitamin c sustain released Shaklee. Ikut pengalaman mumy,bila selesema sehari dua  da hilang. Tak seteruk dulu-dulu. Kebaikan dan keistimewaan vitamin c Shaklee ni mumy akan sembang detail pada sembang kopi kita yang seterusnya.

Ssshhhhh...apa yang mumy suka vitamin ni,kulit mumy makin putih dan gebus tau. Mumy suka...mumy suka....😍😍😍😍😍 . Kemudaan mumy pun terjaga. Hehehe. Okeylah u all,mumy nak main dengan kakak. Jumpa lagi, your beauty is our passion.

Comments

Popular Posts