Saturday, 22 October 2016

Tips bila blackout

Assalamualaikum y all. U all apa khabar?mumy doakan kita semua sihat. Hari ni jom kita sembang tentang tips bila blackout aka tak ada elektrik waktu malam.

Mumy nak tanya pernah tak u all mengalami suasana gelap gelita ni. Mumy paling tak suka bila gelap. Mumy akan rasa sesak nafas, gelisah, rasa nak nangis dan takut sangat. Dipendekkan cerita mumy fobia dengan gelap.

Ada orang suka bila gelap mumy memang tak boleh. Kalau time tidur tiba-tiba tak ada elektrik confirm mumy sedar. Mumy pun tak tau kenapa. Mumy akan berusaha juga cari cahaya. Memang orang cakap dalam kubur lagi gelap, ya mumy tau tapi fobia mumy dengan gelap waktu hidup ni memang kuat.

Tadi tiba-tiba tak ada elektrik. Mumy tengah main dengan adik. Kakak tengah main sorok-sorok dengan abang. Abang dan kakak tenang je. Mumy da gelisah rasa nak nangis. Waktu tu handphone jauh. "Abang!!!!!cepat cari handphone!!!!" tu je mumy cakap. Huhuhu....takut betul mumy u all.

Tengah mumy kalut dan takut tu tiba-tiba kakak cakap dengan tenangnya " daddy what are you?" Automatik mumy dengan abang ketawa. "Daddy where are you?" lah sayang. Hehehe. Walaupun perkataanya salah mumy bangga sebab kakak boleh cakap orang putih😊😊😊😊😊.

Tengah mumy dengan abang ketawa elektrik pun ada. Alhamdulillah....syukur ya Allah.

Sesiapa yang ada fobia macam mumy ni kena sentiasa get ready dengan sumber cahaya. Yang paling cepat dan pantas mestilah handphone kan. Pastikan handphone sentiasa ada cas. Kalau tak elektrik siang tak pe u all. Waktu tu terang benderang cuma kena tahan lah dengan panas. Kalau tiba-tiba blakout malam....haaaaa...kan nebes tu.

Lagi satu boleh pasang emergency lamp. Yang ni memang selamat. Tapi apa pun sentiasa bersedia dengan sumber cahaya macam handphone dan lampu suluh. Taklah kita terjerit-jerit macam budak-budak hehehe. Hilang keayuan dan gelaran super ibu nanti.

Baiklah u all, elektrik pun da ada. Mumy nak kemas barang sikit. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang ye....your beauty is our passion.

No comments:

Post a Comment