Vitamin untuk stress

Assalamualaikum u all. U all tengah buat apa? Mumy tengah baring dengan adik sambil bercerita dengan u all. Hari ni mumy nak kongsi tentang  vitamin anti stress. Ada ke...ada u all. Mumy nak tanya pernah tak dengar anak memilih bau. Bukan bau busuk ke wangi ya. Maksud mumy bau ibu. Kenapa mumy nak share tentang ni sebab da seminggu adik tak nak dengan orang lain even dengan daddy nya. Mesti nak mumy juga.

Lain anak lain ragamnya. Sebab tu kalau jadi ibu dan bapa ni mesti bersedia dari segi mental dan fizikal. Cabaran sebagai ibu dan bapa ni yang buat hidup kita bermakna dan lebih matang. Maksud mumy matang dari segi pengurusan emosi,kewangan,masa dan kasih sayang.

Anaklah penyeri hidup sesebuah keluarga. Macam mumy, mumy kena banyak sabar bila adik nak kena angkat je. Tambah-tambah lagi adik memang nak dengan mumy je. Nasib baik kuaters guru dekat dengan kelas dapat mumy jenguk adik bila masa free.

Jadual mumy penuh hari selasa, khamis dan jumaat. Hari-hari ni confirm mumy akan dengar tangisan nyaring adik yang nak mumy nya. Memang sedih u all. Sayu hati ini bila dengar anak nangis tak henti-henti. Tapi nak buat macam mana kan, walaupun hati ni da meronta nak pujuk adik, tanggungjawab dan amanah yang satu lagi mesti dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan istiqamah.

Adik nangis tu bukan nak susu, sakit atau pampers penuh. Adik cuma nak mumy je. Sebab bila mumy balik, adik berhenti nangis dan senyum. Lepas tu buat kaki excited nak minta ambil. Memang mumy sedih sangat tengok adik macam tu. Mata bengkak sebab lama sangat nangis. Sabarlah sayang, mumy kena kerja. Mumy tak nak makan gaji buta dan mumy tak nak anak-anak mumy makan duit yang tak berkat.

Bila mumy balik kejap sementara tunggu kelas yang seterusnya mumy pujuk adik. Bagi adik mandi dan tidurkan adik. Selalunya adik akan tidur terus dengan nyenyaknya. Bila adik da tidur mumy akan lari pula untuk ready kelas yang seterusnya.

Cabaran jadi ibu yang bekerja ni memang besar u all. Kawalan emosi dan pengurusan masa tu kena baik. Bila tak urus masa dengan baik semua kerja tak siap. Lepas tu mula salahkan orang lain. Mumy tak pernah bawa kerja mumy balik rumah. Sebab mumy tau tak kan siap punya. Hehehe.

Jadi apa yang mumy buat, mumy kurangkan gosip mumy siapkan kerja mumy. Rancangan mengajar untuk hari seterusnya. Rekod-rekod yang perlu.

Macam mana nak kawal emosi pula. Yang pertama mesti sentiasa ingat Allah. Lepas tu buat something yang menggembirakan. Macam mumy bila mengajar mumy akan buat aktiviti yang seronok. Permainan,eksperimen atau yang paling murid kat sini suka pembelajaran bentuk pertandingan.

Kalau kat rumah mumy akan banyak sembang dengan abang. Kongsi apa je yang dalam hati ini. Abanglah yang banyak membantu. Thank you abang. Kalau rasa emosi tu da tak stabil cepat-cepat minum air. Kalau mumy,bila adik da meragam waktu adik nangis buka mulut cepat-cepat mumy cium. Wangi bau mulut baby tau. Hehehe. Hilang segala stress tu. Tak percaya buat nanti.

Satu lagi cara mumy yang u all mesti tau. Nak tau tak? Mumy makan ubat stress ke? Ishhhhhh....jangan dibuat dan diamal tu bahaya. Mumy bagi badan mumy nutrisi dan vitamin yang cukup. Nutrisi dan vitamin okey,bukan ubat.

Badan kita ni bila tak cukup nutrisi dan vitamin yang sepatutnya sebab tu kawalan emosi jadi tak betul. Jangan berkira untuk kesihatan sendiri u all. Mumy nak jadi mumy yang superb. Sebab tu mumy sentiasa bekalkan badan mumy dengan vitamin yang baik dan semestinya yang asli.

Kalau nak tau cepat-cepat tanya mumy okey. Mumy akan ajar cara nak dapat vitamin anti stress dan mumy akan ajar cara pemakanannya. Apa yang penting cara pemakanan tu based on pakar dan nutritionist Shaklee.

Ibu-ibu hebat di luar sana jadilah ibu yang hebat,sihat dan cantik. Your beauty is our passion.

Comments

Popular Posts