Tuesday, 29 November 2016

5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisness

Assalamualaikum semua...eeehh,dah hari Rabu hari ni kan. Cepat betul masa berlalu. Pagi ni,mumy nak kongsi 5 tips bila kita rasa down dalam hidup atau bisness. Rasa lemah semangat atau down dalam hidup tu perkara biasa dan normal. Hidup ni tak semestinya tinggi aja. Ada masanya kita di bawah. Bila roda kita di bawah, itu maksudnya Allah sayang kita. Allah ingat dengan kita. Allah nak kita lebih dekat denganNya😊😊😊😊.

Bila rasa down tu cepat-cepat sembang dengan Allah. Allah setia mendengar dan penyelesaiannya ada denganNya. Paling bagus buat solat hajat dan taubat. Berdoalah semoga perasaan down tu hilang dan segalanya akan dipermudahkan.

Mengadu lah dengan Allah,cakaplah apa yang nak dicakap. Allah akan dengar. Mumy bukan nak berlagak nak jadi ustazah. Tapi,mumy cuma nak berkongsi. Lepas tu baca lah Al Quran. InsyaAllah,rasa down itu akan bertukar kepada rasa semangat yang membara. Percayalah cakap mumy. Bila kita balik kepada asas kehidupan,berserah kepada Allah. InsyaAllah,semuanya akan dipermudahkan. Aminnnn.

Bila kita dah rasa lega dan tenang lepas mengadu dengan Allah. Kita mengadulah dengan siapa-siapa yang kita selesa dan percaya. Macam mumy,mumy banyak mengadu dengan abang. Mumy risau kah,marah kah,sedih kah semuanya mumy komplen dengan abang. Abang tak bagi respon tak apa,cukup dengan mendengar. Mustahil abang tak bagi apa-apa respon. Hahahahaha...abang akan dengar dulu lepas tu abang akan bagi cadangan dan nasihat. Thank you abang. 😘😘😘😘😘😘.

Bila kita rasa tak tau nak buat apa...dan dah buntu tahap gaban. Jumpalah atau berbuallah dengan insan yang ada aura positif. Macam mumy,dulu bila dah dekat nak gelombang tsunami shaklee yang kedua ni mumy rasa bingung dan risau. Kenapa pula? Mumy takut kena kick dari program tu. Sebab,tempat kerja mumy kan selalu ada masalah line internet. Apa cara mumy? Mumy mengadu dengan mentor mumy. Mestilah dengan mami😊😊😊😊.

Alhamdulillah memang rasa lega sangat time tu. Mentor mumy siap nak tolong mumy lagi. Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan. Lega sangat hati ni. Sekarang dah hampir sebulan mumy join program tusnami shaklee yang kedua ni. Best sangat-sangat.

Sebenarnya bila kita rasa down ni,kita perlukan ruang untuk diri sendiri tau. Kita perlu rehatkan minda dan refresh semula.

Caranya,buatlah aktiviti yang menggembirakan u all. Pergi bercuti ke,jumpa kawan-kawan. Buat family gathering. Bila kita buat perkara yang happy,gelombang positif akan tercipta dan diselaurkan ke seluruh badam kita. Bila kita dah rasa tenang dan happy,insyaAllah segala kebuntuan dan down tu dapat hilang. Dan akan datang idea-idea yang baru dan lebih kreatif.

Diri kita perlukan masa rehat juga u all. Kita bukan robot. Bila kita rasa tertekan dan down sangat,apa pun tak akan jadi. Semuanya akan buntu di tahap yang sama je.

Tips yang terakhir yang kita boleh buat bila rasa down ni. Haaaa...bacalah buku motivasi. Buku motivasi ni akan bagi kita aura yang positif dalam diri kita. Bila kita baca kejayaan orang lain kita akan lebih termotivasi. Sebab semua orang yang berjaya dalam bisness ni pernah melalui fasa down dan buntu ni. Kita boleh tiru cara mereka handle perasaan down tu😊😊😊😊.

Baiklah u all. Mumy kena stop dulu. Hehehe...biasalah cuti sekolah banyak aktivit nak buat. Hehehe...jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ye. Beauty is our passion.

Monday, 28 November 2016

7 Sikap Orang Bisness Yang Saya Belajar Melalui Bisness Shaklee

Assalamualaikum dan salam aura positif semua. Alhamdulillah,mumy teramat kenyang😁😁😁😁. Petang ni,mumy nak kongsi 7 sikap orang bisness yang mumy belajar melalui bisness Shaklee. Mak aiiii...panjangnya benda yang mumy nak kongsi ni. Mumy harap apa yang mumy kongsikan ni bermanfaat untuk semua.

Kenapa mumy kena belajar sikap-sikap orang bisness. Untuk berjaya kita perlu tiru sikap orang yang berjaya. Kalau kita dengan sikap kita yang tak menentu tu,kita tak akan berjaya. Kalau sambil lewa sikap kita,kejayaan kita pun sambil lewa lah juga. 😊😊😊😊

Apa yang mumy kongsi bukaah dari mumy. Mumy belum mencapai tahap berjaya yang boleh dicontohi. Tapi, mumy bangga sangat dengan pencapaian mumy. Alhamdulillah syukur. Apa sikap orang berjaya yang mumy pelajari semasa bisness Shaklee ni.

Yang pertama,sikap mentor mumy iaitu Master Siti Salwa. Mumy memang kagum dengan mentor mumy ni. Kadang-kadang mumy terfikir macam mana beliau boleh jadi sehebat itu. Apa sikap mentor mumy ni? Haaaa...mentor mumy ni sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Walau apa juga sesi perbincangan atau sembang-sembang dalam kumpulan beliau sentiasa mengutamakan yang Satu ini. Apa yang beliau selalu tekankan ialah menjaga hubungan dengan Allah. Ini yang penting untuk berjaya. Mentor mumy ni bukan saja penuh dengan ilmu kesihatan malah penuh dengan ilmu keagamaan. Mumy memang rasa kerdil sangat. Terlalu banyak yang mumy perlu belajar untuk menjadi seperti Master mumy tu.

Sikap yang kedua,yang ni pun mumy nampak dalam diri mentor mumy. Mumy tak pernah jumpa mami. Tapi aura positif mami tu sentiasa dekat dengan mumy. Apa sikap tu ya? Sikap sentiasa sabar. Ya, sabar. Walau apa pun beliau sentiasa sabar. Mumy ada baca rententan kejayaan beliau. Mumy sangat terinspirasi. Mumy mungkin tidak sesabar mentor mumy tu. Sabar menempuh dugaan dan cabaran yang hebat yang pernah beliau hadapi. Ya Allah,berikan aku sikap sabar sepertinya Ya Allah. Amin...

Sikap orang berjaya yang ketiga pun mumy nampak dalam diri mentor mumy. Apa sikap tu ya? Sikap mementingkan strategi. Mentor muny ni memang penuh dengan strategi. Strategi yang mentor mumy rancang sangat kreatif dan orang lain tak buat pun. Itulah kelebihan kumpulan mumy. Kami ada ketua yang punya strategi yang hebat untuk memajukan setiap ahli dalamnya. Hebatkan.

Mumy sambung kejap lagi ya...ramai pula sudara mara datang nak jumpa kakak dan adik. Sori sesangat u all. Lepas ni mumy sambung. Mumy tau u all semangat nak tahu sikap orang berjaya. Mumy pun semangat tau😊😊

Sambungan....

Bersiaran semula ye...hehe..sikap yang keempat orang bisness ni suka jaga hubungan sosial. Yang ni.penting tau,kadang-kadang orang yang kita baru kenal tu lah yang akan jadi customer tetap kita dan akan support bisness kita. Bila ada hubungan sosial yang bagus dengan semua orang,jalinan bisness pun bercambah-cambah tau😊😊. Sikap ni mentor mumy memang ada. Friendlist dekat FB je ribu raban tau. Belum di tempat lain lagi.

Apa yang kelima,haaa...yang ni sangat penting terutama nak bisness produk kesihatan ni. Orang bisness yang berjaya akan sentiasa jaga kesihatan. Kalau tak sihat,macam mana nak manage bisness kan. Kesihatan tu penting tau. Kalau dah sakit,apa lah guna untung bisness tu😁😁😁.

Yang nombor enam pula, sentiasa bersyukur. Apa pun yang kita dapat kena bersyukur selalu. Even kita dapat untung satu sen. Lafazkan kesyukuran tu. Allah dah bagi kan. Kena bersyukur. Selalu bersyukur bertambah lagi rezeki yang akan datang. Part ni memang mami penuh rasa kesyukuran. U all nak tau, mentor mumy ni, walaupun kami anak bisness dapat pencapaian yang kecil pun mami akan lafaz alhamdulillah dan ajal sujud syukur. Sebab tu mentor mumy aka mami ni berjaya kan😊😊😊😊.

Sikap yang terakhir ialah, ada keyakinan diri. Keyakinan diri memang penting kalau nak bisness. Tak yakin orang tak akan nampak kita. Kita kena yakin untuk tonjolkan diri. Dulu mumy pun malu sangat nak bagi tau mumy bisness tau. Tapi apa mentor mumy cakap,mumy kena branding kan diri mumy supaya orang tau siapa kita dan apa kita buat. Mula-mula orang buat tak peduli. Lama-lama orang akan jadikan kita inspirasi pula. Betul cakap mami. Terima kasih mami atas tunjuk ajar mami.

Dah siap perkongsian mumy. Maaf lah yee...ada iklan pula sekejap. Terima kasih sebab sudi menunggu ya...

Jangan marah ya...jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Beauty is our passion😊😊😊

Nutriferon Shaklee: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Beri Anak Antibiotik

Assalamualaikum semua. Dinner tadi makan apa? Menu mumy sooooodaaappp😊😊. Malam ni,mumy nak kongsi sikit tetang nutriferon Shaklee dan apa ibu bapa perlu tahu sebelum bagi anak antibiotik. Tak ada mak bapa yang sanggup tengok anak sakit kan. Even baru kena gigit semut dah riuh rumah jadinya. Betapa kuat kasih ibu dan bapa kepada kita. Rindu pula sama mum dan bab😥😥😥😥😥. Lepas ni mumy nak call lah. Hahaha...padahal baru call tadi.

Mumy dulu pernah buat kesilapan besar dalam hidup mami. Apa kesilapan mumy tu? Mumy benarkan kakak diberi ubat waktu kakak sakit. Waktu tu umur kakak baru nak sebulan. Kenapa mumy buat macam tu? Yes, i know what i have done is teramat teruk. Kenapa orang yang ada pengetahuan tentang ubat ni buat keputusan macam tu?

Betul-betul mumy rasa berdosa sangat sebab biar benda tu berlaku. Mumy waktu tu new mother. Bila anak sakit je,memang menggelabah rasa dunia dah gelap. Kebetulan kakak memang cepat sakit. Dalam otak mumy tu nak anak sihat je. Caru penyelesaian supaya kakak cepat sembuh. Memang kakak cepat sembuh tapi sakit tu datang berulang kali.

Ilmu mumy sebagi ibu masih belum cukup lagi masa tu. Mumy memang guna Shaklee waktu tu. Tapi hanya terfikir tentang set berpantang tu je. Tak pergi godek pun supplimen untuk tingkatkan immuniti anak. Ya,waktu mumy memang jahil sangat tentang kesihatan.

Sekarang alhamdulillah,bila mumy jadi pengedar Shaklee mumy dapat banyak ilmu tentang kesihatan. Mentor mumy yang banyak membantu dan terlalu banyak menyalurkan ilmu-ilmu kesihatan kepada mumy. Ahli kumpulan juga yang sangat supportive. Mentor dan kumpulan mumy ni yang banyak membantu mumy meningkatkan ilmu dalam bidang kesihatan ni.

Mumy percaya,ramai ibu bapa yang macam mumy dulu. Asal anak sakit je bagi ubat. Sikit-sikit ubat. Betul tak. Wahai ibu bapa semua. Ubat itu hanya menyembunyikan tanda-tanda sakit tu. Bukan merawat. Sebab tu,even bagi ubat pun dua tiga hari lepas tu anak boleh sakit balik. Sebenarnya selesama atau demam anak tu belum sembuh. Cuma simptomnya disembunyikan. Bila kesan ubat dah hilang maka keluar balik lah sakit tu.

Jika kita hanya sembunyikan simptom, immuniti kita tidak akan bekerja dengan efektif. Mereka akan jadi malas. Sebab ubat ada untuk sembunyikan simptom tu. Sistem immuniti tak akan dapat kesan sakit tu untuk keluarkan antibodi semulajadi badan.

Apa yang kita perlu lakukan? Bila sakit tu jangan terus fikir ubat lah penyelesaiannya. Berhenti berfikir seumapa itu u all. Apa kata lepas ni kita tingakatkan immuniti badan kita. Kita aktifkan askar pertahanan badam kita. Supaya semua serangan daripada bakteria dan virus dapat dilawan oleh sistem immuniti kita. Bagaimana nak tingkatkan immuniti badan kita?

Mumy dah cakap tadi aktifkan askar pertahanan kita. Dalam bahasa sains nya kita panggil interferon. Interferon ni sejenis protien yang diperlukan untuk tingkatkan immuniti badan kita. Di hospital atau klinik berbayar ni ada disediakan interferon dalam bentuk suntikan. Tapi faham-fahamlah ye harganya berapi u all.

Tapi sekarang mumy tak risau sebab Shaklee ada sediakan interferon dengan harga yang mampu milik oleh semua golongan. Kita tidak perlu berkira untuk kesihatan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Mencegah itu lebih murah daripada merawat. Tingkatkan immuniti kita.

Apa bendanya tu mumy? Mumy boleh bagitau kalau u all tanya mumy sendiri. Jom tanya mumy okey😊😊😊

Baiklah u all,jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Beauty is our passion😍😍😍😍

Sunday, 27 November 2016

Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Sambil Mak Bisness Online

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti. Best nya cuti. Mumy suka,mumy suka. Hari ni,mumy nak ceritalah aktiviti cuti sekolah dan bisness online mumy. Hehe..anak-anak mumy belum sekolah. Tapi mumy cikgu jadi mumylah yang cuti😂😂😂😂😂.

Masa cuti lah masa yang mumy tunggu-tunggu. Masa bersama keluarga siang dan malam. Mumy suka anak-anak gembira😀😀😀😀.

Mumy sibuk bercuti,tapi bisness online tetap berjalan😊😊😊. Dalam beraktiviti bersama keluarga bisness Shaklee online mesti dijaga😁😁😁.

Apa aktiviti mumy waktu cuti? Cuti baru bermula,jadi belum dirancang lagi. Huhuhuhu...jangan marah ya. Lagipun anak-anak masih tak pandai nak request nak pergi mana-mana lagi.

Selalunya mumy dan abang akan bawa kakak dan adik pergi window shopping atau stay hotel. Itu kan hobi mumy dan abang. Semua aktiviti tempat tertutup dan ada air cond. Bukan apa,sekarang ni cuaca tak menentu. Mumy tak nak dedahkan sangat anak-anak dengan perubahan cuaca kita sekarang.

Alhamdulillah waktu cuti ni,aktiviti bisness dapat dibuat. Lega sangat hati mumy. Time bekerja ada masa cuma perlu lebih bijak dan kreatif. Masa yang Allah bagi sama je setiap hari. Kita yang kena rancang sebaik-baiknya.

Baikla u all,mumy kena stop. Ada urusan bank. Hehehehe. Jumpa lagi ye dalam sembang kopi akan datang. Rancang cuti dengan aktiviti bermanfaat. Beauty is our passion.

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan Dan Selamat

Assalamualaikum semua. Apa khabar u all? Mumy alhamdulillah sihat. Hari ni mumy nak kongsi landmark study Shaklee yang buktikan produk Shaklee memamg selamat dan berkesan digunakan. Kenapa pulak mumy nak kongsi? Mumy nak u all semua tau,kelebihan yang ada dengan Shaklee yang tak ada dengan supplimen yang lain.

Apa tu landmark study? Haaaa...canggih kan bunyinya. Mumy dulu pun sesak nafas sekejap bila nampak perkataan ni. Sebenarnya landmark study ni kajian yang dijalankan oleh pihak yang tidak ada kaitan langsung dengan Shaklee. Apa yang dikaji sebenarnya? Kajian ni nak buktikan supplimen Shaklee ni berkesan dan selamat diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Segala kajian dan data yang ada dikaji secara saintifik dan klinikal okey. Bukan main hentam aja. Hebatkan..dalam landmark study yang pertama. Kajian telah dijalankan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama kumpulan yang tidak mengambil sebarang supplimen. Kumpulan kedua yang mengambil supplimen Shaklee. Kumpulan yang ketiga pula,yang mengambil supplimen tapi bukan supplimen Shaklee.

Apa hasil kajian tu? Memang mengejutkan tau. Hasil kajian tu telah membuktikan pengguna supplimen Shaklee lebih sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Manakala kumpulan yang mengamalkan supplimen bukan Shaklee mengalami kadar kesihatan yang teruk berbanding kumpulan yang langsung tal ambil apa-apa supplimen. Kesimpulannya,lebih baik jangan ambil apa-apa supplimen selain daripada Shaklee.

Kajian yang dijalankan ni,bukan sehari atau setahun dua tau. Kajian ni dibuat selama bertahun-tahun. Hebatkan.

Lamanya kajian tu dibuat. Mestilah lama. Tapi hasilnya telah membuktikan supplimen Shaklee sangat berkesan dan selamat diambil walau dalam tempoh yang lama.

Itu baru landmark yang pertama tau. Kajian daripada landmark study yang kedua lebih menakjubkan hasilnya. Hebat sangat.

Apa hasil kajian tu? Dalam landmark study yang kedua telah membuktikan dan menunjukkan bahawa pengambilan supplimen Shaklee dapat membantu memanjangkan usia hayat sel kita. Ya Allah hebatnya. Semua ni atas izin Allah.

Macam mana ni jadi mumy? Hehehe...semangat lah tu. Mumy ringkaskan okey, kita terbina daripada kromosom. Kromosom ni akan bergabung dan bergumpal membentuk DNA. DNA pula akan membentuk sel. Sel pula akan membentuk menjadi organ. Organ pula akan membentuk menjadi sistem dalam badan kita dan akhir sekali lahir lah kita sebagi manusia yang cukup sifatnya. Alahamdillah, Subahannallah. Hebatnya ciptaan Allah.

Kromosom tadi tu sebenarnya adalah pusat data diri kita. Semuanya ada dalam tu. Satu pun tak ada tinggal dan dapat ditipu. Kromosom tu bentuk X. Setiap hujung X tu ada penutup atau topi yang kita panggil tolomere. Apa fungsi tolomere ni?

Tolomere ni berfungsi untuk menutup setiap hujung X tu supaya semua data tu tidak terurai. Bila data tu dah terurai maka musnahlah kromosom tu. Bila kromosom musnah maka musnahlah DNA tu. Bila DNA musnah maka musnah lah sel kita. Sel musnah maka rosak organ dan sistem organ dalam badan kita.

Menakutkan betul tak. Mumy pun takut. Bila mumy bisness Shaklee ni baru mumy dapat belajar ilmu yang sangat-sangat mahal.

Sebab tu mumy nak cakap, kita tak perlu nak amal susuk panjang nyawa ke,ilmu kebal ke. Apa yang perlu jagalah kesihatan dan ambil supplimen yang memang selamat dan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Memanlah ajal maut ditangan Tuhan. Tapi menajdi tanggungjawab kita untuk jaga kesihatan dan nyawa yang Allah dah bagi pinjam kan.

Hehehe...sesuai tak mumy jadi.pakar kesihatan? Harap apa yang mumy kongsi ni memberi manfaat untuk kita semua. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ya. Beauty us our passion.

Friday, 25 November 2016

Nutriferon Shaklee : Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Rumah

Assalamualaikum semua. Bestnya bangun pagi waktu cuti. Tak ada apa nak dibingung. Hehehe. Pagi yang indah ni,mumy nak cerita Produk Shaklee yang wajib ada di rumah iaitu Nutriferon Shaklee. Produk Shaklee lagi. Ini produk yang mumy sangat-sangat percaya tau.

Bukan sebab mumy bisness Shaklee tapi mumy memang percayakan Shaklee. Sebelum mumy bisness pun,mumy dah lama amalkan produk Shaklee.


Produk Shaklee memang terbaik. Bukan dari aspek keberkesanan saja tau,tapi keselmatannya juga terjamin. Produk Shaklee ni always green and safe. Kajian telah membuktikannya. Bukan mumy cakap sembarang je. Mumy pun tak nak guna bila satu produk tu tak pasti dengan keselamatannya.
Sekarang ni taraf hidup semakin tinggi. Kos perubatan pun tak ketinggalan tingginya. Satu perkataan kelaur dari mulut doktor mungkin sudah berharga dua ringgit. Paling murah pun seringgit. Yang terbaik sekarang adalah mencegah daripada merawat.
Kita tak tahu bila kita sakit kan. Kita tak pernah minta nak sakit. Tapi kalau pertahanan badan tak kuat penyakit akan suka datang beramai-ramai tau.
Macam nak elak semua ni? Caranya tingkatkan sistem immuniti badan kita. Bila pertahanan badan kuat,maka segala antigen,virus atau kuman tu susah nak robohkan tembok pertahanan kita.
Tembok pertahanan atau askar badan kita ni sebenarnya sangat penting untuk halang penyakit menyerang badan kita. Hamba Allah yang baik ni kita ialah interferon. Mereka ni lah yang jadi perisai kita.
Kalau asyik sakit je tu, haaaa...tandanya immuniti badan tak kuat. Interferon ni tak aktif atau lemah. Boleh dapatkan suntikan interferon ni. Tapi harganya...mak aiiiiii...mahal nyer... Kata nak jimat kos kan. Kalau malar nak dapatkan suntikan tingkatkan immuniti dah berapi harganya.
Tapi alhamdulillah, thanks tu Shaklee sebab ada sediakan produk yang sangat bagus untuk pertahanan badan kita. Alhamdulillah perlindungan kesihatan seisi keluarga. Bagi mumy semua rumah wajib ada NUTRIFERON ni.
Semua peringkat umur boleh ambil. Untuk baby macam kakak ni,haaaa...mumy boleh ambil dan susukan adik.
Mumy tau ramai yang cakap tak apa sakit ada ubat. Sampai bila kita nak bergantung dengan ubat kan. Hati akan terbeban nak tapis ubat-ubat yang masuk dalam badan kita. Kesan jangka panjang lagi teruk. Bahaya....
Ada juga yang cakap Shaklee mahal lah. Kita sendiri cakap kesihatan tak boleh dibeli. Kenapa nak berkira seringgit dua untuk tingkatkan immuniti badan kita seisi keluarga. Betul tak?
Ubat hanya menyembunyikan simptom sakit kita u all. Tapi tidak akan mengubatinya. Semua ubat dadah. Kita sendiri tahu dadah sangat tak bagus untuk kesihatan.
Ada akar kayu dan herba-herba hutan. Tapi selamat ke semua tu? Yakin ke u all semua tu tak terdedah dengan sebarang toksin. Cara penyediaannya selamat dan standard ke? Jawapanya,tepuk dada tanya kesihatan.
Mumy pun dah set dalam hati akak kurangkan penggunaan ubat-ubatan untuk family mumy. Biar kita cuba tingkatkan immuniti badan kita dulu. Yang paling penting hidup secara sihat.
Baiklah u all,mumy nak packing barang. Kejap lagi nak check out. Jauh lagi perjalanan ke Kuching. Tak sabar balik Kuching. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. U all jaga kesihatan. Ibu sihat nampak cantik. Beauty is our passion.

Thursday, 24 November 2016

Targert Saya Dengan Income Shaklee 20 Tahun Akan Datang

Assalamualaikum semua dan selamat bercuti. Hari ni dah mula cuti. Yeeehhh!!!! Hari ni mumy nak kongsi target mumy dengan income bisness Shaklee untuk 20 tahun lagi. U all target apa 20 tahun akan datang😊😊😊? Penting target ni u all, supaya kita boleh fokus dan berusaha bersungguh-sungguh supaya targer tu tercapai. Setuju tak?

Apa target mumy dua puluh tahun akan datang? Uuuuu...waktu tu umur mumy dah 48 tahun. Eeeee...muda lagi mumy waktu tu. Hehehe..mumy yakin waktu tu kulit mumy lebih anjal,gebu dan awet muda. Mumy bebas dari sebarang penyakit insya Allah. Itulah target kan. Gaya hidup yang sihat dan pengambilan supplimen yang terbaik akan bantu mumy dapat kesihatan yang unggul.

Amin...insyaAllah kita merancang Allah yang menentukan betul tak.
Dua puluh tahun akan datang mumy nak ada syarikat bas untuk seluruh Borneo. Isssssshhh...dapat ke mumy? Mana nak dapat duit? Harga bas dah berapa? Gaji pekerja? Dan banyak lagi. Mumy korek tanah ke? Sebab tu mumy cakap perancangan mumy ni modalnya mumy guna duit income bisness Shaklee mumy.

Hekeleh...baru nak bisness dah nak rancang macam-macam. Rancangan dah ke Bulan. U all jangan pandang rendah tau dengan bisness Shaklee ni. Walaupun mumy baru bermula tapi income yang mumy dapat semakin berkembang dan sangat memberangsangkan tau.

Bukan nak takbur u all. Tapi mumy nak tunjuk bisness Shaklee ni memang bisness yang menguntungkan. Alhamdulillah, income mumy sekali COD barang tu dapat mumy bayar harga bilik hotel lima bintang di Miri untuk tiga malam.

Sujud syukur kepada Allah. Alhamdulillah.

Apa perancangan mumy? Haaaaa...mumy nak syarikat bas mumy yang pertama di Borneo yang berkonsepkan mewah dan eksklusif. Syarikat bas mumy akan beroperasi di seluruh Borneo.

Sebenarnya ini impian abang dan perancangan abang. Dari dulu abang sangat minat dengan bas. Doakan mumy dapat tolong abang capai matlamat untuk tubuhkan Syarikat Changra Borneo Transportation. Amin...ya Allah..amin.

Bas mewah mumy tu bukam saja ada bus crew tapi bas mumy juga sangat mewah dan service yang tip top. Penumpang bukan je dapat makwnan yang sihat dan organik tapi sebelum memulakan perjalanan para penumpang akan diberikan papermint. Dalam perjalanan para penumpang akan dihidangkan dengan performance drink. Hebat tak? Semuanya bertemakan mewah dan Shaklee.

Semasa dalam perjalanan juga,para penumpang boleh membuat pembelian produk Shaklee. Yang berminat menjadi ahli pun boleh. Waaaaahhh!!! Semangatnya rasa mumy. Ya Allah,makbuklan doa hamba mu ini. Amin...

Biasanya kalau nak tunggu bas berjalan tu,penumpang akan tunggu di perhentian bas kan? Atau ruang menunggu yang disediakan. Mumy tak nak yang macam tu. Syarikat bas mumy dan abang nanti ada ruang menunggu khas. Semasa menunggu para penumpang boleh membuat pemeriksaan kesihatan.
Haaaa...suak tak? Semasa pemeriksaan kesihatan tu, para penumpang boleh berinteraksi dengan pakar dan nutritionist Shaklee.

Semoga perancangan mumy ni berjaya. Doakan ya u all. Apa target u all pula? Jomlah kongsi dengan mumy. Baiklah,mumy stop dulu ya. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Jangan marah-marah nanti darah tambah berasid. Beauty is our passion.

Wednesday, 23 November 2016

Set Shaklee Kegemaran Saya

Assalamualaikum semua. Mumy harap kita semua sihat. Aminnn...
Mumy terbangun awal sebab kakak nak susu. Mata pula jadi segar,subuh ni mumy nak cerita set kegemaran Shaklee mumy. Set apa tu? 😀😀😀😀😀😀. Kalau nak tahu kena baca sampai habis.

Mumy ingat lagi,waktu zaman sekolah menengah dulu memang suka tengok orang make up. Siap simpan azam lagi, bila dah lepas SPM nak make up lah😂😂😂.

Habis je SPM tu memang mumy berusaha nak capai azam mumy tu. Boleh kata kan hari-hari tengok cara make up yang buat muka flawless,gebu gebas dan cantik. Dengan muka tak malu,minta mum belikan set make up.

Ke pekan je,mesti mumy make up😂😂😂😂 macam-macam gaya make up mumy guna. Semangat betul waktu tu. Zaman mumy gila nak bermake up ni sampai masuk IPG aka maktab perguruan.

Waktu ni lagi mantap bermake up. Apa tak nya,kan dah masuk alam universiti. Kononlah. Pengaruh kawan-kawan lagi. Masing-masing nak tunjuk siapa yang hebat ber make up.

Tapi apa yang mumy perasan,muka mumy makin teruk waktu tu. Memanglah jerawat tu tak lah penuh muka. Tapi memang ada seketul dua menempek di muka ni. White head tu tak payah nak cakaplah. Siap mumy pergi buat facial lagi. Sanggup mumy gunq duit allawonce mumy dan ikat perut. Tapi kesannya macam tu juga.

Masuk je alam dah bekerja lagi menjadi-jadi perangai mumy nak muka cantik. Macam-macam petua dan produk mumy cuba tau. Mumy sanggup bangun awal pagi untuk rutin urut muka dengan ais. Entahlah petua manalah yang mumy guna tu. 😅😅😅😅😅😅. Masa habis dengan buat rutin tu je😂😂😂😂😂.

Produk kecantikan atau skin care memang asyik tukar. Bila kawan cakap ni bagus mumy cuba. Biar mahal asalkan muka halus mulus,geu gebas dan putih bak kapas. Amboiiii...melampau juga. Sanggup mumy berhabis duit demi nak cantik.

Tapi yang hairannya tu muka mumy makin galak jerawatnya. Macam sunburn ada juga. Yang sadis nya tu,time nak nikah muka mumy penuh dengan jerawat. Memang teruk sangat u all. Sampai adik bongsu mumy yang lelaki pun tegur. Bayangkan budak kecik tegur muka kita😢😢😢😢😢😢.

Abang time tu memang dah bising. Yelah muka dari tak ada apa-apa jadi menggerutu😟😟😟😟😟. Sebenarnya abang dari dulu tak suka mumy pakai make up. Abang suka natural beauty. Tapi diri ini perempuan u all. Tak boleh lepas dengan semua tu.

Dua bulan lepas kahwin tu alhamdulillah mumy pragnent kan kakak. Happy sesangat. Alahan tak payah nak cakaplah. Dahsyat sangat u all. Muka dahlah dah teruk dengan alahan yang hebat lagi. Muka mumy langsung dah tak peduli. Segala bau-bauan mumy tak dapat. Muka time tu kalah zombie😫😫😫😫😫.

Start mengandung kakak tu,mumy dah tak dapat nak make up bagai. Bedak compact pun memang tak dapat. Muka mumy togel macam tu jelah. 😬😬😬😬😬. Kusamnya tak payah cakaplah.

Dekat nak bersalin tu mumy pun sibuk nak cari set bersalin. Akhirnya mumy pilih set bersalin Shaklee. Kesannya memang hebat. Sampai sekarang mumy pengguna tegar Shaklee tau.

Bayangkan mumy dah dekat tiga tahun tak pakai apa-apa foundation atau bedak compact untuk cover muka. Make up? Langsung dah tak sentuh. Tapi...muka mumy jadi lebih gebu gebas,putih bak kapas,bebas jerawat dan awet muuuuudaaaa😍😍😍😍.

Mumy suka sangat. Ramai orang tanya mumy pakai skin care apa. Bedak apa, foundation apa. Mumy bagitau mumy tak pakai semua tu. Bukan mumy kedekut nak kulit cantik sorang-sorang tapi memang betul mumy tak pakai.

Muka mumy memang togel,tanpa apa-apa yang menutupnya. Hahahaha.

Tapi manusia tak pernah nak puas kan. Ya Allah ampunkan diri ini. Dua bulan lepas gatal sangat nak berbedak compact. Yelah, segan juga bila jalan dengan mak aka MIL mak selalu touch up bedak. Mumy tak. Mumy pun masuk watson dan beli bedak compact jenama xxx yang harganya hampir RM 60. U all teka la ye...

Baru sapu sekali,terus keluar sebiji batu permata berwarna merah di muka mumy😱😱😱😱😱. Oh tidak!!!! Dah lama dia tak kelaur. Mumy memang rasa menyesal yang teramat sangat. Menyesal tak dengar cakap abang😥😥😥😥.

Waktu tengah beli tu abang dah cakap muka mumy tak perlu benda tu. Sebab dah macam pakai foundation dah. Tapi mumy degil. Dan anggap abang nak ambil hati je. Hasilnya??? Mumy nangis dalam hati.

Mumy terus sembunyikan bedak compact tu. Dan makan banyak-banyak vitamin C.

Macam mana mumy dapat muka gebu gebas dan awet muda secara semula jadi? Semuanya tu mumy dapat bila kita berikan nutrisi yang secukupnya untuk kulit kita. Supplimen apa mumy pakai? Semestinya Shaklee. Dah tiga tahun mumy jadi pengguna tegar Shaklee.

Mumy bukan nak minta puji ke apa. Tapi itulah hakikat yang u all perlu terima hehehe. Abang siap cakap lagi muka mumy sekarang lebih muda than my 19teen. SUUUUKKKKAAAAAAA nya dalam hati 😍😍😍😍😍😍😍.

Apa set kegemaran mumy tu? U all taulah kan mumy guna Shaklee tapi tak tahu set apa kan😁😁😁?  Haaaaaa..kalau nak tau, cepat-cepat tanya mumy. Mumy sentiasa dapat menjawab soalan-soalan u all tu.

Baiklah u all,dah jam 5.00 pagi. Mumy nak ready untuk pergi kerja. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ya. Stay young. Beauty is our passion.

Tuesday, 22 November 2016

Cara Saya Urus Masa untuk Bisness Shaklee

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari dah hari Rabu. Tak lama lagi cuti. Yeeeehhhhhh!!!!! Semangat mumy. Hari ni mumy nak kongsi cara bagaimana mumy urus masa bisness mumy dan tanggungjawab yang lain.

Mumy ada tanggungjawab yang lain lagi ke? Isssssssshhhhh...u all ni mestilah. Mumy ni seorang hamba Allah,ibu,isteri,anak dan cikgu. Setiap kita di muka Bumi ni ada tanggungjawab masing-masing. Macam mana kita nak urus masa untuk laksanakan tanggungjawab tu, semuanya ikut perancangan yang kita buat.

Masa ni ya u all umpama emas,duit dan berlian. Haaaaa...mumy nak tunjuk betapa mahalnya masa ni. Kalau kita leka sikit,dah membazir masa kan. Dah lah masa ni tak boleh dibeli dan tak dapat diulang. Setuju tak dengan mumy?

Sebab tu kalau u all buat kajian, semua orang yang berjaya di dunia ni mengurus masa dengan sangat cemerlang. Mereka-mereka ni sanggup bayar mahal-mahal semata-mata nak belajar uruss masa. Hebat kan masa ni.

Masa tak akan berulang, walaupun kita nangis darah nak ianya berulang. Allah dah bagi kita masa dengan syarat kita mesti urus sebaiknya.

Macam mana nak urus masa dengan tanggungjawab yang sangat banyak. Sentiasa terkejar-kejar ke? Tidak u all, apa yang penting jagalah masa bersama Dia. InsyaAllah,Dia akan pelihara masa kita dan kita sentiasa dilalauan yang betul. Yang paling best, masa kita sentiasa cukup untuk buat semua tanggungjawab yang kita ada.

Bila banyak tanggungjawab ni,apa yang penting kita urus masa dan buat keputusan yang bijak supaya semuanya di buat ikut perancangan kita. Apa pum keputusan kena cepat dan niat kena betul. Bila niat kita betul,kita akan fokus dan ikhlas nak buat kerja. Haaaa...u all tengah baca ceramah masa ni. Hehehe.

Macam mumy,tempat kerja mumy selalu tak ada line. Urusan online ni memang selalu tergendala. Apa yang mumy buat supaya urusan online mumy berjalan lancar. Mumy guna kemudahan teknologi yang ada. Contohnya,nak share something kat FB. Buffer kan je. Senang cerita. Tapi,kalau tempat mumy ni buffer pun tak dapat kalau line tak ada. Kena pandai ambil masa. Menyelit tau.

Mumy kan cikgu macam mana nak urus bisness. Sebab tu mumy cakap perancangan dan pengurusan masa tu penting. Mumy akan buat tugasan hakiki mumy tu awal. Waktu masa free mumy jenguk bisness mumy. Sekarang semuanya dihujung jari. Kalau tak dapat. Fikir positif semuanya berjalan lancar.

Anak-anak macam mana pula. Itu harta tak ternilai mumy. Mumy akan luangkan masa sepenuhmya dengan anak-anak tersayang ni. Mumy akan tunggu anak-anak comel tu tidur atau tengah main untuk jenguk bisness mumy.

Terima kasih banyak-banyak juga kepada abang yang teramat banyak membantu mumy. Sayang abang sebab sentiasa sokong dan tolong mumy. Love u abang. Tanpa sokongan dan bantuan yang jitu dari abang,mumy tau mumy tak akan dapat buat dengan baik.

Masa bukan alasan untuk berjaya. Bila kita dapat buat sesuatu dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh kita tidak akan rasa masa itu tak cukup. Kita sentiasa rasa masa itu masih panjang. Itu apa yang mumy rasa dan alami sendiri.

Baiklah u all,jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ya. Jangan stress okey bila nak urus masa. Uruslah dengan baik. Beauty is our passion.

Sunday, 20 November 2016

Percutian 5 Bintang Tajaan Shaklee

Assalamualaikum semua. Yehhhhh!!!! Dah nak cuti. Suka sangat. Hari ni,mumy nak cerita tentang percutian 5 bintang tajaan Shaklee ke Langkawi. Bestnyaaaa. Percutian 5 bintang tu u all. Percutian yang ditaja sepenuhnya. Siapa mau?

Tapi yang sedihnya bukan mumy yang pergi pun. Huhuhuhuhu😭😭😭😭😭😭jelesnya mumy. Kakak senior Superstars yang pergi. Mumy nak juga. Jeles sangat tengok gambar Kak Fatin. Best sesangat.

Tak apa tahun depan,mumy akan pergi cuti tajaan Shaklee yang bertaraf 5 bintang juga. Yang ni lebih best tau. Naik cruise tuuuuuu....mumy nak....!!!! Kena usaha lebih ni supaya layak dapat percutian percuma 5 bintang tu.

Percutian tajaan Shaklee ni memang mewah. Macam trip ke Langkawi ni, hotel lima bintang. Makan super duper sedap dan mewah. Mumy dapat bayangkan masakan chef mesti taraf michelin yang masak. Macam dalam movie tu u all. Yang kalau makan tu boleh rasa terbang ke langit kan. Hehehehe....seronoknya.

Bila tengok gambar-gambar trip tu,rasa nak juga merasa percutian percuma yang lima bintang. U all nak tau, katil peserta percutian mewah ni je harganya 13 ribu!!!!!😱😱😱😱😱😱. Memang selesa tahap gaban lah kan.

Berkobar-kobar rasa hati ini nak dapat percutian mewah macam tu. Berusaha!!!!!!!💪💪💪💪💪💪💪
Mumy akan tingkatkan usaha mumy. Jommmmm!!!!

Baiklah mumy kena stop dulu. Kejap lagi mumy nak latih murid untuk persembahan kelas. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Beauty is our passion.

Saturday, 19 November 2016

Kisah Saya Bersama Upline Saya Yang Hebat

Assalamualaikum semua. Sejuk sangat malam ni sebab hujan. Kesian mumy dengar kakak batuk. Kakak kena demam selesema. Doakan kakak cepat sembuh ya. Malam ni,mumy nak cerita tentang Master Shaklee mumy yang hebat tu. Mumy ada cerita kan tentang sifu aka guru mumy dalam Shaklee ni.

Mumy berkenalan dengan Mami dari Mr Google. Walaupum bukan secara nyata tapi sesi perkenalan tu memang best. Mula-mula mumy hantar "msg" dengan mami memang mumy rasa nebes sangat. Yela,kita contact dengan orang yang hebat. Dalam hati mumy waktu tu memang macam-macam perasaan dan andaian. Mumy takut kena rejact. Macam-macam lagi lah. Hehehehe.

Tapi syukur alhamdulillah semua yang mumy fikir tu tak ada pun. Mami menerima mumy dengan tangan tang terbuka dan tanpa ragu-ragu. Terharu juga mumy waktu tu. Terima kasih mami sebab sudi terima saya sebagai anak bisness mami. Walaupun diri ini serba tak tahu semua. Tapi mami sentiasa sabar dan bagi tunjuk ajar dengan saya.

Mumy pernah jumpa mami? Pernah dalam gambar, live mami di facebook dan waktu sesi webinar kami. Mumy tak pernah jumpa mami secara live aka depan-depan mata. Timbul juga perasaan jeles dengan kawan-kawan yang lain yang dapat jumpa mami dan dapat direct coaching daripada mami. Beruntung mereka.

Walaupun mumy tak pernah jumpa mami tapi sesi bimbingan dan tunjuk ajar tu sentiasa berlaku. Sekarang semuanya dihujung jari. Rajin atau malas je yang membezakannya. Mami nun jauh di Semenanjung mumy pula di Miri. Setakat ni belum ada rezeki nak face to face dengan mami. InsyaAllah ada rezeki dapat mumy bercoaching dengan mami yang hebat.

Teknologi kalau digunakan sebaiknya memang sangat membantu sesi pemelajaran tau. Macam mami,cara mami nak sampaikan ilmu tu semuanya through technology. Facebook,telegram,video dan banyak lagi.

Sebab tu walaupun mumy tak pernah jumpa mami tapi tak pernah ada rasa ketinggalan. Sebab mami sentiasa pastikan mumy tak tertinggal walau sikit pun ilmu atau maklumat yang penting. Best tak mami mumy tu?

Jarak bukan alasan untuk tidak dapat berguru dengan insan-insan yang hebat. Kita mesti rebut peluang. Sikap kita yang menentukan tindakan dan kejayaan kita tau.

Mumy selalu bayangkan kalau dah sampai masa mumy dapat jumpa mami mesti mumy nebes. Mumy kan cepat nebes. 😂😂😂😂😂😂😂😂😂. InsyaAllah dan amin.....

Baiklah u all,mumy tak dapat sembang panjang hari ni. Kakak tak sihat. Sepanjang malam kakak menangis. Jumpa lagi ya dalam sembang kopi akan datang. Jangan marah-marah nanti cepat tua. Beauty is our passion.

Friday, 18 November 2016

My Best 2016 Moment Selain Shaklee

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Sekarang hari-hari hujan. Musim tengkujuh dah bermula. Pada pagi yang hujan lebat ni mumy nak cerita moments terindah mumy tahun ni. Banyak sebenarnya pengalaman indah mumy. Tapi ni yang terindah mumy rasakan😊😊😊.

Jom mualakan cerita saat indah mumt tahun ni. Baiklah, dalam entry yang lepas mumy ada cerita bulan Jun lepas mumy selamat bersalin adik kan😊😊😊😊😊. Apa yang istimewa sangat. Mestilah itu yang menjadi saat yang istimewa dalam hidup mumy. Siapa yang tak gembira dapat melahirkan zuriat ke dunia ni. Anugerah yang terindah daripada Allah.

Saat melahirkan kakak pun sangat indah tapi tu kisah dua tahun lepas. Hehehe. Untuk tahun ni,kelahiran adiklah yang memang best sekali. Bilangan kelaurga kecil mumy dah bertambah. Rasa meriah dan bahagia sangat-sangat. Kakak pun dah pandai jaga adik dan main dengan adik.

Untuk pengetahuan u all, tarikh lahir adik sama dengan mumy. Maksudnya mumy bersalin kan adik tepat pada tarikh birthday mumy😍😍😍😍😍. Mumy pun tak sangaka u all. Adik keluar tiga minggu awal. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Yang menjadikan saat melahirkan adik tu lebih best bila lepas bersalin tu orang tegur muka mumy dan badan mumy tak nampak macam lepas bersalin. Muka terutamanya. Orang puji berseri je. Tak ada nampak penat. Siapa yang puji tu? Bukan diri sendiri okey. Insan tersayang iaitu abang dan tetamu yang datang melawat dan berhari raya di rumah.

Kalau badan tu agak lambat sikit,sebab berat mumy lepas mengandung 72 kg. Tapi itu dulu. Lepas berpantang dah 49 Kg. Jangan jeles okey. 😁😁😁😁😁😁😁.

Nak tahu apa rahsia mumy? Boleh tanya mumy. Mumy akan share dengan u all semua.

Tahun ni juga tahun yang menggembirakan mumy. Bila mumy dah mula bisness Shaklee. Alhamdulillah rezeki mumy dalam bisness ni. Rasa best sangat dapat ketua dan ahli kumpulan yang super duper best.

Saat indah mumy yang seterusnya bila mumy berjaya tolong abang dapat berat idaman dengan Shaklee. Happy sangat tengok abang makin sihat dan tambah muda😍😍😍😍😍😍. Mumy kena hati-hati ni dan kena maintain hot. 😁😁😁😁😁😁😂😂😂😂😂😂.

U all bayangkan lah,sekarang ni ramai anggap abang tu budak sekolah menengah. 😱😱😱😱😱😱😱😱. Mumy tak nak kalah. Mumy tak nak orang cakap mumy ni makcik-makcik pulak.

Apa pun mumy bersyukur sangat dengan anugerah dan rahmat Allah. Thank you Allah.

Baiklah u all. Mumy nak main dengan anak-anak kejap. Selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Beauty is our passion.

Thursday, 17 November 2016

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum semua. Lega rasa dapat baring. Start balik sekolah tadi masak untuk parti kelas abang dan mumy. Malam ni,mumy nak cerita 7 Sebab Kenapa mumy Pilih Bisness Shaklee Online.

Apa yang best dengan bisness Shaklee ni? Banyak sangat u all. Peluang untuk ubah hidup dengan bisness Shaklee ni sangat tinggi. Bisness lain tak dapat ubah hidup ke? Semua bisness ada peluang. Tapi bila bisness online ni Shaklee lah yang paling banyak tarikan dan keistimewaan yang menguntungkan tau.

Sebab pertama mumy nak bisness Shaklee ni bila mumy baca tentang profile syarikat Shaklee ni. Yela,kita pun sebelum nak masuk mana-mana kita skodeng dulu kan kelebihan dan kekurangan tempat tu. Hasil mumy jadi spy apa info yang mumy dapat memang superb👍👍👍👍.

Apa yang hebat sangat? Haaaa...info tentang syarikat Shaklee memang menakjubkan. Syarikat ni dah berusia 60 tahun. Lamanya. Sama umur dengan bab pulak😂😂😂😂. Cuba u all bayangkan puluhan tahun syarikat ni masih bertahan dengan gah. Hebat kan.

Sebab yang kedua lagi menakjubkan hati dan sanubari mumy. Vitamin pertama Shaklee yang dinamakan vitalized mineral  dihasilkan pada tahun 1915. Macam zaman penjajahan Jepun je tu. Kena check balik Sejarah ni. Apa yang extra menakjubkan tu,vitalized mineral ni masih ada sampai sekarang. Tak percaya ye...tu...vita lea tu. Ada kan???? Mumy dah cakap,mumy tak tipu. Berdosa menipu ni.

Untuk pengetahuan u all,perkataan vitamin yang kita pakai sekarang ni adalah gabungan vitalized mineral ni. Cuba gabung vita dan min tu. Kannnnn....jadi perkataan VITAMIN. Tambah mumy semangat nak bisness Shaklee. Sebab semuanya fakta dan benar. Hehehe.

Yang ketiga mumy yakin dengan produk Shaklee ni. Bukan sebab dah berkesan dengan mumy je tetapi hasil kajian telah menunjukkan produk Shaklee ni dikaji keberkesanan pengambilannya selama bertahun-tahun. Betul ke???? U all nak tahu dah 40 tahun Dr Shaklee makan vitalized Mineral aka vita lea baru beliau tubuhkan Syarikat Shaklee tau pada tahun 1956. Maksudnya dah terbukti berkesan baru jual. Kuat tak sebab mumy nak bisness Shaklee ni?

Sebab menakjubkan yang seterusnya ni memang mumy suka sangat😍😍😍😍. Ni tentang ESP.  Kegemaran mumy. Dulu ESP ni dikenali sebagai Instant Protien Shaklee. Hebat juga nama ESP dulu ya. IPS aka ESP ni dihasilkan daripada baka yang tulen bukan sintetik. Bila tu? Pada tahun 1961. Dah lama tu,tapi sampai sekarang masih ada. Dan kesannya memang menakjubkan. Kulit mumy gebus gitu. Badan pun slim melim. 😂😂😂😂😂😂jangan muntah okey.

Apa yang buat mumy tambah teruja nak bisness Shaklee ni? Mestilah sebab perbelanjaan kajian produk yang Shaklee peruntukan. Bukan mumy mata duitan. Cuma, cuba u all fikir sendiri sebuah syarikat sanggup belanja USD 300 juta hanya untuk buat penyelidikan pada setiap tahun. Kalau tukar duit tu kepada RM kaya terduduk kita jadinya. Duit lagi mumy ni. Zaman penuh dengan permintaan duit ni memang duit jelah dalam otak mumy.

Belum lagi dengan ujian-ujian terhadap setiap produk Shaklee ni. Setiap produk tu telah menjalankan 1000 ujian setiap tahun. Ya ampun, tabah,teliti dan sistematik betul kan. Kita belum tentu buat ujian tiga kali mampu nak buat. Ini membuktikan produk Shaklee memang terbaik dan selamat. Mumy nak bisness pun tak risau sebab dah berapa puluh tahun produk Shaklee ni diuji kan. Hebat,hebat,hebat👏👏👏👏👏.

Sebab yang paling mantap dan hebat sekali mestilah bonus Shaklee. Shaklee tak pernah gagal atau lewat membayar bonus kepada agent. Mumy dah dapat dah. Alhamdulillah memang banyak membantu terutama zaman serba nak duit ni. Semua nak duit tak ada yang free. Masuk tandas pun bayar. Air minuman jenama paling murah pun mahal. Nak telan pun sayang jadinya. Hahahaha.

Dah 20 tahun Shaklee ni bertapak di Malaysia belum pernah lewat agent-agent nya di bayar bonus. Memang kukuh kewangan syarikat ni.

Sifu internet marketing pun puji bisness Shaklee ni tau. Sifu ni pakar pemasaran tau. Siapa tak kenal dengan Tuan Faisal Abdullah. Pakar pun cakap bisness Shaklee ni memang bagus sebab dah dikenali ramai sejak puluhan tahun. Bukan baru dua atau tiga tahun.

Jenama Shaklee ni dah terkenal di Malaysia. Ramai orang dah tahu jadi untuk yang baru nak berjinak dengan dunia bisness ni, inilah bisness yang sesuai dengan mumy. Bisness yang ada short cut untuk dapatkan sale. Alhamdulillah,walaupun baru dua bulan dalam bisness ni tapi jualannya sentiasa ada dan memberangsangkan😊😊😊😊.

Jenama Shaklee dah kukuh dan terkenal mumy tak perlu nak kenalkan lagi jenama ni. Apa yang mumy perlu buat just tonjolkan diri mumy dan rajin saja. Best kan😁😁😁😁😁.

Inilah 7 sebab kenapa mumy nak bisness Shaklee secara online. Offline bukan tak nak, tapi bak kata sifu mumy rezeki online ni pun dah berganda Allah bagi. Alhamdulillah.

Panjangnya cerita mumy. Mumy nak u all tau sebab menakjubkan yang buat mumy nak bisness Shaklee ni. Berminat juga. Jom bagitau mumy. Kita sama-sama menambah pendapatan di zaman penuh dengan cabaran duit ni.

Jangan stress sebab duit nanti cepat tua. Beauty is our passion.

Wednesday, 16 November 2016

Tipd Persediaan Musim Tengkujuh


Assalamualaikum semua. Hari ni alhamdullillah hujan lagi. Jangan marah hujan. Hujan itu rahmat😊😊😊😊. Pada hari yang mendung ni,mumy nak kongsi tips menghadapi musim tengkujuh atau musim hujan. Kalau musim hujan ni memang banyak persediaan yang kena buat. Sebarang kemungkinan banyak akan berlaku. Sama-samalah kita berdoa sepanjang musim tengkujuh ni kita sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. InsyaAllah,aminnnn..

Panjang pula intro mumy hari ni. Bila musim hujan ni banyak aktiviti yang kena tangguh dulu. Siapa yang nak kahwin tu memang risau kan. Takut waktu majlis tu hujan lebat. Aktiviti luar macam picnic, pergi pulau ka memang kena fikir dalam-dalam. Yelah,musim tengkujuh keselamatan mesti diutamakan.

Kalau kampung mumy,musim hujan ni lah yang ditunggu-tunggu. Sebab banyak air. Dapat stock air banyak-banyak untuk tahun depan. Mesti mum sudah cuci tangki hehehe😂😂😂😂😂.

Lain pula kalau di pedalaman ni, kalau musim hujan kami di sini memang risau. Bila hujan lebat dan hujan tak berhenti-henti, kami tak ada sumber air. Air sungai jadi warna merah. Empangan tersumbat dengan tanah,daun kering,kayu dan banyak lagi lah.

Itu air, kalau jalan pula memang seronok. Bayangkan jalan balak yang berlumpur. Lenggang lenggok kereta. Mumy memang seriau kalau musim hujan. Jalan jadi licin tahap gaban. Kereta selalu tergelincir. Gaung pun tinggi. Hanya kepada Tuhan mumy berserah. Huhuhuhu...

Antara persediaan menghadapi musim tengkujuh atau hujan ni, abang akan ganti tayar offroad yang baru. Supaya grip kuat bila jalan licin. Kereta pun kami akan service awal supaya tidak berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

Yang tu part kereta, lagi satu mumy dan abang sentiasa bersedia dengan keperluan kesihatan kami sekeluarga. Terutama anak-anak. Musim hujam di sini jangan nak di amal selalu nak turun Miri. Bahaya sangat-sangat. Masa perjalanan pun bertambah lama.

Bukan jalan licin je tau, tanah runtuh atau jalan putus. Nak tunggu orang atur jalan bukannya sekejap. Sebab tu persediaan kesihatan ni penting.

Biasalah kalau dah musim hujan ni, badan cepat sakit. Sakit ni yang perlu dicegah. Apa caranya, tingkatkan immuniti badan kita. Supaya tak cepat selesema atau demam. Mumy memang takut bila anak-anak sakit waktu musim hujan. Nak pergi Miri jalan licin dan teruk. Nak pergi klinik kesihatan terdekat arus sungai deras dan menakutkan.

Macam mana mumy tingkatkan immuniti mumy sekeluarga? Haaaa...tepukan yang gemuruh untuk Shaklee sebab menyediakan set ni. Yeeeehhhhhh👏👏👏👏👏. Nak tau apa set tu? Boleh tanya mumy lepas ni😁😁😁😁.

Tapi harus diingat cara pengambilan mestilah betul dan merujuk kepada pakar nutritionist Shaklee😊😊😊😊.

Musim hujan ni mumy akui memang banyak nyamuk. Ya Allah mengerikan nyamuk ni kalau musim hujan. Memang bahaya. Nyamuk kan pembawa kepada pelbagai penyakit bahaya macam malaria,zika dan demam denggi. Ya Allah jauhkan kami dari sebarang penyakit amin.

Alhamdulillah, Shaklee memang sentiasa buat hidup amazing. Sebab apa? Shaklee ada krim anti nyamuk. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Apa yang penting selamat dan semula jadi. Yang ni,mesti simpan stock banyak-banyak. Boleh tolong orang lain yang memerlukan.

Persediaan mumy yang seterusnya ialah beli drinking water banyak-banyak. Di pedalaman ni,memang bergantung sepenuhnya dengan air sungai. Kalau air sungai warna kopi o memang tak dapat pakai. Jadi,mineral water ni yang banyak membantu.

U all pula apa tips u all untuk menghadapi musim tengkujuh ni? Jomlah cerita dengan mumy😁😁😁.

Jaga kesihatan bila musim tengkujuh ya. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Jangan stress okey😊😊😊😊😊beauty is our passion.

Tuesday, 15 November 2016

Supplimen Shaklee Untuk Yang Tersayang

Alhamdulillah mumy sekeluarga sihat hari ni. U all apa khabar? Semoga kita semua sihat amin. Petang yang panas ni mumy nak cerita supplimen untuk yang tersayang. Siapa lagi kalau bukan abang kan. 😁😁😁😁😁😁😁.

Apa supplimen yang mumy belikan untuk abang ya? Sebelum ni,banyak juga supplimen yang mumy belikan untuk abang. Tapi yang mumy cerita ni supplimen yang istimewa. Ya,istimewa untuk yang teristimewa. Hadoooiiii....jiwanglah pulak kan.

Semestinya supplimen yang mumy beli untuk abang ialah supplimen daripada produk yang memang terbukti selamat,berkesan dan semula jadi. Produk apa tu? Sudah tentu produk Shaklee pilihan mumy untuk keluarga yang tercinta.

Bila abang tekad nak slim secara sihat mumy pun bertekad untuk bagi sokongan penuh dengan abang. Untuk buat abang tambah semangat mumt belikan abang set kurus Shaklee. Yeeeehhhh....happy betul sebab dapat hadiahkan abang dengan hadiah yang tak seberapa.

Walaupun kecik je hadiah tu,tapi impaknya besar tau. Dengan usaha,doa dan ser kurus Shaklee,alhamdulillah abang dah jadi macam budak sekolah menengah sekarang. Lebih nampak muda banding masa couple dulu. Eeeeee...betul ke? Betul...mumy dah kenal abang hampir 11 tahun. Mumy taulah.

Tak baik menipu tau. Berdosa. Memang mumy happy sangat dengan perubahan positif abang ni. Jangan ingat pula mumy ni tak suka abang yang dulu okey. Mumy sentiasa menerima abang seadanya dunia dan akhirat. Adddeeeeeehhhh...jiwang betul ni😂😂😂😂.

Kalau orang lain belikan barang macam jam,minyak wangi,kereta atau apa-apalah yang over the top. Mumy pula belikan supplimen untuk abang. Mumy sayangkan family mumy. Jadi cara untuk mumy tunjukkan kasih sayang tu dengan menjaga kesihatan keluarga mumy. Keluarga sihat hidup bahagia. Setuju tak?

Haaaa...kalau nak bagi hadiah untuk suami,mak ayah,adik beradik atau buah hati boleh cuba cara mumy😊😊😊😊😊. Hehehehe.....

Baiklah u all, malam ni mumy ada potluck untuk meraikan insan-insan istimewa di sini. Menu mumy? Tomyam seafood rendah kalori. Dengar-dengar menu malam ni hebat-hebat. Mumy tak risau sebab mumy ada pemecah dan pembakar lemak😊😊😊😊.

Nak tau juga? Jom tanya mumy okey. Jumpa lagi. Beauty is our passion .

Monday, 14 November 2016

Pengalaman Handle Customer dalam Bisness Shaklee

Assalamualaikum u all. Malam ni supermoon kan. Besar sungguh bulan. Cantik dan indah ciptaan Allah. Malam ni mumy nak cerita pengalaman mumy handle customer dalam bisness Shaklee. 

Mumy aktif biz Shaklee ni dua bulan lepas. Tak sangka kan,mumy lagi tak sangka mumy dah ada bisness sekarang. Semoga urusan bisness mumy dipermudahkan. Amin.....

Pengalaman pertama deal dengan customer ialah pengalaman yang mumy paling tak lupa. Mula-mula tu memang nebes. Semua perasaan ada. Alhamdulillah, ahli dalam team sangat banyak tolong mumy.

Cuba u all bayangkan, customer tanya mumy ada stock herbal blend. Satu badan mumy seram sejuk tahap gaban. Rasa nak demam pun ada 😂😂😂😂😂😂😂. Over semangatlah katakan.

Bila mumy ingat balik,mumy boleh ketawa sendiri. Tapi pengalam pertama tu sangat mematangkan mumy. Alhamdulillah,pelanggan pertama tu permulaan kepada bisness mumy.

Sekarang mumy dengan Cik B dah jadi member. Kami selalu contact walaupun bukan urusan Shaklee.

Itulah kisah mumy bersama first customer mumy. Seronok sangat bisness. Alhamdulillah. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion.

Sunday, 13 November 2016

Sumber ilmu Shaklee,supplimen Shaklee dan bisness Shaklee

Assalamualaikum semua selamat menjalankan tugas. U all sihat hari ni? Alhamdulillah,walau apapun yang terjadi kuatkan semangat. Hari ni,jom sembang cara nak dapat ilmu tentang Shaklee,bisness Shaklee dan supplimen Shaklee.

Penting ke semua tu? Sangat penting u all. Bagi mumy yang sememangnya pengamal produk Shaklee. Tambahan pula,mumy dah menceburkan diri dalam bisness Shaklee ni.

Nak memulakan apa jua perkara yang paling penting adalah ilmu. Tanpa ilmu kita tak akan ke mana. Insan hebat pun sentiasa mencari ilmu tau. Nak makan pun kita perlukan ilmu. Kenapa mumy cakap macam tu?

Ilmu merasa makanan. Cara nak pegang sudu. Cara nak ambil isi ikan. Semuanya perlukan ilmu. Tanpa ilmu makan. Yang basi pun kita bedal je nanti.

Ilmu tentang Shaklee ni suatu masa dulu tak sampai pun tahap buku lali. Mumy banyak tahu pasal Shaklee pun bila mumy mula nak berjinak nak ambil supplimen Shaklee waktu nak bersalin kakak dulu. Dari mana mumy dapat info tentang set berpantang tu? Mumy ambil dari Mr Google.

Nak cari maklumat dari Mr Google ni perlu ada adab tau. Caranya perlu tahu. Yang mana informasi yang tepat atau copy paste je. Apa pun maklumat yang kita baca pastikan sumber itu boleh dipercayai.

Alhamdulillah,dari mumy kosong tentang produk Shaklee,kesihatan,nutrisi dan bisness Shaklee sekarang ilmu mumy semakin terisi. Dari mana mumy dapatkan ilmu-ilmu ni? Alhamdulillah,mumy ada seorang guru,sifu,master dan ketua yang hebat👏👏👏👏👏👏👏.

99% ilmu mumy tentang Shaklee ni adalah daripada beliau. Syukur alhamdulillah ya Allah sebab mumy dihantar kepada seorang guru yang hebat macam beliau.

Ilmu nutrisi,ilmu produk Shaklee,ilmu bisness Shaklee bahkan ilmu di luar bidang Shaklee pun banyak beliau curahkan. Deep deep in my heart she is the greatest teacher. Thank you very much mami.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mami kepada diri ini. Semoga mami dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah amin.

Mumy tak rujuk sumber lain ke? Nak mencari ilmu yang terbaik kita mesti merujuk sebanyak mana rujukan yang kita ada. Barulah ilmu yang kita dapat tu unggul.

Cuma hari ni,mumy nak kongsi satu sumber ilmu mumy sahaja iaitu master mumy yang hebat ni. Siapa lagi kalau bukan Master Siti Salwa. Sumber ilmu mumy yang sangat-sangat hebat.

Proses pembelajaran banyak hala. Bahan bantu mengajar yang pelbagai. Penggunaan ICT dalam pembelajaran yang optimum. Kaedah penilaian dan pentaksiran pun over the top. Kawalan emosi dan tingkah laku pun sangat bagus😍😍😍.

Kalaulah master mumy ni cikgu di sekolah,mumy pasti beliau dah banyak kali dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Guru cemerlang setiap tahun. Guru inovasi dan banyak lagi lah u all. Markah PBPPP confirm tinggi. Hehhe...jangan marah ye mami. Saya gurau je.

Mumy kan dah cikgu kenapa semua ilmu ni penting? Harus diingat u all. Pembelajaran yang bagus ialah pembelajara yang merentas kurikulum. Haaaa...banyak ilmu kesihatan mumy dapat aplikasi semasa dalam kelas tau.

Bila murid asyik lemau je. Mumy dapat terang dengan mereka kenapa jadi macam tu. Murid seronok, mumy lagi seronok. Waktu explain dengan murid tu,terbayang-bayang wajah master mumy tu.

Ini bukan mengampu tapi ini ikhlas dari hati. Tak guna saya mengampu pun kan😂😂😂😂. Tak ada faedah pun.

Baiklah jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Kalau yang tengah sedih macam mumy mengadulah kepadaNya dan orang tersayang sekeliling kita. Awet muda terjaga😁😁😁😁. Beauty is our passion.

Saturday, 12 November 2016

Zaman sekolah yang indah

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Jom sembang kenangan waktu zaman sekolah. Kenangan terindah kan😊😊😊😊.

Zaman sekolah mumy sangat seronok. Waktu sekolah rendah masuk je tahun 1 mumy dah masuk asrama. Semua urus sendiri. Kenapa mumy masuk asrama. Itu cara bapa mumy aka bab untuk didik kami supaya berdikari. Kalau mum, memang tak nak pun mumy and adik-adik tinggal asrama. Waktu tu memang terlintas dalam hati, bab ni tak sayang kami ke😭😭😭😭. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik semua tu. Alhamdulillah mumy dan adik-adik yang lain berjaya. Thank you bab and mum. We love you sooooo much.

Baiklah,umur mumy masuk tujuh tahun,mumy masuk sekolah dan tinggal asrama desa. Asrama tu di kampung nenek mumy sebelah bab. Kampung Telaga namanya. Memang banyak telaga kampung tu. Mula-mula tu memang mumy tak dapat biasakan diri. Yelah kena buat sendiri. Bangun sendiri,kemas katil sendiri,cuci kain sendiri. Pendek kata semua kena buat sendiri.

Waktu tu dahlah tak ada elektrik masih. Memang gelap kalau malam. Warden akan pasang lampu untuk belajar malam. Bila dah waktu tidur ada lampu kecil je. Mumy pula penakut gelap. Hahahaha. Kalau ada rasa nak membuang tu. Tahan jelah sampai pagi.

Di asrama dulu,kami akan mandi di sungai. Tak ada bilik air yang disediakan. Tak macam asrama sekarang ni. Semuanya lengkap. Siap ada Pembantu Pengurusan Murid lagi yang membantu murid asrama ni. Zaman mumy dulu, buat sendir. Tak buat maka tak hiduplah hehehe.

Mandi dekat sungai tu. Ya Allah....sejuk tak terkira. Bayangkan pukul 4.30 pagi geng-geng budak asrama bawah baldi masing-masing dan mandi. Bila imbas balik kan, terfikir juga mumy. Survive juga mumy ya. Hehehe. Kenangan yang paling tak lupa,bila musim mangga. Siap bangun awal dari orang lain supaya dapat kutip mangga banyak-banyak😂😂😂😂. Seronok sangat time tu. Tak fikir pun ada ular ke apa ke. Yang penting nak buah mangga.

Pernah satu masa tu hujan lebat sangat. Musim hujan. Geng asrama tak dibenarkan mandi sungai. Warden sediakan tong air dan tadah air untuk mandi. Bila malam gelap sangat mumy rasa. Rasa macam tak boleh bernafas. Huhuhu. Mumy kan takut gelap. Tapi alhamdulillah,geng asrama ni hebat tau. Sangat kreatif untuk hidup yang selesa.

Kami ada jumpa sejenis cendawan yang glow in the dark. Mumy tak tahu apa namanya. Tapi memang betu u all. Memang bersinar kalau gelap. Kawan-kawan waktu tu cakap, itu makanan lipan.

Sebelum gelap,mumy ajak adik mumy dan makcik mumy. Mumy dan makcik mumy ni satu umur. Kami pergi kutip cendawan tu dan letak dalam botol. Haaaaa...jadi macam lampu. Hahaha...kalau bab dan mum tahu kami masuk hutan. Memang kena waktu tu.

Bila dah gelap cantik sangat tau. Memang macam lampu. Mumy gantung dekat kelambu. Mumy bagitau dengan adik waktu tu. Kalau bangun nanti dah tak ada lampu tengok botol tu. Macam muvie tak?

Mumy tak lupa juga dengan adik lelaki mumy. Dia tinggal di dorm lelaki. Sedih juga mumy kalau adik lelaki mumy tu gelap nanti. Kakak yang bagus juga mumy ni yer....😂😂😂😂.

Adik perempuan mumy tak lama tinggal asrama. Sebab waktu tu, kampung mumy dah ada sekolah. Memang rasa jeles sangat adik dapat sekolah di kampung sendiri. Mumy dan adik lelaki mumy masih tinggal asrama dan sekokah di sekolah lama.

Kenagan yang tak boleh lupa lagi. Mumy, adik dan mak cik akan memancing dekat sungai tempat kami mandi. Bukan guna joran tau. Guna benang dan mata kail nya ubat staples tu....hahahaha. Umpannya nasi. Ada hasil juga u all. Kami tak makan pun ikan tu. Ikan yang kami biasa dapat ikan puyuh. Bila dapat ikan adik akan jual dengan cikgu-cikgu. Dapat duiiitttt. Terus beli mee goreng dua posen letak kicap cili banyak-banyak. Nikmat tak terhingga makan sekali dengan ais krim milo😆😆😆😆😆. Bestnya...

Mungkin sebab tu lah sampai sekarang minat adik mumy tu memancing. Nak memancing je. Ada masa free mesti memancing. Hehehehe.

Itulah kenangan mumy zaman sekolah rendah dulu. Hehehe. Kisah ni mumy dan adik selalu ulas balik.

Apa kenagan u all? Jomlah kongsi sekali. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion.

Friday, 11 November 2016

Siapa Doktor Shaklee?

Assalamualaikum semua selamat berhujung minggu. Bestnya hujung minggu. Pada pagi yang best mumy nak cerita sikit tentang kisah Doktor Forrest Shaklee. Siapa lelaki ni? Skandal mumy ke? Uiiissssshhh....jangan cakap sembarang tau. Encik abang tetap nombor satu dunia akhirat😍😍😍😍😍😍.

Habis tu yang mumy beria sangat nak cerita kenapa ya? Musykil tak😅😅😅. Pada zaman dahulu,ada sepasang suami isteri dikurniakan anak lelaki yang sangat comel. Dalam kegembiraan mendapat cahaya mata,sinar kegembiraan itu musnah apabila doktor mengesahkqn anak tercinta hanya boleh hidup sehingga usianya 8 tahun. Perit sungguh ujian mereka.

Anak comel tu disahkan menghidap penyakit tuberculosis atau batuk kering. Pasangan suami isteri tu mengambil keputusan untuk membawa anak lelaki mereka ke kawasan yang segar,tenang dan tanpa pencemaran dengan harapan persekitaran yang bersih dapat mengurangkan penderitaan si anak.

Alhamdulillah dengan izin Allah, anak yang dijangka hanya dapat hidup sehingga usia lapan tahun masih bertahan sehingga remaja. Walaupun tidak seaktif dan secergas remaja seusianya.

Apabila telah meningkat remaja,beliau banyak menghabiskan masa dengan membuat pembacaan dan kajian tentang rawatan tanpa menggunakan dadah aka ubat. Beliau sangat berpegang kepada perinsip Living in Harmony with Nature. Pada tahun 1915 beliau telah mencipta vitamin yang pertama di dunia. Vitamin ni dinamakan vitalized mineral dan bila disingkatkan menjadi vitamin.

Sekarang vitalized mineral ni dikenali sebagai vita lea. Cuba u all kira da berapa lama umur vita lea ni. Lamakan? Sebab tu dalam landmark study pun dah dinyatakan produk Shaklee ni dikaji keberkesanannya selama berpuluh tahun.

Haaaa...tu lah cerita mumy tentang Doktor Shaklee. Living Harmoney With Nature. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion.

Thursday, 10 November 2016

Ajaib yang terindah

Assalamualaikum u all. Salam Jumaat mumy ucapkan. Pada hari yang penuh barakah ni,mumy nak kongsi ungkapan terindah yang buat mumy semangat nak bisness Shaklee. Macam yang mumy pernah cerita dulu, yang mencadangkan dan menggalakkan mumy bisness ialah abang. Abang memang otak bisness. Semuanya tentang bisness. Aura abang tu dah menyerap dalam diri mumy sekarang.

Kalau u all tengok mumy tak ada pun ciri-ciri seorang yang tahu tentang bisness. Cuma mumy happy sangat tengok abang bisness. Sebenarnya bisness ni bukan semata-mata tentang untung tau. Ianya lebih kepada macam mana kita nak urus bisness kita. Macam nak deal dengan orang. Kepuasan pelanggan tu yang utama.

Kenapa mumy nak bisness Shaklee yang tu pun ada mumy kongsi dalam sembang kopi kita yang lalu. Abang yang pemberi inspirasi kepada mumy. Apa inspirasi yang abang bagi dengan mumy sampai terjentik lubuk hati ini untuk masuk dalam dunia bisness ni. Meh sini mumy cerita okey.

" Waaaa!!!!sekarang sayang makin nampak muda. Awet muda banding di maktab dulu". Jangan muntah dulu okey😂😂😂😂😂mumy dengar time tu pun,macam-macam perasaan mumy. Percaya ada,tak percaya pun ada. Yela, dalam hati ini kembang dan berbunga-bunga tapi terselit juga dalam hati " ni mesti nak ambil hati ni😏"

Bila mumy buat muka selamba dengan pujian tu, terus abang cakap lagi. "orang serius ni..."
Tambah nak pecah hidung mumy kembang time tu😆😆😆😆😆😆. Tapi masih control ayu lagi time tu. Abang pun cakap, bagus supplimen yang mumy ambil ni. Kesannya bagus dan positif.

Tengok-tengok, encik suami mumy pun nampak perubahan mumy yang sangat bagus ni. Inilah kesan produk Shaklee yang buat diri mumy momazing.

Ungkapan ajaib abang yang buat hati mumy buat keputusan untuk bisness yang ni" Bagus sayang bisness. Sayang dah boleh jadi model untuk Shaklee. Bila kita sendiri tunjuk kesan positif tu, orang yang memerlukan dapat kita tolong".

Berpandangan jauh betul abang ni. Ya,kata-kata hikmah abang ni lah yang melonjakkan semangat mumy untuk berbisness. Sokongan moral abang yang banyak membantu mumy. Bukan apa redha suami tu kan penting. Thnk you so much abang.

Sekarang alhamdulillah mumy sudah pun berbisness dan syukur kepada Allah rezeki itu sentiasa ada.

Berbilion terima kasih juga kepada sifu/guru/master kepada mumy. Insan ini terlalu banyak membantu mumy dalam menempuh perjalanan bisness Shaklee mumy. Thank you soooooo much mami Master Siti Salwa. Semoga mami sentiasa sihat,dimurahkan rezeki dan mendapat keberkataan daripada Allah. Your are superb sifu👍👍👍👍👍👍.

Baiklah kita jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ya. Beauty is our passion.

Wednesday, 9 November 2016

Resdung sembuh dengan Shaklee

Assalamualaikum semua. Sekarang ni sejuk sebab musim hujan. Kalau dulu asal sejuk je hidung tersumbat,gatal dan berair. Hari ni,mumy nak kongsi cara merawat resdung dengan Shaklee. Orang cakap kita semua ada resdung. Yang membezakannya teruk atau tidak.

Sebenarnya masalah resdung ni berkait rapat dengan sinus kita. Setiap kita ada sinus. Yang menyebabkan resdung tu bila sinus tak sihat. Bila berlaku lebihan mukus.

Kalau resdung tu dah menyerang ya Rabbi....Tuhan saja yang tahu perasaanku. Hidung tu gatal yang amat. Gatal yang tak dapat hilang walaupun digaru. Rasa je macam ada benda bergerak dalam hidungkan. Mata pun gatal dan berair. Rasa demam je. Yang paling tak best tu,hingus tu ya Allah sentiasa mengalir dengan jayanya. Nak buat apa pun tak jadi. Tisu sepeket besar confirm tak cukup. Waktu ni, self confident akan drop tahap gaban. Apa taknya asyik menarik hingus je. Hidung pun da jadi macam badut. Merah macam Tomato. Make up tebal pun tak dapat nak cover.

Mumy yakin orang yang ada resdung bila tarik nafas dapat hidu bau yang kurang sedap di hidung. Bau ikan ada juga. Bau hanyir daging pun ada. Kalau lah orang lain boleh hidu bau tu muntah orang jadinya.

Semua tu kisah mumy waktu ada resdung dulu. Mumy mula resdung ni tahun 2005. Macam mana mumy tau tu resdung? Bila bernafas bau hanyir. Uuuwwweeekkksss...bermula saat itu mumy sangat menderita dengan resdung. Bila dah gatal sangat tu rasa nak cabut je hidung dan rendam dalam clorox. Hahahaha.. rasa nak berus je hidung kuat-kuat.

Resdung mumy bertambah teruk tahun 2007. Mumy dah masuk institut perguruan. Memang cun,tempat mumy berlajar tu tempatnya sejuk. Tidur tengah hari pun mesti pakai comforter. Sejukkkkk u all. Apa lagi resdung mumy makin menggila.

Rawatan? Macam-macam mumy cuba. Dari pelbagai jenama. Masih mumy ingat, ada orang introduce supplimen khas untuk resdung. Jenamanya dirahsia kan. Mumy dengan semangat makan supplimen tu. Ya Allah,teruk sangat rasanya. Supplimen tu buat mumy gastrik. Mumy dapat bertahan tiga hari je.

Ada lagi satu jenama tu. Mahal juga u all. Botol kecik je, tapi harganya berapi. Produk tu jenis cecair yang boleh campur dalam minuman atau sapu di bahagian hidung. Tapi rasanya, walau setitik kecik,rasa minuman akan berubah macam produk ni punya rasa. Yang ni pun mumy tak tahan.

Waktu elaun naik sikit, mumy buat rawatan facial resdung. Seminggu dua kali mumy buat. Satu sesi RM 40. Zaman belajar jumlah tu sangat besar dapat makan kat kafe seminggu lebih. Demi nak sihat mumy sanggup ikat perut. Sedih lah pulak.

Ada seorang kawan cadangkan satu ubat dari farmasi. Namanya zertec D. Kawan tu bagitau ubat ni berkesan. Mumy pun pergi farmasi untuk beli ubat tu. Ya ampun mahalny. RM 6 sebiji. Demi nak sihat mumy beli juga.

Memang menakutkan ubat tu. Apa tak menakutkan makan sebiji tak sampai seminit dah hilang resdung tu. Tak ada hingus. Bersin lagi lah tak ada. Macam tak sakit apa-apa. Tapi hati kecil ini terdetik. Kenapa berkesan sangat ubat tu. Mumy oun google nak berkenalan dengan ubat ni.

Penemuan yang sangat menakutkan. Ya Allah ubat tu ada steroid!!!! Mumy memang dah takut  sangat waktu. Mumy takut kesan jangka panjangnya. Mumy serta merta band ubat tu. Dalam hati dah set. Takpelah tahan dulu sakit ni. Nanti dah kerja terus jumpa pakar.

Alhamdulillah semua kesengsaraan ini sudah pun berakhir. Resdung mumy makin kurang bila mengandungkan kakak. Tapi,mumy ingat sebab hormon. Happy sangat mumy. Bila dah bersalin makin kurang bersin dan gatal hidung. Tahun 2014 ialah tahun mumy semakin kurang diserang resdung. Bersin pun satu dua kali je. Thank you Allah.

Tahun 2016,alhamdulillah mumy boleh cakap yang mumy dah sembuh dari penjara resdung ni. Tanda-tanda resdung tu berkurang bila mumy mula amalkan supplimen Shaklee. Bukan nak promote tapi inilah hakikat yang u all kena percaya.

Nak tahu apa y ang mumy ambil? Cepat-cepat tanya mumy. Mumy akan bagitahu dan ajar cara makan yang betul. Yang paling penting semuanya dari nasihat dan saranan daripada pakar dan nutritionist Shaklee.

Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion. 

Tuesday, 8 November 2016

Cara detox sebenar dengan program Shaklee

Assalamualaikum u all. Da detox hari ni? Alhamdulillah,hari ni mumy nak kongsi cara detox sebenar dengan program Shaklee.
Nak tahu macam cara detox sebenar  dengan program Shaklee? Kena teruskan bersama mumy sampai akhir okey😊😊😊

Apa itu detox? Macam-macam jawapan mumy pernah dengar bila orang bercakap pasal detox ni. Sebelum ni mumy anggap detox ni kita cuci usus. Pakai patch detox dekat kaki. Hahaha....yang ni,mumy pernah buat.

Waktu masa belajar dulu. Masa tu hot sangat pasal detox patch ni. Mumy beli RM 2.50 sekeping. Mumy sanggup beli banyak-banyak yela nak sihat. Nak buang toksin lah katakan. Yang lucunya,mumy boleh siap berbisness lagi dengan detox ni. Dah ada aura rupanya waktu tu.

Waktu pakai tu memang teruja sangat. Tak sabar nak pagi. Hehehehe. Tak sabar nak tengok banyak mana toksin yang patch tu serap. Buka je mata keesokan paginya. Terus kumpul ramai-ramai lawan patch siapa paling hitam 😂😂😂😂😂. Bila ingat balik lucu sangat.

Itu kisah mumy berdetox tanpa ilmu detox dan tahu cara sebenar untuk detox.  Waktu tu memang jahil sangat tentang detox ni. Bila kita buat sesuatu tanpa ilmu kita tak akan dapat hasil yang sepatutnya. Bila tak dapat seperti mana yang digembar -gemburkan kita mulalah salahkan produk.

Sebab tu terdetik juga hati mumy, kenapa dah pakai patch setiap malam masih juga hitam legam patch tu. Badan masih juga letih, lembik macam tisu kena air, selalu sakit dan macam-macam lagilah. Tipu je kot patch ni. Orang nak ambil utung je ni. Mulalah mumy rasa menyesal. Patch tu tak salah. Yang menjadi masalah bila kita tak tahu cara sebenar nak detox dan ilmu detox tu sendiri.

Detox dengan program Shaklee ni sangat-sangat best. Bila mumy sudah terdedah dengan ilmu detox melalui program Shaklee ni baru mumy sedar selama ni kurang tepat cara mumy tu. Sebab tu mumy ulang lagi nak buat sesuatu mesti dengan ilmu.

Mumy apa detox tu? Mumy terangkan guna bahasa yang paling mudah okey. Detox ni umpama satu proses pembersihan dalaman kita. Maksud mumy pembersihan jasadi bukan rohani.

Pembersihan ni secara holistik atau menyeluruh. Kenapa perlu menyeluruh? Mestilah menyeluruh u all. Bukan menyeluruh secara jasadi saja tau, cara detox yang unggul kita mesti  mula dengan detox persekitaran kita,pemakanan kita barulah kepada dalaman kita.

Setakat ni macam mana? Jelas tak? Alamak macam dalam kelas lah pulak😅😅😅😅

Baiklah kenapa kita perlu detox? Atau dengan bahasa mudahnya kenapa kena buat pembersihan dalaman ni. Konsepnya senang je. Bayangkan badan kita ni sebuah rumah baru. Kenapa rumah baru? Sebab bila kita lahir ke dunia yang fana ini kita umpama satu kain yang sangat baru,suci tanpa ada cacat celahnya.

Rumah dipakai dalam tempoh yang lama. Badan kita pun sama. Dalam rumah ada macam-macam bahagian. Bilik tidur, ruang tamu,ruang dapur,stor, balkoni dan banyak lagi. Kalau nak rumah tu cantik dan tahan lama kita kena jaga kan. Cuba tengok rumah yang tak kena jaga walaupun harga juta-juta tetap tak nampak serinya. Jadi hunted adalah. 😱😱😱😱😱

Bayangkan dalam rumah tu penuh dengan bangkai dan sampah sarap. Ada fungsi lagi tak rumah tu? Tak ada kan. Begitu juga dengan badan kita. Macam mana nak buat rumah tu dapat diguna semula? Dengan pembersihan yang sungguh-sungguh dan terbaik supaya semua bau dan kotoran itu tidak ada.

Kalau kita tuan rumah yang pemalas, kita bersihkan dekat ruang tamu dan bilik je. Adakah rumah tu dah bersih? Belumkan. Lalat dan tikus akan bawa semua kotoran dan sampah tu. Silap haribulan kita yang bawa sampah tu masuk dalam bilik sebab terpijak. Rumah itu tetap tak bersih. Malah kita jadikan rumah tu pusat lalat,tikus,lipas dan ulat. Yakkkkkssss. Geli pula mumy. Bayangkanlah kalau macam tu keadaan dalam badan kita. 😩😩😩😩

Maksudnya,kalau kita nak detox biarlah secara menyeluruh. Jangan detox usus je. Detoxlah semua,supaya badan bekerja secara optimum.

Kita tumpu detox usus je. Tapi kita lupa hati lagi banyak kerja dan semakin terbeban dan lemah. Hati adalah organ utama untuk detox. 80% proses detox manusia dilakukan oleh hati. Hebatnya Allah.

Macam mana nak detox? Sebelum nak detox kita kena tau apa yang menyebabkan badan kita penuh dengan toksin,cacing dan parasit. Eeeee....ada ke cacing dan parasit. Of course ada. Ingat dalam rancangan monster inside me je ke yang ada.

Geli mumy nak bayangkan😖😖😖. Parasit ni maknannya adalah toksin-toksin yang ada dalam badan kita. Semakin banyak toksin semakin sihat mereka. Maka semakin lemah lah sistem pertahanan badan kita.

Hamba Allah atau askar pertahanan badan ni yang bantu sistem dalaman badan kita berfungsi dengan baik. Tapi,kalau badan penuh dengan toksin askar pertahanan ini akan lemah dan mati. So, yang take over mestilah parasit jahat dan cacing-cacing tu.

Bila geng ni dah take over bayangkan apa jadi. Kemusnahan kan. Macam dalam muvie tu,kalau gengster dah take over bandar jadi kacau bilau. Itulah keadaan badan kita.

Kalau dah macam ni,mulalah kita rasa asyik tak sihat je. Masalah pencernaan. Berat badan naik walaupun dah diet. Muka berjerawat. Paling senang nak tau,bila asyik stress je. Rasa nak marah je. Sistem dalaman dah semakin lemah. Toksin dah terlalu banyak emosi pun jadi tak stabil. Kandungan asid dalam darah semakin tinggi. Lagi bahagia parasit-parasit tu.

Sebab tu jangan suka marah. Bila kita bercakap semasa marah kita akan tahan nafas. Karbon dioksida akan masuk dalam darah. Karbon dioksida kan perlu dibuang daripada badan.

Bila masa yang sesuai untuk detox ni mumy? Bila dah ada satu tanda yang macam mumy cakap tadi cepat-cepatlah detox. Jangan tunggu semua tanda dah ada baru nak berdetox. Jangan nak detox bila nak kurus je. Yang sa slim pun kena detox. Toksin dalam badan kalau tak dibersihkan akan terkumpul. Haaaaa,bayangkan kalau dah umur 60 tahun baru nak detox dah berapa banyak parasit dan cacing dalam badan. 😱😱😱😱😱.

Panjangnya cerita mumy hari ni. Ya memang panjang dan sebenarnya tak habis lagi pun😂😂😂😂😂. Mumy cuma nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan mumy tentang cara detox yang betul dengan program detox Shaklee ni.

Ilmu sangat penting dalam memperoleh kesihatan yang unggul. Kesan program detox Shaklee ni mumy rasa lebih sihat,ceria dan live amazing.

Jangan anggap kita tak perlu detox. Hidup kita sekarang sangat terdedah dengan seribu macam pencemaran. Buatlah sebelum terlambat okey. Kita jumpa dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion.

Monday, 7 November 2016

Saya dan Bisness Shaklee saya 6 bulan dari sekarang

Hi u all. Alhamdulillah line internet baru ada. Banyak ilmu mumy tertinggal hari ini. Malam yang sunyi ni,mumy nak kongsi tentang harapan mumy dalam bisness Shaklee mumy 6 bulan dari sekarang. Hehehe...hebatkan bunyinya. Yes,kalau impian kenalah hebat baru kita semangat nak capai betul tak?Doakan semoga impian murni dan suci mumy ni dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.....😍😍😍😍😍

Baiklah sebelum tu mumy nak cerita sikit macam mana mumy boleh masuk dalam dunia Shaklee ni. Mumy makan supplimen Shaklee bermula tahun 2014 lagi. Mumy ambil set berpantang premium. Yang ni ada mumy cerita dalam sembang kopi awal-awal dulu kan😊.

Tapi waktu tu dalam otak mumy tak terfikir pun nak jadi ahli apatah lagi nak berbisness ni. Mumy cuma set dalam otak mumy nak luka-luka mumy cepat sembuh. Yelah,waktu tu bersalin anak pertama macam-macam dalam otak ni. Masih tak tahu lagi apa yang bakal dihadapi dan dirasai. Lepas berpantang tu on off makan supplimen Shaklee. Tapi dalam otak dah set dah,lepas ni kalau bersalin lagi mesti ambil Shaklee.

Haaaa....kalau u all nak tahu,waktu tu mumy asyik promote Shaklee ni dengan kawan-kawan. Sebab pengalaman kesan ambil supplimen Shaklee tu best sangat 😍😍😍😍. Ni bukan cerita sikit ni, dah panjang lebar jadinya.

Mumy tengah semangat, banyak idea nak dicurah ni. Kelas ilmu malam ni pun mumy dah terlepas sebab line tak bagus. Issssshhhh...tak naklah mumy mengeluh. Inikan cabaran. Jangan banyak alasan banyakkan bertindak. Kakak pun baru tertido. Dari tadi asyik nangis. Kakak main lompat-lompat  petang tadi dan terjatuh. Lutut kena lantai. Tulah,macam bengkak sikit lutut tu. Lama pujuk kakak supaya tidur sambil sapu minyak kat lutut tu. Mumy harap lutut kakak tak ada apa-apa yang teruk. Pilu dan sayu juga tengok kakak nangis sambil sebut "mummy....mummy..."😢😢😢😢😢.

Oh ya,kita sambung lagi okey😊😊😊. Banyak sungguh selingannya. Tahun ni mumy bersalin lagi dan semestinya bersama set berpantang Shaklee yang best tu. Memang bising mum dan mak kenapa tak beli set berpantang yang lain. Yang ada jamu-jamu tu,tak nak mumy sebutkan jenamanya. Hehehe. Mumy cakaplah Shaklee ni best, sebab vitamin. Lagi pun diri mumy ni tak tahan dengan jamu. Pot pet...pot pet mum dan mak. Mumy diam je. Nasib baik ada abang selamatkan keadaan. Ayat power abang " setakat tok, produk tok yang paling sesuai dengan kak longnya. Semuanya bagus. Sik da nak dibingong sebab tu vitamin. Badan perlukan vitamin na" fuuuuhhhh...thank you abang. Lepas tu mak aka MIL dah tak bising lagi.

Selepas bersalin adik,mumy asyik cerita dengan abang yang mumy rasa best sangat bila guna set berpantang tu. Abang pun banyak nampak perubahan dengan mumy. Waktu tu, abang cakap bagus mumy bisness Shaklee sebab boleh jadi testimoni. Tapi cadangan abang tu mumy pandang sepi je. Berkali-kali abang cakap macam tu dengan mumy berkali-kali juga mumy pandang sepi cadangan tu. Maafkan daku ya encik abang😂😂😂😂. Otak abang ni otak bisness sebenarnya. Semuanya pasal bisness. Mungkin darah cina yang mengalir dalam badan abang kot. 😂😂😂😂😂. Abang tu campuran cina tapi tak ada muka cina. Mata jelah yang sepet. Hehehehe. Sebab tu nama abang ada Tan 😁😁😁😁.

Habis tu kenapa sekarang mumy bershaklee pula. Makin aktif bisness. Semua ni bermula bila mumy cuti bersalin. Waktu tu anak-anak depan mata. Tak risau nak ditinggal-tinggal. Mumy dapat rasa kualiti masa dengan keluarga tu optimum sangat. Gembira sangat-sangat dapat jaga anak-anak sendiri. Mandikan kakak dan adik. Main dengan dorang ni. Suapkan maknan. Senyuman dan kegembiraan kakak dan adik tu buat mumy sedih nak bagi orang lain jaga kakak dan adik bila mumy pergi kerja.

Waktu ni dah terdetik jauh dalam hati mumy nak jadi ibu yang sepenuh masa dengan keluarga. Tapi hati mumy serba salah. Nak berhenti kerja? Oh tidak, tak kan abang nak tanggung semua. Belanja zaman sekarang ni RM seribu tu belum tentu troli penuh. Mumy bukan anak orang kaya. Biasa-biasa saja bak kata Jimmy Palikat. Kalau mumy tak kerja siapa nak tolong keluarga di kampung? Aduuuhhh...mula lah bingung hati ini.

Mumy pun mula study tentang bisness. Mumy banyak baca blog waktu tu. Ada satu blog ni yang terus buat mumy buat keputusan untuk bershaklee. Thanks tu blog superibu. Ya, dari sana mumy buat keputusan. Bincang dengan abang siap buat solat istiqarah lagi. Dan alhamdulillah mumy menjadi ahli shaklee sekaligus menjadi ahli dalam kumpulan yang sangat-sangat best. Yang paling best,mumy beruntung dapat sifu yang superb. Thousand thanks to mami aka Master Siti Salwa yang banyak membantu diri ini. Terima kasih banyak-banyak mami.

Syukur alhamdulillah,mumy sudah mula berbisness Shaklee. Semuanya hasil dorongan motivasi dan tunjuk ajar daripada sifu dan leader yang sangat dedikasi. Kalau dihitung,mumy memang tak sangka da masuk bulan kedua mumy bisness Shaklee. Ala baru dua bulan pun, jangan nilai macam tu dulu u all. Baru dua bulan tapi hasilnya mumy dah dapat. Ilmu mumy dalam bisness dari kosong semakin berisi.

Hasil daripada bisness Shaklee ni lah banyak perubahan positif yang mumy dapat. Terutama dalam bentuk kewangan. Alhamdulillah sujud syukur.

Apa impian mumy dalam bisness Shaklee ni 6 bulan dari sekarang? Ni yang seronok ni. Enam bulan dari sekarang mumy nak jadi master coordinator. Jangan tak tahu, dalam bisness Shaklee ada level masing-masing tau. Level paling asas ialah level Supervisor. Level ini mumy usaha sejuta kali usaha untuk capai bulan ni. Mumy nak naik supervisor November ni!!!!! Semangat!!!! Doakan mumy berjaya okey😇😇😇😇.

Selain jadi master coordinator,mumy nak income bulanan mumy dapat cover gaji mumy setahun. Haaa...cuba kira hehehe. Mumy da kira okey, bukan diri ini mata duitan. Inilah impian mumy. Mumy nak income mumy 6 bulan dari sekarang dah 70k. Aminn....ya Allah...amin......amin....jom amin kan sema-sama u all. Semoga impian mumy ni tercapai.

Dalam bisness Shaklee ni ada lagi yang mumy nak sebenarnya. Ya Allah mumy... tamak juga mumy ni. Semua nak. Eeeeee...bukan tamak u all. Kita mesti ada target ada impian baru boleh fokus. Benar tak benar? Ini yang jadi pendorong dan motivasi untuk kita berjaya. Makin besar impian makin besar usaha. Usaha besar maka besarlah hasilnya. Betul tidak? Haaaa...yang nok ya iboh di lupak. Hehehe....

Okey-okey kita sambung lagi. 6 bulan dari sekarang mumy nak dapat percutian bertaraf lima bintang tajaan Shaklee. Lima bintang okey....LIMA BINTANG.  Ya Allah. Laju darah ini mengalir seluruh badan. Impian ni buat mumy semangat tau. Abang paling suka melancong. Impian abang nak pergi melancong luar negara. Dari zaman couple dulu abang selalu cakap abang nak rasa hotel Al Burj. Ya Allah permudahkan urusan ku dalam menjalankan bisness Shaklee ku ini ya Allah. Jagalah hatiku supaya sentiasa tabah dan semangat untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang. Murahkan rezeki ku Ya Allah. Jadikan aku seperti orang-orang berjaya yang lain macam Mami Salwa yang sentiasa merendah diri walaupun sudah berjaya. Jagalah hatiku supaya tidak lupa kepadaMu amin......

Maaflah u all,panjang lebar cerita mumy malam ni. Semangat betul mumy. Setiap orang ada impian kan. Itulah impian mumy dalam bisness Shaklee ni. Doakan semoga mumy berjaya capai impian tu. Aminn...

Malam makin larut. Huhuhu...makin kuat bunyi katak dan musang tu berbunyi. Kalau tak biasa mesti ingat bunyi musang tu bunyi orang tengah nangis. Hehehe. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang ya. Kalau boleh jomlah kongsi impian masing-masing. Beauty is our passion.

Saturday, 5 November 2016

Cara Untuk Kulit Putih, Gebu dan Awet Muda Dengan Vitamin C dan ESP

Assalamualaikum u all selamat berhujung minggu. Seronok kan hujung minggu. Hari ni mumy nak kongsi cara untuk putih,  gebu dan awet muda dengan ESP dan VItamin C Shaklee. Kesan mengaamalkan Shaklee ni dah bagi banyak kesan positif dalam hidup mumy. Jom kita sembang😊😊😊😊

Alahamdulillah,gembiranya rasa hati. Hari ni cuaca panas dan berangin. Dapat mumy sidai baju. Mumy fa sidai awal pagi tadi. Takut hujan di tengah hari😂😂😂. Tak kering nanti baju-baju tu. Sekarang ni, pedalaman selalu hujan. Tak kering lagi tanah dah hujan balik. Banyak sungguh rahmat Allah.

Sebenarnya u all hari ini rasa momazing sangat. Kenapa ya? Lepas mumy masak breakfast ala-ala hotel tadi. Hotel la sangat😁😁😁. Pergi bilik tengok anak-anak. Yela takut adik terbangun atau kakak terbangun dan kacau adik pula. Kakak tu sayang adik dia tapi yela mumy takut juga jadi apa-apa. Hehehe.

Mumy pun cepat-cepat masuk bilik. Dengan gaya ninja yang paling tangkas supaya tak ada bunyi. Hehehe. Siapa pernah buat?

Tiba-tiba ada suara comel menyapa. "Mummy....kasak(kacak aka cantik) mummy..." 😱😱😱😱😱 diri ini tak percaya itu kata-kata Danis yang comel. Thank you sayang. Lepas tu terus minta susu. Itu pujian atau pujukan untuk dapatkan susu diri ini tak kisah. Hati tetap berbunga. Semakin semangat nak sihat dan cantik. Walaupun cuma anak kecil yang puji. Kanak-kanak kan jujur😂😂😂😂.

Inilah #shakleeffect yang mumy alami. Kegemaran mumy untuk dapat pujian tadi mestilah setiap hari ambil vitamin c Shaklee dan ESP setiap hari. Ni memang suppliment favourite😍😍 . Selamat berhujung minggu semua, sekadar berkongsi #shakleeeffect yang buat diri ini #liveamazing😊😊😊😊😊.

Untuk pengetahuan u all,mumy dah tak pernah pakai compact powder atau faoundation segala tu. Semua ni bermula waktu mengandungkan kakak. Muka mumy jadi alah sangat dengan face covering ni. Sekarang muka mumy memang togel tak ada sebarang make up atau bedak.

Tapi alhamdulillah, muka mumy sentiasa nampak sihat dan macam pakai foundation juga tau. Ramai yang puji diri ini. Mumy memang tak suka pakai skin care yang bagi muka ja nampak putih gebu dan muda. Tapi bahagian lain tu dayang senandong. Tak ka nampak pelik kan u all. Muka gebu gebas. Bila leher dan tangan macam nenek kebayan.

Yang ni mumy tak suka. Sangat tak suka. Mumy nak semua seimbang. Seluruh badan gebus gebas. Baru ara keyakinan. Siapa setuju?

Nanti mumy belanja gambar mumy okey. Mumy tunjuk waktu mumy umur 19 tahun dengan sekarang. U all undilah yang mana lebih hot 😂😂😂😂. Sekarang masih tak dapat letak gambar. Mesti line super baru dapat. Mumy kan dalam hutan. Hihihi.

Semoga terinspirasi. Your beauty is our passion.

Berpantang itu indah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Lamanya mumy menyepi. Hari ni,mumy nak kongsi pengalaman luka bersalin normal cepat sembuh. Nampak macam benda biasa saja kan. Tapi, insan yang pernah bergelar ibu sahaja yang tahu pahit manis menunggu luka itu sembuh. Yang bakal menjadi ibu buat kali pertama atau pun yang sekian kalinya mesti sudah membuat persiapan mental,fizikal dan emosi untuk menghadapi pengalaman luka-luka ini.

Alamak....lain macam je bunyinya kan. Mumy tak ada niat nak menakutkan bakal-bakal ibu baru. Mumy juga tak berniat nak mengimbau kembali kenangan berpantang ibu-ibu yang lain. Cuma hari ini terdetik nak berkongsi pengalaman kepada yang sudi.

Mumy memang simpati dengan ibu-ibu yang tengah berpantang mengadu luka di tempat tuuuttt (faham-fahamla ye) lambat sembuh. Lambat sembuhnya satu ada yang bernanah dan paling ngeri terbuka semula jahitannya. Ya Allah...berat mata memandang berat lagi bahu dan perasaan menanggungnya.

Selepas bersalin banyak perubahan fizikal yang berlaku. Perubahan ni sedikit sebanyak mempengaruhi emosi para ibu yang tengah berpantang. Dengan emosi tak stabil. Lenguh-lenguh badan. Tidur tak cukup ditambah lagi dengan luka tuuuttt yang sakit,berdenyut-denyut dan lambat sembuh. Semua ni sebenarnya sangat mencabar untuk para ibu.

Kalau luka jahitan tu lambat sembuh memang kena pergi hospital untuk check. Kena check nya pula bukan nya seronok. Ditekan-tekan kalau jahitan terbuka lagi azab kena jahit semula. Siapa yang tak stress dan trauma kan. Mumy sendiri pun trauma dan ngeri kalau begitu.

Ada juga yang berkongsi dengan mumy,sakit dan seksa sangat waktu berpantang tu sembelit. Sabarlah wahai ibu. Ganjaranmu sangat besar dengan sakit yang engkau tanggung. Cubalah u all semua bayangkan,dengan luka yang berjahit tu sembelit lagi. Nak buang air kecil pun kena kepit-kepit ni kan kena teran berak yang keras. 😱😱😱😱😱😱

Tak dapat mumy nak bayangkan semua tu dan mumy tak nak bayangkan pun walaupun mumy sendiri dah pernah berpantang. Baru dua kali berpantang. Hehehe.

Walaupun dah dua kali alhamdulillah mumy tak mengalami luka yang lambat sembuh ni. Yang ni memang mumy jaga sangat dan ready awal persiapan supaya luka tuuut tu cepat sembuh dan tak sakit lama.

Bukan apa kita bukan kena jaga diri je lepas bersalin tu. Kena jaga baby yang memang perlukan perhatian kita. Kalau sakit luka tuuut tu lama kita akan stress dan tak dapat fokus.

Pengalaman mumy berpantang sebanyak dua kali ni alhamdulillah dipermudahkan. Terima kasih ya Allah. Masa berpantang anak pertama luka mumy tu dalam seminggu dah sembuh dah tak rasa sakit. Biasalah kan anak pertama banyak jahitan. Huhuhuhu. Bersalin kali kedua ni alhamdulillah dalam masa tiga hari dah tak sakit dan luka dah kering.

Balik dari hospital tu abang siap tegur lagi sebab jalan laju. Bukan apa,mumy tak rasa sakit waktu tu. Bila luka cepat sembuh. Proses berpantang memang seronok dan tak stress.

Apa cara mumy supaya luka bersalin normal cepat sembuh? Yang tu...nanti mumy cerita dalam sembang kopi kita yang akan datang. Jumpa lagi. Beauty is our Passion.