5 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisness

Assalamualaikum semua...eeehh,dah hari Rabu hari ni kan. Cepat betul masa berlalu. Pagi ni,mumy nak kongsi 5 tips bila kita rasa down dalam hidup atau bisness. Rasa lemah semangat atau down dalam hidup tu perkara biasa dan normal. Hidup ni tak semestinya tinggi aja. Ada masanya kita di bawah. Bila roda kita di bawah, itu maksudnya Allah sayang kita. Allah ingat dengan kita. Allah nak kita lebih dekat denganNya😊😊😊😊.

Bila rasa down tu cepat-cepat sembang dengan Allah. Allah setia mendengar dan penyelesaiannya ada denganNya. Paling bagus buat solat hajat dan taubat. Berdoalah semoga perasaan down tu hilang dan segalanya akan dipermudahkan.

Mengadu lah dengan Allah,cakaplah apa yang nak dicakap. Allah akan dengar. Mumy bukan nak berlagak nak jadi ustazah. Tapi,mumy cuma nak berkongsi. Lepas tu baca lah Al Quran. InsyaAllah,rasa down itu akan bertukar kepada rasa semangat yang membara. Percayalah cakap mumy. Bila kita balik kepada asas kehidupan,berserah kepada Allah. InsyaAllah,semuanya akan dipermudahkan. Aminnnn.

Bila kita dah rasa lega dan tenang lepas mengadu dengan Allah. Kita mengadulah dengan siapa-siapa yang kita selesa dan percaya. Macam mumy,mumy banyak mengadu dengan abang. Mumy risau kah,marah kah,sedih kah semuanya mumy komplen dengan abang. Abang tak bagi respon tak apa,cukup dengan mendengar. Mustahil abang tak bagi apa-apa respon. Hahahahaha...abang akan dengar dulu lepas tu abang akan bagi cadangan dan nasihat. Thank you abang. 😘😘😘😘😘😘.

Bila kita rasa tak tau nak buat apa...dan dah buntu tahap gaban. Jumpalah atau berbuallah dengan insan yang ada aura positif. Macam mumy,dulu bila dah dekat nak gelombang tsunami shaklee yang kedua ni mumy rasa bingung dan risau. Kenapa pula? Mumy takut kena kick dari program tu. Sebab,tempat kerja mumy kan selalu ada masalah line internet. Apa cara mumy? Mumy mengadu dengan mentor mumy. Mestilah dengan mami😊😊😊😊.

Alhamdulillah memang rasa lega sangat time tu. Mentor mumy siap nak tolong mumy lagi. Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan. Lega sangat hati ni. Sekarang dah hampir sebulan mumy join program tusnami shaklee yang kedua ni. Best sangat-sangat.

Sebenarnya bila kita rasa down ni,kita perlukan ruang untuk diri sendiri tau. Kita perlu rehatkan minda dan refresh semula.

Caranya,buatlah aktiviti yang menggembirakan u all. Pergi bercuti ke,jumpa kawan-kawan. Buat family gathering. Bila kita buat perkara yang happy,gelombang positif akan tercipta dan diselaurkan ke seluruh badam kita. Bila kita dah rasa tenang dan happy,insyaAllah segala kebuntuan dan down tu dapat hilang. Dan akan datang idea-idea yang baru dan lebih kreatif.

Diri kita perlukan masa rehat juga u all. Kita bukan robot. Bila kita rasa tertekan dan down sangat,apa pun tak akan jadi. Semuanya akan buntu di tahap yang sama je.

Tips yang terakhir yang kita boleh buat bila rasa down ni. Haaaa...bacalah buku motivasi. Buku motivasi ni akan bagi kita aura yang positif dalam diri kita. Bila kita baca kejayaan orang lain kita akan lebih termotivasi. Sebab semua orang yang berjaya dalam bisness ni pernah melalui fasa down dan buntu ni. Kita boleh tiru cara mereka handle perasaan down tu😊😊😊😊.

Baiklah u all. Mumy kena stop dulu. Hehehe...biasalah cuti sekolah banyak aktivit nak buat. Hehehe...jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ye. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts