7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum semua. Lega rasa dapat baring. Start balik sekolah tadi masak untuk parti kelas abang dan mumy. Malam ni,mumy nak cerita 7 Sebab Kenapa mumy Pilih Bisness Shaklee Online.

Apa yang best dengan bisness Shaklee ni? Banyak sangat u all. Peluang untuk ubah hidup dengan bisness Shaklee ni sangat tinggi. Bisness lain tak dapat ubah hidup ke? Semua bisness ada peluang. Tapi bila bisness online ni Shaklee lah yang paling banyak tarikan dan keistimewaan yang menguntungkan tau.

Sebab pertama mumy nak bisness Shaklee ni bila mumy baca tentang profile syarikat Shaklee ni. Yela,kita pun sebelum nak masuk mana-mana kita skodeng dulu kan kelebihan dan kekurangan tempat tu. Hasil mumy jadi spy apa info yang mumy dapat memang superb👍👍👍👍.

Apa yang hebat sangat? Haaaa...info tentang syarikat Shaklee memang menakjubkan. Syarikat ni dah berusia 60 tahun. Lamanya. Sama umur dengan bab pulak😂😂😂😂. Cuba u all bayangkan puluhan tahun syarikat ni masih bertahan dengan gah. Hebat kan.

Sebab yang kedua lagi menakjubkan hati dan sanubari mumy. Vitamin pertama Shaklee yang dinamakan vitalized mineral  dihasilkan pada tahun 1915. Macam zaman penjajahan Jepun je tu. Kena check balik Sejarah ni. Apa yang extra menakjubkan tu,vitalized mineral ni masih ada sampai sekarang. Tak percaya ye...tu...vita lea tu. Ada kan???? Mumy dah cakap,mumy tak tipu. Berdosa menipu ni.

Untuk pengetahuan u all,perkataan vitamin yang kita pakai sekarang ni adalah gabungan vitalized mineral ni. Cuba gabung vita dan min tu. Kannnnn....jadi perkataan VITAMIN. Tambah mumy semangat nak bisness Shaklee. Sebab semuanya fakta dan benar. Hehehe.

Yang ketiga mumy yakin dengan produk Shaklee ni. Bukan sebab dah berkesan dengan mumy je tetapi hasil kajian telah menunjukkan produk Shaklee ni dikaji keberkesanan pengambilannya selama bertahun-tahun. Betul ke???? U all nak tahu dah 40 tahun Dr Shaklee makan vitalized Mineral aka vita lea baru beliau tubuhkan Syarikat Shaklee tau pada tahun 1956. Maksudnya dah terbukti berkesan baru jual. Kuat tak sebab mumy nak bisness Shaklee ni?

Sebab menakjubkan yang seterusnya ni memang mumy suka sangat😍😍😍😍. Ni tentang ESP.  Kegemaran mumy. Dulu ESP ni dikenali sebagai Instant Protien Shaklee. Hebat juga nama ESP dulu ya. IPS aka ESP ni dihasilkan daripada baka yang tulen bukan sintetik. Bila tu? Pada tahun 1961. Dah lama tu,tapi sampai sekarang masih ada. Dan kesannya memang menakjubkan. Kulit mumy gebus gitu. Badan pun slim melim. 😂😂😂😂😂😂jangan muntah okey.

Apa yang buat mumy tambah teruja nak bisness Shaklee ni? Mestilah sebab perbelanjaan kajian produk yang Shaklee peruntukan. Bukan mumy mata duitan. Cuma, cuba u all fikir sendiri sebuah syarikat sanggup belanja USD 300 juta hanya untuk buat penyelidikan pada setiap tahun. Kalau tukar duit tu kepada RM kaya terduduk kita jadinya. Duit lagi mumy ni. Zaman penuh dengan permintaan duit ni memang duit jelah dalam otak mumy.

Belum lagi dengan ujian-ujian terhadap setiap produk Shaklee ni. Setiap produk tu telah menjalankan 1000 ujian setiap tahun. Ya ampun, tabah,teliti dan sistematik betul kan. Kita belum tentu buat ujian tiga kali mampu nak buat. Ini membuktikan produk Shaklee memang terbaik dan selamat. Mumy nak bisness pun tak risau sebab dah berapa puluh tahun produk Shaklee ni diuji kan. Hebat,hebat,hebat👏👏👏👏👏.

Sebab yang paling mantap dan hebat sekali mestilah bonus Shaklee. Shaklee tak pernah gagal atau lewat membayar bonus kepada agent. Mumy dah dapat dah. Alhamdulillah memang banyak membantu terutama zaman serba nak duit ni. Semua nak duit tak ada yang free. Masuk tandas pun bayar. Air minuman jenama paling murah pun mahal. Nak telan pun sayang jadinya. Hahahaha.

Dah 20 tahun Shaklee ni bertapak di Malaysia belum pernah lewat agent-agent nya di bayar bonus. Memang kukuh kewangan syarikat ni.

Sifu internet marketing pun puji bisness Shaklee ni tau. Sifu ni pakar pemasaran tau. Siapa tak kenal dengan Tuan Faisal Abdullah. Pakar pun cakap bisness Shaklee ni memang bagus sebab dah dikenali ramai sejak puluhan tahun. Bukan baru dua atau tiga tahun.

Jenama Shaklee ni dah terkenal di Malaysia. Ramai orang dah tahu jadi untuk yang baru nak berjinak dengan dunia bisness ni, inilah bisness yang sesuai dengan mumy. Bisness yang ada short cut untuk dapatkan sale. Alhamdulillah,walaupun baru dua bulan dalam bisness ni tapi jualannya sentiasa ada dan memberangsangkan😊😊😊😊.

Jenama Shaklee dah kukuh dan terkenal mumy tak perlu nak kenalkan lagi jenama ni. Apa yang mumy perlu buat just tonjolkan diri mumy dan rajin saja. Best kan😁😁😁😁😁.

Inilah 7 sebab kenapa mumy nak bisness Shaklee secara online. Offline bukan tak nak, tapi bak kata sifu mumy rezeki online ni pun dah berganda Allah bagi. Alhamdulillah.

Panjangnya cerita mumy. Mumy nak u all tau sebab menakjubkan yang buat mumy nak bisness Shaklee ni. Berminat juga. Jom bagitau mumy. Kita sama-sama menambah pendapatan di zaman penuh dengan cabaran duit ni.

Jangan stress sebab duit nanti cepat tua. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts