7 Sikap Orang Bisness Yang Saya Belajar Melalui Bisness Shaklee

Assalamualaikum dan salam aura positif semua. Alhamdulillah,mumy teramat kenyang😁😁😁😁. Petang ni,mumy nak kongsi 7 sikap orang bisness yang mumy belajar melalui bisness Shaklee. Mak aiiii...panjangnya benda yang mumy nak kongsi ni. Mumy harap apa yang mumy kongsikan ni bermanfaat untuk semua.

Kenapa mumy kena belajar sikap-sikap orang bisness. Untuk berjaya kita perlu tiru sikap orang yang berjaya. Kalau kita dengan sikap kita yang tak menentu tu,kita tak akan berjaya. Kalau sambil lewa sikap kita,kejayaan kita pun sambil lewa lah juga. 😊😊😊😊

Apa yang mumy kongsi bukaah dari mumy. Mumy belum mencapai tahap berjaya yang boleh dicontohi. Tapi, mumy bangga sangat dengan pencapaian mumy. Alhamdulillah syukur. Apa sikap orang berjaya yang mumy pelajari semasa bisness Shaklee ni.

Yang pertama,sikap mentor mumy iaitu Master Siti Salwa. Mumy memang kagum dengan mentor mumy ni. Kadang-kadang mumy terfikir macam mana beliau boleh jadi sehebat itu. Apa sikap mentor mumy ni? Haaaa...mentor mumy ni sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Walau apa juga sesi perbincangan atau sembang-sembang dalam kumpulan beliau sentiasa mengutamakan yang Satu ini. Apa yang beliau selalu tekankan ialah menjaga hubungan dengan Allah. Ini yang penting untuk berjaya. Mentor mumy ni bukan saja penuh dengan ilmu kesihatan malah penuh dengan ilmu keagamaan. Mumy memang rasa kerdil sangat. Terlalu banyak yang mumy perlu belajar untuk menjadi seperti Master mumy tu.

Sikap yang kedua,yang ni pun mumy nampak dalam diri mentor mumy. Mumy tak pernah jumpa mami. Tapi aura positif mami tu sentiasa dekat dengan mumy. Apa sikap tu ya? Sikap sentiasa sabar. Ya, sabar. Walau apa pun beliau sentiasa sabar. Mumy ada baca rententan kejayaan beliau. Mumy sangat terinspirasi. Mumy mungkin tidak sesabar mentor mumy tu. Sabar menempuh dugaan dan cabaran yang hebat yang pernah beliau hadapi. Ya Allah,berikan aku sikap sabar sepertinya Ya Allah. Amin...

Sikap orang berjaya yang ketiga pun mumy nampak dalam diri mentor mumy. Apa sikap tu ya? Sikap mementingkan strategi. Mentor muny ni memang penuh dengan strategi. Strategi yang mentor mumy rancang sangat kreatif dan orang lain tak buat pun. Itulah kelebihan kumpulan mumy. Kami ada ketua yang punya strategi yang hebat untuk memajukan setiap ahli dalamnya. Hebatkan.

Mumy sambung kejap lagi ya...ramai pula sudara mara datang nak jumpa kakak dan adik. Sori sesangat u all. Lepas ni mumy sambung. Mumy tau u all semangat nak tahu sikap orang berjaya. Mumy pun semangat tau😊😊

Sambungan....

Bersiaran semula ye...hehe..sikap yang keempat orang bisness ni suka jaga hubungan sosial. Yang ni.penting tau,kadang-kadang orang yang kita baru kenal tu lah yang akan jadi customer tetap kita dan akan support bisness kita. Bila ada hubungan sosial yang bagus dengan semua orang,jalinan bisness pun bercambah-cambah tau😊😊. Sikap ni mentor mumy memang ada. Friendlist dekat FB je ribu raban tau. Belum di tempat lain lagi.

Apa yang kelima,haaa...yang ni sangat penting terutama nak bisness produk kesihatan ni. Orang bisness yang berjaya akan sentiasa jaga kesihatan. Kalau tak sihat,macam mana nak manage bisness kan. Kesihatan tu penting tau. Kalau dah sakit,apa lah guna untung bisness tu😁😁😁.

Yang nombor enam pula, sentiasa bersyukur. Apa pun yang kita dapat kena bersyukur selalu. Even kita dapat untung satu sen. Lafazkan kesyukuran tu. Allah dah bagi kan. Kena bersyukur. Selalu bersyukur bertambah lagi rezeki yang akan datang. Part ni memang mami penuh rasa kesyukuran. U all nak tau, mentor mumy ni, walaupun kami anak bisness dapat pencapaian yang kecil pun mami akan lafaz alhamdulillah dan ajal sujud syukur. Sebab tu mentor mumy aka mami ni berjaya kan😊😊😊😊.

Sikap yang terakhir ialah, ada keyakinan diri. Keyakinan diri memang penting kalau nak bisness. Tak yakin orang tak akan nampak kita. Kita kena yakin untuk tonjolkan diri. Dulu mumy pun malu sangat nak bagi tau mumy bisness tau. Tapi apa mentor mumy cakap,mumy kena branding kan diri mumy supaya orang tau siapa kita dan apa kita buat. Mula-mula orang buat tak peduli. Lama-lama orang akan jadikan kita inspirasi pula. Betul cakap mami. Terima kasih mami atas tunjuk ajar mami.

Dah siap perkongsian mumy. Maaf lah yee...ada iklan pula sekejap. Terima kasih sebab sudi menunggu ya...

Jangan marah ya...jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Beauty is our passion😊😊😊

Comments

Popular Posts