Saturday, 5 November 2016

Berpantang itu indah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Lamanya mumy menyepi. Hari ni,mumy nak kongsi pengalaman luka bersalin normal cepat sembuh. Nampak macam benda biasa saja kan. Tapi, insan yang pernah bergelar ibu sahaja yang tahu pahit manis menunggu luka itu sembuh. Yang bakal menjadi ibu buat kali pertama atau pun yang sekian kalinya mesti sudah membuat persiapan mental,fizikal dan emosi untuk menghadapi pengalaman luka-luka ini.

Alamak....lain macam je bunyinya kan. Mumy tak ada niat nak menakutkan bakal-bakal ibu baru. Mumy juga tak berniat nak mengimbau kembali kenangan berpantang ibu-ibu yang lain. Cuma hari ini terdetik nak berkongsi pengalaman kepada yang sudi.

Mumy memang simpati dengan ibu-ibu yang tengah berpantang mengadu luka di tempat tuuuttt (faham-fahamla ye) lambat sembuh. Lambat sembuhnya satu ada yang bernanah dan paling ngeri terbuka semula jahitannya. Ya Allah...berat mata memandang berat lagi bahu dan perasaan menanggungnya.

Selepas bersalin banyak perubahan fizikal yang berlaku. Perubahan ni sedikit sebanyak mempengaruhi emosi para ibu yang tengah berpantang. Dengan emosi tak stabil. Lenguh-lenguh badan. Tidur tak cukup ditambah lagi dengan luka tuuuttt yang sakit,berdenyut-denyut dan lambat sembuh. Semua ni sebenarnya sangat mencabar untuk para ibu.

Kalau luka jahitan tu lambat sembuh memang kena pergi hospital untuk check. Kena check nya pula bukan nya seronok. Ditekan-tekan kalau jahitan terbuka lagi azab kena jahit semula. Siapa yang tak stress dan trauma kan. Mumy sendiri pun trauma dan ngeri kalau begitu.

Ada juga yang berkongsi dengan mumy,sakit dan seksa sangat waktu berpantang tu sembelit. Sabarlah wahai ibu. Ganjaranmu sangat besar dengan sakit yang engkau tanggung. Cubalah u all semua bayangkan,dengan luka yang berjahit tu sembelit lagi. Nak buang air kecil pun kena kepit-kepit ni kan kena teran berak yang keras. 😱😱😱😱😱😱

Tak dapat mumy nak bayangkan semua tu dan mumy tak nak bayangkan pun walaupun mumy sendiri dah pernah berpantang. Baru dua kali berpantang. Hehehe.

Walaupun dah dua kali alhamdulillah mumy tak mengalami luka yang lambat sembuh ni. Yang ni memang mumy jaga sangat dan ready awal persiapan supaya luka tuuut tu cepat sembuh dan tak sakit lama.

Bukan apa kita bukan kena jaga diri je lepas bersalin tu. Kena jaga baby yang memang perlukan perhatian kita. Kalau sakit luka tuuut tu lama kita akan stress dan tak dapat fokus.

Pengalaman mumy berpantang sebanyak dua kali ni alhamdulillah dipermudahkan. Terima kasih ya Allah. Masa berpantang anak pertama luka mumy tu dalam seminggu dah sembuh dah tak rasa sakit. Biasalah kan anak pertama banyak jahitan. Huhuhuhu. Bersalin kali kedua ni alhamdulillah dalam masa tiga hari dah tak sakit dan luka dah kering.

Balik dari hospital tu abang siap tegur lagi sebab jalan laju. Bukan apa,mumy tak rasa sakit waktu tu. Bila luka cepat sembuh. Proses berpantang memang seronok dan tak stress.

Apa cara mumy supaya luka bersalin normal cepat sembuh? Yang tu...nanti mumy cerita dalam sembang kopi kita yang akan datang. Jumpa lagi. Beauty is our Passion.

No comments:

Post a Comment