Tuesday, 8 November 2016

Cara detox sebenar dengan program Shaklee

Assalamualaikum u all. Da detox hari ni? Alhamdulillah,hari ni mumy nak kongsi cara detox sebenar dengan program Shaklee.
Nak tahu macam cara detox sebenar  dengan program Shaklee? Kena teruskan bersama mumy sampai akhir okey😊😊😊

Apa itu detox? Macam-macam jawapan mumy pernah dengar bila orang bercakap pasal detox ni. Sebelum ni mumy anggap detox ni kita cuci usus. Pakai patch detox dekat kaki. Hahaha....yang ni,mumy pernah buat.

Waktu masa belajar dulu. Masa tu hot sangat pasal detox patch ni. Mumy beli RM 2.50 sekeping. Mumy sanggup beli banyak-banyak yela nak sihat. Nak buang toksin lah katakan. Yang lucunya,mumy boleh siap berbisness lagi dengan detox ni. Dah ada aura rupanya waktu tu.

Waktu pakai tu memang teruja sangat. Tak sabar nak pagi. Hehehehe. Tak sabar nak tengok banyak mana toksin yang patch tu serap. Buka je mata keesokan paginya. Terus kumpul ramai-ramai lawan patch siapa paling hitam 😂😂😂😂😂. Bila ingat balik lucu sangat.

Itu kisah mumy berdetox tanpa ilmu detox dan tahu cara sebenar untuk detox.  Waktu tu memang jahil sangat tentang detox ni. Bila kita buat sesuatu tanpa ilmu kita tak akan dapat hasil yang sepatutnya. Bila tak dapat seperti mana yang digembar -gemburkan kita mulalah salahkan produk.

Sebab tu terdetik juga hati mumy, kenapa dah pakai patch setiap malam masih juga hitam legam patch tu. Badan masih juga letih, lembik macam tisu kena air, selalu sakit dan macam-macam lagilah. Tipu je kot patch ni. Orang nak ambil utung je ni. Mulalah mumy rasa menyesal. Patch tu tak salah. Yang menjadi masalah bila kita tak tahu cara sebenar nak detox dan ilmu detox tu sendiri.

Detox dengan program Shaklee ni sangat-sangat best. Bila mumy sudah terdedah dengan ilmu detox melalui program Shaklee ni baru mumy sedar selama ni kurang tepat cara mumy tu. Sebab tu mumy ulang lagi nak buat sesuatu mesti dengan ilmu.

Mumy apa detox tu? Mumy terangkan guna bahasa yang paling mudah okey. Detox ni umpama satu proses pembersihan dalaman kita. Maksud mumy pembersihan jasadi bukan rohani.

Pembersihan ni secara holistik atau menyeluruh. Kenapa perlu menyeluruh? Mestilah menyeluruh u all. Bukan menyeluruh secara jasadi saja tau, cara detox yang unggul kita mesti  mula dengan detox persekitaran kita,pemakanan kita barulah kepada dalaman kita.

Setakat ni macam mana? Jelas tak? Alamak macam dalam kelas lah pulak😅😅😅😅

Baiklah kenapa kita perlu detox? Atau dengan bahasa mudahnya kenapa kena buat pembersihan dalaman ni. Konsepnya senang je. Bayangkan badan kita ni sebuah rumah baru. Kenapa rumah baru? Sebab bila kita lahir ke dunia yang fana ini kita umpama satu kain yang sangat baru,suci tanpa ada cacat celahnya.

Rumah dipakai dalam tempoh yang lama. Badan kita pun sama. Dalam rumah ada macam-macam bahagian. Bilik tidur, ruang tamu,ruang dapur,stor, balkoni dan banyak lagi. Kalau nak rumah tu cantik dan tahan lama kita kena jaga kan. Cuba tengok rumah yang tak kena jaga walaupun harga juta-juta tetap tak nampak serinya. Jadi hunted adalah. 😱😱😱😱😱

Bayangkan dalam rumah tu penuh dengan bangkai dan sampah sarap. Ada fungsi lagi tak rumah tu? Tak ada kan. Begitu juga dengan badan kita. Macam mana nak buat rumah tu dapat diguna semula? Dengan pembersihan yang sungguh-sungguh dan terbaik supaya semua bau dan kotoran itu tidak ada.

Kalau kita tuan rumah yang pemalas, kita bersihkan dekat ruang tamu dan bilik je. Adakah rumah tu dah bersih? Belumkan. Lalat dan tikus akan bawa semua kotoran dan sampah tu. Silap haribulan kita yang bawa sampah tu masuk dalam bilik sebab terpijak. Rumah itu tetap tak bersih. Malah kita jadikan rumah tu pusat lalat,tikus,lipas dan ulat. Yakkkkkssss. Geli pula mumy. Bayangkanlah kalau macam tu keadaan dalam badan kita. 😩😩😩😩

Maksudnya,kalau kita nak detox biarlah secara menyeluruh. Jangan detox usus je. Detoxlah semua,supaya badan bekerja secara optimum.

Kita tumpu detox usus je. Tapi kita lupa hati lagi banyak kerja dan semakin terbeban dan lemah. Hati adalah organ utama untuk detox. 80% proses detox manusia dilakukan oleh hati. Hebatnya Allah.

Macam mana nak detox? Sebelum nak detox kita kena tau apa yang menyebabkan badan kita penuh dengan toksin,cacing dan parasit. Eeeee....ada ke cacing dan parasit. Of course ada. Ingat dalam rancangan monster inside me je ke yang ada.

Geli mumy nak bayangkan😖😖😖. Parasit ni maknannya adalah toksin-toksin yang ada dalam badan kita. Semakin banyak toksin semakin sihat mereka. Maka semakin lemah lah sistem pertahanan badan kita.

Hamba Allah atau askar pertahanan badan ni yang bantu sistem dalaman badan kita berfungsi dengan baik. Tapi,kalau badan penuh dengan toksin askar pertahanan ini akan lemah dan mati. So, yang take over mestilah parasit jahat dan cacing-cacing tu.

Bila geng ni dah take over bayangkan apa jadi. Kemusnahan kan. Macam dalam muvie tu,kalau gengster dah take over bandar jadi kacau bilau. Itulah keadaan badan kita.

Kalau dah macam ni,mulalah kita rasa asyik tak sihat je. Masalah pencernaan. Berat badan naik walaupun dah diet. Muka berjerawat. Paling senang nak tau,bila asyik stress je. Rasa nak marah je. Sistem dalaman dah semakin lemah. Toksin dah terlalu banyak emosi pun jadi tak stabil. Kandungan asid dalam darah semakin tinggi. Lagi bahagia parasit-parasit tu.

Sebab tu jangan suka marah. Bila kita bercakap semasa marah kita akan tahan nafas. Karbon dioksida akan masuk dalam darah. Karbon dioksida kan perlu dibuang daripada badan.

Bila masa yang sesuai untuk detox ni mumy? Bila dah ada satu tanda yang macam mumy cakap tadi cepat-cepatlah detox. Jangan tunggu semua tanda dah ada baru nak berdetox. Jangan nak detox bila nak kurus je. Yang sa slim pun kena detox. Toksin dalam badan kalau tak dibersihkan akan terkumpul. Haaaaa,bayangkan kalau dah umur 60 tahun baru nak detox dah berapa banyak parasit dan cacing dalam badan. 😱😱😱😱😱.

Panjangnya cerita mumy hari ni. Ya memang panjang dan sebenarnya tak habis lagi pun😂😂😂😂😂. Mumy cuma nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan mumy tentang cara detox yang betul dengan program detox Shaklee ni.

Ilmu sangat penting dalam memperoleh kesihatan yang unggul. Kesan program detox Shaklee ni mumy rasa lebih sihat,ceria dan live amazing.

Jangan anggap kita tak perlu detox. Hidup kita sekarang sangat terdedah dengan seribu macam pencemaran. Buatlah sebelum terlambat okey. Kita jumpa dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion.

No comments:

Post a Comment