Cara Saya Urus Masa untuk Bisness Shaklee

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari dah hari Rabu. Tak lama lagi cuti. Yeeeehhhhhh!!!!! Semangat mumy. Hari ni mumy nak kongsi cara bagaimana mumy urus masa bisness mumy dan tanggungjawab yang lain.

Mumy ada tanggungjawab yang lain lagi ke? Isssssssshhhhh...u all ni mestilah. Mumy ni seorang hamba Allah,ibu,isteri,anak dan cikgu. Setiap kita di muka Bumi ni ada tanggungjawab masing-masing. Macam mana kita nak urus masa untuk laksanakan tanggungjawab tu, semuanya ikut perancangan yang kita buat.

Masa ni ya u all umpama emas,duit dan berlian. Haaaaa...mumy nak tunjuk betapa mahalnya masa ni. Kalau kita leka sikit,dah membazir masa kan. Dah lah masa ni tak boleh dibeli dan tak dapat diulang. Setuju tak dengan mumy?

Sebab tu kalau u all buat kajian, semua orang yang berjaya di dunia ni mengurus masa dengan sangat cemerlang. Mereka-mereka ni sanggup bayar mahal-mahal semata-mata nak belajar uruss masa. Hebat kan masa ni.

Masa tak akan berulang, walaupun kita nangis darah nak ianya berulang. Allah dah bagi kita masa dengan syarat kita mesti urus sebaiknya.

Macam mana nak urus masa dengan tanggungjawab yang sangat banyak. Sentiasa terkejar-kejar ke? Tidak u all, apa yang penting jagalah masa bersama Dia. InsyaAllah,Dia akan pelihara masa kita dan kita sentiasa dilalauan yang betul. Yang paling best, masa kita sentiasa cukup untuk buat semua tanggungjawab yang kita ada.

Bila banyak tanggungjawab ni,apa yang penting kita urus masa dan buat keputusan yang bijak supaya semuanya di buat ikut perancangan kita. Apa pum keputusan kena cepat dan niat kena betul. Bila niat kita betul,kita akan fokus dan ikhlas nak buat kerja. Haaaa...u all tengah baca ceramah masa ni. Hehehe.

Macam mumy,tempat kerja mumy selalu tak ada line. Urusan online ni memang selalu tergendala. Apa yang mumy buat supaya urusan online mumy berjalan lancar. Mumy guna kemudahan teknologi yang ada. Contohnya,nak share something kat FB. Buffer kan je. Senang cerita. Tapi,kalau tempat mumy ni buffer pun tak dapat kalau line tak ada. Kena pandai ambil masa. Menyelit tau.

Mumy kan cikgu macam mana nak urus bisness. Sebab tu mumy cakap perancangan dan pengurusan masa tu penting. Mumy akan buat tugasan hakiki mumy tu awal. Waktu masa free mumy jenguk bisness mumy. Sekarang semuanya dihujung jari. Kalau tak dapat. Fikir positif semuanya berjalan lancar.

Anak-anak macam mana pula. Itu harta tak ternilai mumy. Mumy akan luangkan masa sepenuhmya dengan anak-anak tersayang ni. Mumy akan tunggu anak-anak comel tu tidur atau tengah main untuk jenguk bisness mumy.

Terima kasih banyak-banyak juga kepada abang yang teramat banyak membantu mumy. Sayang abang sebab sentiasa sokong dan tolong mumy. Love u abang. Tanpa sokongan dan bantuan yang jitu dari abang,mumy tau mumy tak akan dapat buat dengan baik.

Masa bukan alasan untuk berjaya. Bila kita dapat buat sesuatu dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh kita tidak akan rasa masa itu tak cukup. Kita sentiasa rasa masa itu masih panjang. Itu apa yang mumy rasa dan alami sendiri.

Baiklah u all,jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ya. Jangan stress okey bila nak urus masa. Uruslah dengan baik. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts