Kisah Saya Bersama Upline Saya Yang Hebat

Assalamualaikum semua. Sejuk sangat malam ni sebab hujan. Kesian mumy dengar kakak batuk. Kakak kena demam selesema. Doakan kakak cepat sembuh ya. Malam ni,mumy nak cerita tentang Master Shaklee mumy yang hebat tu. Mumy ada cerita kan tentang sifu aka guru mumy dalam Shaklee ni.

Mumy berkenalan dengan Mami dari Mr Google. Walaupum bukan secara nyata tapi sesi perkenalan tu memang best. Mula-mula mumy hantar "msg" dengan mami memang mumy rasa nebes sangat. Yela,kita contact dengan orang yang hebat. Dalam hati mumy waktu tu memang macam-macam perasaan dan andaian. Mumy takut kena rejact. Macam-macam lagi lah. Hehehehe.

Tapi syukur alhamdulillah semua yang mumy fikir tu tak ada pun. Mami menerima mumy dengan tangan tang terbuka dan tanpa ragu-ragu. Terharu juga mumy waktu tu. Terima kasih mami sebab sudi terima saya sebagai anak bisness mami. Walaupun diri ini serba tak tahu semua. Tapi mami sentiasa sabar dan bagi tunjuk ajar dengan saya.

Mumy pernah jumpa mami? Pernah dalam gambar, live mami di facebook dan waktu sesi webinar kami. Mumy tak pernah jumpa mami secara live aka depan-depan mata. Timbul juga perasaan jeles dengan kawan-kawan yang lain yang dapat jumpa mami dan dapat direct coaching daripada mami. Beruntung mereka.

Walaupun mumy tak pernah jumpa mami tapi sesi bimbingan dan tunjuk ajar tu sentiasa berlaku. Sekarang semuanya dihujung jari. Rajin atau malas je yang membezakannya. Mami nun jauh di Semenanjung mumy pula di Miri. Setakat ni belum ada rezeki nak face to face dengan mami. InsyaAllah ada rezeki dapat mumy bercoaching dengan mami yang hebat.

Teknologi kalau digunakan sebaiknya memang sangat membantu sesi pemelajaran tau. Macam mami,cara mami nak sampaikan ilmu tu semuanya through technology. Facebook,telegram,video dan banyak lagi.

Sebab tu walaupun mumy tak pernah jumpa mami tapi tak pernah ada rasa ketinggalan. Sebab mami sentiasa pastikan mumy tak tertinggal walau sikit pun ilmu atau maklumat yang penting. Best tak mami mumy tu?

Jarak bukan alasan untuk tidak dapat berguru dengan insan-insan yang hebat. Kita mesti rebut peluang. Sikap kita yang menentukan tindakan dan kejayaan kita tau.

Mumy selalu bayangkan kalau dah sampai masa mumy dapat jumpa mami mesti mumy nebes. Mumy kan cepat nebes. 😂😂😂😂😂😂😂😂😂. InsyaAllah dan amin.....

Baiklah u all,mumy tak dapat sembang panjang hari ni. Kakak tak sihat. Sepanjang malam kakak menangis. Jumpa lagi ya dalam sembang kopi akan datang. Jangan marah-marah nanti cepat tua. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts