Sunday, 27 November 2016

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan Dan Selamat

Assalamualaikum semua. Apa khabar u all? Mumy alhamdulillah sihat. Hari ni mumy nak kongsi landmark study Shaklee yang buktikan produk Shaklee memamg selamat dan berkesan digunakan. Kenapa pulak mumy nak kongsi? Mumy nak u all semua tau,kelebihan yang ada dengan Shaklee yang tak ada dengan supplimen yang lain.

Apa tu landmark study? Haaaa...canggih kan bunyinya. Mumy dulu pun sesak nafas sekejap bila nampak perkataan ni. Sebenarnya landmark study ni kajian yang dijalankan oleh pihak yang tidak ada kaitan langsung dengan Shaklee. Apa yang dikaji sebenarnya? Kajian ni nak buktikan supplimen Shaklee ni berkesan dan selamat diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Segala kajian dan data yang ada dikaji secara saintifik dan klinikal okey. Bukan main hentam aja. Hebatkan..dalam landmark study yang pertama. Kajian telah dijalankan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama kumpulan yang tidak mengambil sebarang supplimen. Kumpulan kedua yang mengambil supplimen Shaklee. Kumpulan yang ketiga pula,yang mengambil supplimen tapi bukan supplimen Shaklee.

Apa hasil kajian tu? Memang mengejutkan tau. Hasil kajian tu telah membuktikan pengguna supplimen Shaklee lebih sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Manakala kumpulan yang mengamalkan supplimen bukan Shaklee mengalami kadar kesihatan yang teruk berbanding kumpulan yang langsung tal ambil apa-apa supplimen. Kesimpulannya,lebih baik jangan ambil apa-apa supplimen selain daripada Shaklee.

Kajian yang dijalankan ni,bukan sehari atau setahun dua tau. Kajian ni dibuat selama bertahun-tahun. Hebatkan.

Lamanya kajian tu dibuat. Mestilah lama. Tapi hasilnya telah membuktikan supplimen Shaklee sangat berkesan dan selamat diambil walau dalam tempoh yang lama.

Itu baru landmark yang pertama tau. Kajian daripada landmark study yang kedua lebih menakjubkan hasilnya. Hebat sangat.

Apa hasil kajian tu? Dalam landmark study yang kedua telah membuktikan dan menunjukkan bahawa pengambilan supplimen Shaklee dapat membantu memanjangkan usia hayat sel kita. Ya Allah hebatnya. Semua ni atas izin Allah.

Macam mana ni jadi mumy? Hehehe...semangat lah tu. Mumy ringkaskan okey, kita terbina daripada kromosom. Kromosom ni akan bergabung dan bergumpal membentuk DNA. DNA pula akan membentuk sel. Sel pula akan membentuk menjadi organ. Organ pula akan membentuk menjadi sistem dalam badan kita dan akhir sekali lahir lah kita sebagi manusia yang cukup sifatnya. Alahamdillah, Subahannallah. Hebatnya ciptaan Allah.

Kromosom tadi tu sebenarnya adalah pusat data diri kita. Semuanya ada dalam tu. Satu pun tak ada tinggal dan dapat ditipu. Kromosom tu bentuk X. Setiap hujung X tu ada penutup atau topi yang kita panggil tolomere. Apa fungsi tolomere ni?

Tolomere ni berfungsi untuk menutup setiap hujung X tu supaya semua data tu tidak terurai. Bila data tu dah terurai maka musnahlah kromosom tu. Bila kromosom musnah maka musnahlah DNA tu. Bila DNA musnah maka musnah lah sel kita. Sel musnah maka rosak organ dan sistem organ dalam badan kita.

Menakutkan betul tak. Mumy pun takut. Bila mumy bisness Shaklee ni baru mumy dapat belajar ilmu yang sangat-sangat mahal.

Sebab tu mumy nak cakap, kita tak perlu nak amal susuk panjang nyawa ke,ilmu kebal ke. Apa yang perlu jagalah kesihatan dan ambil supplimen yang memang selamat dan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Memanlah ajal maut ditangan Tuhan. Tapi menajdi tanggungjawab kita untuk jaga kesihatan dan nyawa yang Allah dah bagi pinjam kan.

Hehehe...sesuai tak mumy jadi.pakar kesihatan? Harap apa yang mumy kongsi ni memberi manfaat untuk kita semua. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ya. Beauty us our passion.

No comments:

Post a Comment