My Best 2016 Moment Selain Shaklee

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Sekarang hari-hari hujan. Musim tengkujuh dah bermula. Pada pagi yang hujan lebat ni mumy nak cerita moments terindah mumy tahun ni. Banyak sebenarnya pengalaman indah mumy. Tapi ni yang terindah mumy rasakan😊😊😊.

Jom mualakan cerita saat indah mumt tahun ni. Baiklah, dalam entry yang lepas mumy ada cerita bulan Jun lepas mumy selamat bersalin adik kan😊😊😊😊😊. Apa yang istimewa sangat. Mestilah itu yang menjadi saat yang istimewa dalam hidup mumy. Siapa yang tak gembira dapat melahirkan zuriat ke dunia ni. Anugerah yang terindah daripada Allah.

Saat melahirkan kakak pun sangat indah tapi tu kisah dua tahun lepas. Hehehe. Untuk tahun ni,kelahiran adiklah yang memang best sekali. Bilangan kelaurga kecil mumy dah bertambah. Rasa meriah dan bahagia sangat-sangat. Kakak pun dah pandai jaga adik dan main dengan adik.

Untuk pengetahuan u all, tarikh lahir adik sama dengan mumy. Maksudnya mumy bersalin kan adik tepat pada tarikh birthday mumy😍😍😍😍😍. Mumy pun tak sangaka u all. Adik keluar tiga minggu awal. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Yang menjadikan saat melahirkan adik tu lebih best bila lepas bersalin tu orang tegur muka mumy dan badan mumy tak nampak macam lepas bersalin. Muka terutamanya. Orang puji berseri je. Tak ada nampak penat. Siapa yang puji tu? Bukan diri sendiri okey. Insan tersayang iaitu abang dan tetamu yang datang melawat dan berhari raya di rumah.

Kalau badan tu agak lambat sikit,sebab berat mumy lepas mengandung 72 kg. Tapi itu dulu. Lepas berpantang dah 49 Kg. Jangan jeles okey. 😁😁😁😁😁😁😁.

Nak tahu apa rahsia mumy? Boleh tanya mumy. Mumy akan share dengan u all semua.

Tahun ni juga tahun yang menggembirakan mumy. Bila mumy dah mula bisness Shaklee. Alhamdulillah rezeki mumy dalam bisness ni. Rasa best sangat dapat ketua dan ahli kumpulan yang super duper best.

Saat indah mumy yang seterusnya bila mumy berjaya tolong abang dapat berat idaman dengan Shaklee. Happy sangat tengok abang makin sihat dan tambah muda😍😍😍😍😍😍. Mumy kena hati-hati ni dan kena maintain hot. 😁😁😁😁😁😁😂😂😂😂😂😂.

U all bayangkan lah,sekarang ni ramai anggap abang tu budak sekolah menengah. 😱😱😱😱😱😱😱😱. Mumy tak nak kalah. Mumy tak nak orang cakap mumy ni makcik-makcik pulak.

Apa pun mumy bersyukur sangat dengan anugerah dan rahmat Allah. Thank you Allah.

Baiklah u all. Mumy nak main dengan anak-anak kejap. Selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts