Resdung sembuh dengan Shaklee

Assalamualaikum semua. Sekarang ni sejuk sebab musim hujan. Kalau dulu asal sejuk je hidung tersumbat,gatal dan berair. Hari ni,mumy nak kongsi cara merawat resdung dengan Shaklee. Orang cakap kita semua ada resdung. Yang membezakannya teruk atau tidak.

Sebenarnya masalah resdung ni berkait rapat dengan sinus kita. Setiap kita ada sinus. Yang menyebabkan resdung tu bila sinus tak sihat. Bila berlaku lebihan mukus.

Kalau resdung tu dah menyerang ya Rabbi....Tuhan saja yang tahu perasaanku. Hidung tu gatal yang amat. Gatal yang tak dapat hilang walaupun digaru. Rasa je macam ada benda bergerak dalam hidungkan. Mata pun gatal dan berair. Rasa demam je. Yang paling tak best tu,hingus tu ya Allah sentiasa mengalir dengan jayanya. Nak buat apa pun tak jadi. Tisu sepeket besar confirm tak cukup. Waktu ni, self confident akan drop tahap gaban. Apa taknya asyik menarik hingus je. Hidung pun da jadi macam badut. Merah macam Tomato. Make up tebal pun tak dapat nak cover.

Mumy yakin orang yang ada resdung bila tarik nafas dapat hidu bau yang kurang sedap di hidung. Bau ikan ada juga. Bau hanyir daging pun ada. Kalau lah orang lain boleh hidu bau tu muntah orang jadinya.

Semua tu kisah mumy waktu ada resdung dulu. Mumy mula resdung ni tahun 2005. Macam mana mumy tau tu resdung? Bila bernafas bau hanyir. Uuuwwweeekkksss...bermula saat itu mumy sangat menderita dengan resdung. Bila dah gatal sangat tu rasa nak cabut je hidung dan rendam dalam clorox. Hahahaha.. rasa nak berus je hidung kuat-kuat.

Resdung mumy bertambah teruk tahun 2007. Mumy dah masuk institut perguruan. Memang cun,tempat mumy berlajar tu tempatnya sejuk. Tidur tengah hari pun mesti pakai comforter. Sejukkkkk u all. Apa lagi resdung mumy makin menggila.

Rawatan? Macam-macam mumy cuba. Dari pelbagai jenama. Masih mumy ingat, ada orang introduce supplimen khas untuk resdung. Jenamanya dirahsia kan. Mumy dengan semangat makan supplimen tu. Ya Allah,teruk sangat rasanya. Supplimen tu buat mumy gastrik. Mumy dapat bertahan tiga hari je.

Ada lagi satu jenama tu. Mahal juga u all. Botol kecik je, tapi harganya berapi. Produk tu jenis cecair yang boleh campur dalam minuman atau sapu di bahagian hidung. Tapi rasanya, walau setitik kecik,rasa minuman akan berubah macam produk ni punya rasa. Yang ni pun mumy tak tahan.

Waktu elaun naik sikit, mumy buat rawatan facial resdung. Seminggu dua kali mumy buat. Satu sesi RM 40. Zaman belajar jumlah tu sangat besar dapat makan kat kafe seminggu lebih. Demi nak sihat mumy sanggup ikat perut. Sedih lah pulak.

Ada seorang kawan cadangkan satu ubat dari farmasi. Namanya zertec D. Kawan tu bagitau ubat ni berkesan. Mumy pun pergi farmasi untuk beli ubat tu. Ya ampun mahalny. RM 6 sebiji. Demi nak sihat mumy beli juga.

Memang menakutkan ubat tu. Apa tak menakutkan makan sebiji tak sampai seminit dah hilang resdung tu. Tak ada hingus. Bersin lagi lah tak ada. Macam tak sakit apa-apa. Tapi hati kecil ini terdetik. Kenapa berkesan sangat ubat tu. Mumy oun google nak berkenalan dengan ubat ni.

Penemuan yang sangat menakutkan. Ya Allah ubat tu ada steroid!!!! Mumy memang dah takut  sangat waktu. Mumy takut kesan jangka panjangnya. Mumy serta merta band ubat tu. Dalam hati dah set. Takpelah tahan dulu sakit ni. Nanti dah kerja terus jumpa pakar.

Alhamdulillah semua kesengsaraan ini sudah pun berakhir. Resdung mumy makin kurang bila mengandungkan kakak. Tapi,mumy ingat sebab hormon. Happy sangat mumy. Bila dah bersalin makin kurang bersin dan gatal hidung. Tahun 2014 ialah tahun mumy semakin kurang diserang resdung. Bersin pun satu dua kali je. Thank you Allah.

Tahun 2016,alhamdulillah mumy boleh cakap yang mumy dah sembuh dari penjara resdung ni. Tanda-tanda resdung tu berkurang bila mumy mula amalkan supplimen Shaklee. Bukan nak promote tapi inilah hakikat yang u all kena percaya.

Nak tahu apa y ang mumy ambil? Cepat-cepat tanya mumy. Mumy akan bagitahu dan ajar cara makan yang betul. Yang paling penting semuanya dari nasihat dan saranan daripada pakar dan nutritionist Shaklee.

Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion. 

Comments

Popular Posts