Monday, 7 November 2016

Saya dan Bisness Shaklee saya 6 bulan dari sekarang

Hi u all. Alhamdulillah line internet baru ada. Banyak ilmu mumy tertinggal hari ini. Malam yang sunyi ni,mumy nak kongsi tentang harapan mumy dalam bisness Shaklee mumy 6 bulan dari sekarang. Hehehe...hebatkan bunyinya. Yes,kalau impian kenalah hebat baru kita semangat nak capai betul tak?Doakan semoga impian murni dan suci mumy ni dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.....😍😍😍😍😍

Baiklah sebelum tu mumy nak cerita sikit macam mana mumy boleh masuk dalam dunia Shaklee ni. Mumy makan supplimen Shaklee bermula tahun 2014 lagi. Mumy ambil set berpantang premium. Yang ni ada mumy cerita dalam sembang kopi awal-awal dulu kan😊.

Tapi waktu tu dalam otak mumy tak terfikir pun nak jadi ahli apatah lagi nak berbisness ni. Mumy cuma set dalam otak mumy nak luka-luka mumy cepat sembuh. Yelah,waktu tu bersalin anak pertama macam-macam dalam otak ni. Masih tak tahu lagi apa yang bakal dihadapi dan dirasai. Lepas berpantang tu on off makan supplimen Shaklee. Tapi dalam otak dah set dah,lepas ni kalau bersalin lagi mesti ambil Shaklee.

Haaaa....kalau u all nak tahu,waktu tu mumy asyik promote Shaklee ni dengan kawan-kawan. Sebab pengalaman kesan ambil supplimen Shaklee tu best sangat 😍😍😍😍. Ni bukan cerita sikit ni, dah panjang lebar jadinya.

Mumy tengah semangat, banyak idea nak dicurah ni. Kelas ilmu malam ni pun mumy dah terlepas sebab line tak bagus. Issssshhhh...tak naklah mumy mengeluh. Inikan cabaran. Jangan banyak alasan banyakkan bertindak. Kakak pun baru tertido. Dari tadi asyik nangis. Kakak main lompat-lompat  petang tadi dan terjatuh. Lutut kena lantai. Tulah,macam bengkak sikit lutut tu. Lama pujuk kakak supaya tidur sambil sapu minyak kat lutut tu. Mumy harap lutut kakak tak ada apa-apa yang teruk. Pilu dan sayu juga tengok kakak nangis sambil sebut "mummy....mummy..."😢😢😢😢😢.

Oh ya,kita sambung lagi okey😊😊😊. Banyak sungguh selingannya. Tahun ni mumy bersalin lagi dan semestinya bersama set berpantang Shaklee yang best tu. Memang bising mum dan mak kenapa tak beli set berpantang yang lain. Yang ada jamu-jamu tu,tak nak mumy sebutkan jenamanya. Hehehe. Mumy cakaplah Shaklee ni best, sebab vitamin. Lagi pun diri mumy ni tak tahan dengan jamu. Pot pet...pot pet mum dan mak. Mumy diam je. Nasib baik ada abang selamatkan keadaan. Ayat power abang " setakat tok, produk tok yang paling sesuai dengan kak longnya. Semuanya bagus. Sik da nak dibingong sebab tu vitamin. Badan perlukan vitamin na" fuuuuhhhh...thank you abang. Lepas tu mak aka MIL dah tak bising lagi.

Selepas bersalin adik,mumy asyik cerita dengan abang yang mumy rasa best sangat bila guna set berpantang tu. Abang pun banyak nampak perubahan dengan mumy. Waktu tu, abang cakap bagus mumy bisness Shaklee sebab boleh jadi testimoni. Tapi cadangan abang tu mumy pandang sepi je. Berkali-kali abang cakap macam tu dengan mumy berkali-kali juga mumy pandang sepi cadangan tu. Maafkan daku ya encik abang😂😂😂😂. Otak abang ni otak bisness sebenarnya. Semuanya pasal bisness. Mungkin darah cina yang mengalir dalam badan abang kot. 😂😂😂😂😂. Abang tu campuran cina tapi tak ada muka cina. Mata jelah yang sepet. Hehehehe. Sebab tu nama abang ada Tan 😁😁😁😁.

Habis tu kenapa sekarang mumy bershaklee pula. Makin aktif bisness. Semua ni bermula bila mumy cuti bersalin. Waktu tu anak-anak depan mata. Tak risau nak ditinggal-tinggal. Mumy dapat rasa kualiti masa dengan keluarga tu optimum sangat. Gembira sangat-sangat dapat jaga anak-anak sendiri. Mandikan kakak dan adik. Main dengan dorang ni. Suapkan maknan. Senyuman dan kegembiraan kakak dan adik tu buat mumy sedih nak bagi orang lain jaga kakak dan adik bila mumy pergi kerja.

Waktu ni dah terdetik jauh dalam hati mumy nak jadi ibu yang sepenuh masa dengan keluarga. Tapi hati mumy serba salah. Nak berhenti kerja? Oh tidak, tak kan abang nak tanggung semua. Belanja zaman sekarang ni RM seribu tu belum tentu troli penuh. Mumy bukan anak orang kaya. Biasa-biasa saja bak kata Jimmy Palikat. Kalau mumy tak kerja siapa nak tolong keluarga di kampung? Aduuuhhh...mula lah bingung hati ini.

Mumy pun mula study tentang bisness. Mumy banyak baca blog waktu tu. Ada satu blog ni yang terus buat mumy buat keputusan untuk bershaklee. Thanks tu blog superibu. Ya, dari sana mumy buat keputusan. Bincang dengan abang siap buat solat istiqarah lagi. Dan alhamdulillah mumy menjadi ahli shaklee sekaligus menjadi ahli dalam kumpulan yang sangat-sangat best. Yang paling best,mumy beruntung dapat sifu yang superb. Thousand thanks to mami aka Master Siti Salwa yang banyak membantu diri ini. Terima kasih banyak-banyak mami.

Syukur alhamdulillah,mumy sudah mula berbisness Shaklee. Semuanya hasil dorongan motivasi dan tunjuk ajar daripada sifu dan leader yang sangat dedikasi. Kalau dihitung,mumy memang tak sangka da masuk bulan kedua mumy bisness Shaklee. Ala baru dua bulan pun, jangan nilai macam tu dulu u all. Baru dua bulan tapi hasilnya mumy dah dapat. Ilmu mumy dalam bisness dari kosong semakin berisi.

Hasil daripada bisness Shaklee ni lah banyak perubahan positif yang mumy dapat. Terutama dalam bentuk kewangan. Alhamdulillah sujud syukur.

Apa impian mumy dalam bisness Shaklee ni 6 bulan dari sekarang? Ni yang seronok ni. Enam bulan dari sekarang mumy nak jadi master coordinator. Jangan tak tahu, dalam bisness Shaklee ada level masing-masing tau. Level paling asas ialah level Supervisor. Level ini mumy usaha sejuta kali usaha untuk capai bulan ni. Mumy nak naik supervisor November ni!!!!! Semangat!!!! Doakan mumy berjaya okey😇😇😇😇.

Selain jadi master coordinator,mumy nak income bulanan mumy dapat cover gaji mumy setahun. Haaa...cuba kira hehehe. Mumy da kira okey, bukan diri ini mata duitan. Inilah impian mumy. Mumy nak income mumy 6 bulan dari sekarang dah 70k. Aminn....ya Allah...amin......amin....jom amin kan sema-sama u all. Semoga impian mumy ni tercapai.

Dalam bisness Shaklee ni ada lagi yang mumy nak sebenarnya. Ya Allah mumy... tamak juga mumy ni. Semua nak. Eeeeee...bukan tamak u all. Kita mesti ada target ada impian baru boleh fokus. Benar tak benar? Ini yang jadi pendorong dan motivasi untuk kita berjaya. Makin besar impian makin besar usaha. Usaha besar maka besarlah hasilnya. Betul tidak? Haaaa...yang nok ya iboh di lupak. Hehehe....

Okey-okey kita sambung lagi. 6 bulan dari sekarang mumy nak dapat percutian bertaraf lima bintang tajaan Shaklee. Lima bintang okey....LIMA BINTANG.  Ya Allah. Laju darah ini mengalir seluruh badan. Impian ni buat mumy semangat tau. Abang paling suka melancong. Impian abang nak pergi melancong luar negara. Dari zaman couple dulu abang selalu cakap abang nak rasa hotel Al Burj. Ya Allah permudahkan urusan ku dalam menjalankan bisness Shaklee ku ini ya Allah. Jagalah hatiku supaya sentiasa tabah dan semangat untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang. Murahkan rezeki ku Ya Allah. Jadikan aku seperti orang-orang berjaya yang lain macam Mami Salwa yang sentiasa merendah diri walaupun sudah berjaya. Jagalah hatiku supaya tidak lupa kepadaMu amin......

Maaflah u all,panjang lebar cerita mumy malam ni. Semangat betul mumy. Setiap orang ada impian kan. Itulah impian mumy dalam bisness Shaklee ni. Doakan semoga mumy berjaya capai impian tu. Aminn...

Malam makin larut. Huhuhu...makin kuat bunyi katak dan musang tu berbunyi. Kalau tak biasa mesti ingat bunyi musang tu bunyi orang tengah nangis. Hehehe. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang ya. Kalau boleh jomlah kongsi impian masing-masing. Beauty is our passion.

1 comment: