Targert Saya Dengan Income Shaklee 20 Tahun Akan Datang

Assalamualaikum semua dan selamat bercuti. Hari ni dah mula cuti. Yeeehhh!!!! Hari ni mumy nak kongsi target mumy dengan income bisness Shaklee untuk 20 tahun lagi. U all target apa 20 tahun akan datang😊😊😊? Penting target ni u all, supaya kita boleh fokus dan berusaha bersungguh-sungguh supaya targer tu tercapai. Setuju tak?

Apa target mumy dua puluh tahun akan datang? Uuuuu...waktu tu umur mumy dah 48 tahun. Eeeee...muda lagi mumy waktu tu. Hehehe..mumy yakin waktu tu kulit mumy lebih anjal,gebu dan awet muda. Mumy bebas dari sebarang penyakit insya Allah. Itulah target kan. Gaya hidup yang sihat dan pengambilan supplimen yang terbaik akan bantu mumy dapat kesihatan yang unggul.

Amin...insyaAllah kita merancang Allah yang menentukan betul tak.
Dua puluh tahun akan datang mumy nak ada syarikat bas untuk seluruh Borneo. Isssssshhh...dapat ke mumy? Mana nak dapat duit? Harga bas dah berapa? Gaji pekerja? Dan banyak lagi. Mumy korek tanah ke? Sebab tu mumy cakap perancangan mumy ni modalnya mumy guna duit income bisness Shaklee mumy.

Hekeleh...baru nak bisness dah nak rancang macam-macam. Rancangan dah ke Bulan. U all jangan pandang rendah tau dengan bisness Shaklee ni. Walaupun mumy baru bermula tapi income yang mumy dapat semakin berkembang dan sangat memberangsangkan tau.

Bukan nak takbur u all. Tapi mumy nak tunjuk bisness Shaklee ni memang bisness yang menguntungkan. Alhamdulillah, income mumy sekali COD barang tu dapat mumy bayar harga bilik hotel lima bintang di Miri untuk tiga malam.

Sujud syukur kepada Allah. Alhamdulillah.

Apa perancangan mumy? Haaaaa...mumy nak syarikat bas mumy yang pertama di Borneo yang berkonsepkan mewah dan eksklusif. Syarikat bas mumy akan beroperasi di seluruh Borneo.

Sebenarnya ini impian abang dan perancangan abang. Dari dulu abang sangat minat dengan bas. Doakan mumy dapat tolong abang capai matlamat untuk tubuhkan Syarikat Changra Borneo Transportation. Amin...ya Allah..amin.

Bas mewah mumy tu bukam saja ada bus crew tapi bas mumy juga sangat mewah dan service yang tip top. Penumpang bukan je dapat makwnan yang sihat dan organik tapi sebelum memulakan perjalanan para penumpang akan diberikan papermint. Dalam perjalanan para penumpang akan dihidangkan dengan performance drink. Hebat tak? Semuanya bertemakan mewah dan Shaklee.

Semasa dalam perjalanan juga,para penumpang boleh membuat pembelian produk Shaklee. Yang berminat menjadi ahli pun boleh. Waaaaahhh!!! Semangatnya rasa mumy. Ya Allah,makbuklan doa hamba mu ini. Amin...

Biasanya kalau nak tunggu bas berjalan tu,penumpang akan tunggu di perhentian bas kan? Atau ruang menunggu yang disediakan. Mumy tak nak yang macam tu. Syarikat bas mumy dan abang nanti ada ruang menunggu khas. Semasa menunggu para penumpang boleh membuat pemeriksaan kesihatan.
Haaaa...suak tak? Semasa pemeriksaan kesihatan tu, para penumpang boleh berinteraksi dengan pakar dan nutritionist Shaklee.

Semoga perancangan mumy ni berjaya. Doakan ya u all. Apa target u all pula? Jomlah kongsi dengan mumy. Baiklah,mumy stop dulu ya. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Jangan marah-marah nanti darah tambah berasid. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts