Tipd Persediaan Musim Tengkujuh


Assalamualaikum semua. Hari ni alhamdullillah hujan lagi. Jangan marah hujan. Hujan itu rahmat😊😊😊😊. Pada hari yang mendung ni,mumy nak kongsi tips menghadapi musim tengkujuh atau musim hujan. Kalau musim hujan ni memang banyak persediaan yang kena buat. Sebarang kemungkinan banyak akan berlaku. Sama-samalah kita berdoa sepanjang musim tengkujuh ni kita sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. InsyaAllah,aminnnn..

Panjang pula intro mumy hari ni. Bila musim hujan ni banyak aktiviti yang kena tangguh dulu. Siapa yang nak kahwin tu memang risau kan. Takut waktu majlis tu hujan lebat. Aktiviti luar macam picnic, pergi pulau ka memang kena fikir dalam-dalam. Yelah,musim tengkujuh keselamatan mesti diutamakan.

Kalau kampung mumy,musim hujan ni lah yang ditunggu-tunggu. Sebab banyak air. Dapat stock air banyak-banyak untuk tahun depan. Mesti mum sudah cuci tangki hehehe😂😂😂😂😂.

Lain pula kalau di pedalaman ni, kalau musim hujan kami di sini memang risau. Bila hujan lebat dan hujan tak berhenti-henti, kami tak ada sumber air. Air sungai jadi warna merah. Empangan tersumbat dengan tanah,daun kering,kayu dan banyak lagi lah.

Itu air, kalau jalan pula memang seronok. Bayangkan jalan balak yang berlumpur. Lenggang lenggok kereta. Mumy memang seriau kalau musim hujan. Jalan jadi licin tahap gaban. Kereta selalu tergelincir. Gaung pun tinggi. Hanya kepada Tuhan mumy berserah. Huhuhuhu...

Antara persediaan menghadapi musim tengkujuh atau hujan ni, abang akan ganti tayar offroad yang baru. Supaya grip kuat bila jalan licin. Kereta pun kami akan service awal supaya tidak berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

Yang tu part kereta, lagi satu mumy dan abang sentiasa bersedia dengan keperluan kesihatan kami sekeluarga. Terutama anak-anak. Musim hujam di sini jangan nak di amal selalu nak turun Miri. Bahaya sangat-sangat. Masa perjalanan pun bertambah lama.

Bukan jalan licin je tau, tanah runtuh atau jalan putus. Nak tunggu orang atur jalan bukannya sekejap. Sebab tu persediaan kesihatan ni penting.

Biasalah kalau dah musim hujan ni, badan cepat sakit. Sakit ni yang perlu dicegah. Apa caranya, tingkatkan immuniti badan kita. Supaya tak cepat selesema atau demam. Mumy memang takut bila anak-anak sakit waktu musim hujan. Nak pergi Miri jalan licin dan teruk. Nak pergi klinik kesihatan terdekat arus sungai deras dan menakutkan.

Macam mana mumy tingkatkan immuniti mumy sekeluarga? Haaaa...tepukan yang gemuruh untuk Shaklee sebab menyediakan set ni. Yeeeehhhhhh👏👏👏👏👏. Nak tau apa set tu? Boleh tanya mumy lepas ni😁😁😁😁.

Tapi harus diingat cara pengambilan mestilah betul dan merujuk kepada pakar nutritionist Shaklee😊😊😊😊.

Musim hujan ni mumy akui memang banyak nyamuk. Ya Allah mengerikan nyamuk ni kalau musim hujan. Memang bahaya. Nyamuk kan pembawa kepada pelbagai penyakit bahaya macam malaria,zika dan demam denggi. Ya Allah jauhkan kami dari sebarang penyakit amin.

Alhamdulillah, Shaklee memang sentiasa buat hidup amazing. Sebab apa? Shaklee ada krim anti nyamuk. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Apa yang penting selamat dan semula jadi. Yang ni,mesti simpan stock banyak-banyak. Boleh tolong orang lain yang memerlukan.

Persediaan mumy yang seterusnya ialah beli drinking water banyak-banyak. Di pedalaman ni,memang bergantung sepenuhnya dengan air sungai. Kalau air sungai warna kopi o memang tak dapat pakai. Jadi,mineral water ni yang banyak membantu.

U all pula apa tips u all untuk menghadapi musim tengkujuh ni? Jomlah cerita dengan mumy😁😁😁.

Jaga kesihatan bila musim tengkujuh ya. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Jangan stress okey😊😊😊😊😊beauty is our passion.

Comments

Popular Posts