Zaman sekolah yang indah

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Jom sembang kenangan waktu zaman sekolah. Kenangan terindah kan😊😊😊😊.

Zaman sekolah mumy sangat seronok. Waktu sekolah rendah masuk je tahun 1 mumy dah masuk asrama. Semua urus sendiri. Kenapa mumy masuk asrama. Itu cara bapa mumy aka bab untuk didik kami supaya berdikari. Kalau mum, memang tak nak pun mumy and adik-adik tinggal asrama. Waktu tu memang terlintas dalam hati, bab ni tak sayang kami ke😭😭😭😭. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik semua tu. Alhamdulillah mumy dan adik-adik yang lain berjaya. Thank you bab and mum. We love you sooooo much.

Baiklah,umur mumy masuk tujuh tahun,mumy masuk sekolah dan tinggal asrama desa. Asrama tu di kampung nenek mumy sebelah bab. Kampung Telaga namanya. Memang banyak telaga kampung tu. Mula-mula tu memang mumy tak dapat biasakan diri. Yelah kena buat sendiri. Bangun sendiri,kemas katil sendiri,cuci kain sendiri. Pendek kata semua kena buat sendiri.

Waktu tu dahlah tak ada elektrik masih. Memang gelap kalau malam. Warden akan pasang lampu untuk belajar malam. Bila dah waktu tidur ada lampu kecil je. Mumy pula penakut gelap. Hahahaha. Kalau ada rasa nak membuang tu. Tahan jelah sampai pagi.

Di asrama dulu,kami akan mandi di sungai. Tak ada bilik air yang disediakan. Tak macam asrama sekarang ni. Semuanya lengkap. Siap ada Pembantu Pengurusan Murid lagi yang membantu murid asrama ni. Zaman mumy dulu, buat sendir. Tak buat maka tak hiduplah hehehe.

Mandi dekat sungai tu. Ya Allah....sejuk tak terkira. Bayangkan pukul 4.30 pagi geng-geng budak asrama bawah baldi masing-masing dan mandi. Bila imbas balik kan, terfikir juga mumy. Survive juga mumy ya. Hehehe. Kenangan yang paling tak lupa,bila musim mangga. Siap bangun awal dari orang lain supaya dapat kutip mangga banyak-banyak😂😂😂😂. Seronok sangat time tu. Tak fikir pun ada ular ke apa ke. Yang penting nak buah mangga.

Pernah satu masa tu hujan lebat sangat. Musim hujan. Geng asrama tak dibenarkan mandi sungai. Warden sediakan tong air dan tadah air untuk mandi. Bila malam gelap sangat mumy rasa. Rasa macam tak boleh bernafas. Huhuhu. Mumy kan takut gelap. Tapi alhamdulillah,geng asrama ni hebat tau. Sangat kreatif untuk hidup yang selesa.

Kami ada jumpa sejenis cendawan yang glow in the dark. Mumy tak tahu apa namanya. Tapi memang betu u all. Memang bersinar kalau gelap. Kawan-kawan waktu tu cakap, itu makanan lipan.

Sebelum gelap,mumy ajak adik mumy dan makcik mumy. Mumy dan makcik mumy ni satu umur. Kami pergi kutip cendawan tu dan letak dalam botol. Haaaaa...jadi macam lampu. Hahaha...kalau bab dan mum tahu kami masuk hutan. Memang kena waktu tu.

Bila dah gelap cantik sangat tau. Memang macam lampu. Mumy gantung dekat kelambu. Mumy bagitau dengan adik waktu tu. Kalau bangun nanti dah tak ada lampu tengok botol tu. Macam muvie tak?

Mumy tak lupa juga dengan adik lelaki mumy. Dia tinggal di dorm lelaki. Sedih juga mumy kalau adik lelaki mumy tu gelap nanti. Kakak yang bagus juga mumy ni yer....😂😂😂😂.

Adik perempuan mumy tak lama tinggal asrama. Sebab waktu tu, kampung mumy dah ada sekolah. Memang rasa jeles sangat adik dapat sekolah di kampung sendiri. Mumy dan adik lelaki mumy masih tinggal asrama dan sekokah di sekolah lama.

Kenagan yang tak boleh lupa lagi. Mumy, adik dan mak cik akan memancing dekat sungai tempat kami mandi. Bukan guna joran tau. Guna benang dan mata kail nya ubat staples tu....hahahaha. Umpannya nasi. Ada hasil juga u all. Kami tak makan pun ikan tu. Ikan yang kami biasa dapat ikan puyuh. Bila dapat ikan adik akan jual dengan cikgu-cikgu. Dapat duiiitttt. Terus beli mee goreng dua posen letak kicap cili banyak-banyak. Nikmat tak terhingga makan sekali dengan ais krim milo😆😆😆😆😆. Bestnya...

Mungkin sebab tu lah sampai sekarang minat adik mumy tu memancing. Nak memancing je. Ada masa free mesti memancing. Hehehehe.

Itulah kenangan mumy zaman sekolah rendah dulu. Hehehe. Kisah ni mumy dan adik selalu ulas balik.

Apa kenagan u all? Jomlah kongsi sekali. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Beauty is our passion.

Comments

  1. Wahhhh!!! �� Umur 7 tahun dh duduk asrama? And di asrama tkde bilik air tp hanyalah air sungai? Matangnya awak di usia 7 tahun!!! ☺️�� Bagusnya. Saya kagum, sbbnya saya tk pernah di asrama hinggalah nk masuk universiti, baru la pegi uni. Itu pun tk berapa nk full time sgt. �� Best, best. Saya selalu percaya apa yg kite experience tu dulu menjadikan kite hebat di mana kite ada sekarang. Betul kann? Kenangan saya pun di usia 7 tahun, walaupun dh berzaman tu. Cerita panjang di blog saya, http://ciklisawangi.blogspot.my Jemput lah singgah. Hihi. ��

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts