Wednesday, 14 December 2016

3 Sebab Kenapa Perlu Berjimat Cermat

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita jumpa lagi hari ni. Hari ni jom kita sembang 3 sebab kebapa kita perlu berjimat cermat. Aikkk...sikit juga mumy? Tiga je??? Biar sikit yang penting kita semua dapat kan.

Ekonomi sekarang ni memang mencabar kan. Kita kena jadi kreatif untuk ikut arus hidup yang semakin moden. Macam mana nak jadi kreatif supaya taraf hidup yang mencabar ni tidak membebankan kita? Yang tu nanti kita bincang okey😊😊😊 Sabar semua. Biar kita sembang sikit-sikit. Baru senang hadam kan😊😊

Kenapa kita perlu berjimat? Hidup sekarang ni semuanya duit. Apa pun duit. Nak masuk tandas pun duit. Dulu dua puluh sen. Sekarang dah up jadi tiga puluh sen. Ada yang dah lima puluh sen. Kalau dalam shopping mall yang mahal ya Rabbi ada yang dua ringgit. Betul mumy tak tipu. Itu pengalaman mumy sendiri. Maksudnya kan,taraf hidup kita dah semakin tinggi. Kalau kita tak berjimat kita tak dapat nak survive zaman sekarang ni.

Sebab yang kedua kenapa kita perlu berjimat?  Haaa...kita kan tahu berjimat cermat ni amalan mulia. Membazir amalan syaitan. Dengan kita berjimat dapat kita buat simpanan untuk masa kecemasan. Namanya pun kecemasan kan. Kita tak tahu apa akan jadi dan bila akan jadi.

Kalau waktu tu ada duit yang cukup alhamdulillah. Kalau tak cukup mana nak lari? Kalau kita berjimat cermat hari ini, insya Allah masa kecemasan tu kita tak akan rasa sesak.

Kalau mumy lah kan,mumy kena berjimat untuk hari tua mumy. Jangan harap dengan duit pencen jak kan. Perbelanjaan 20 tahun akan datang kita tak tahu berapa tinggi. Kita tak tahu untung rugi hidup kita kan. Apa yang penting sentiasa berdoa kepadanya,supaya semua urusan dipermudahkan insya Allah.

Jom ramai-ramai kita amalkan cara hidup berjimat cermat. Bukan berjimat dalam bentuk kewangan je, yang lain pun sama okey. Berjimat cermat amalan mulia.

Jumpa lagi dalam sembang kopi kita yang akan datang. Jaga kesihatan dan kecantikan. Beauty is our passion.

No comments:

Post a Comment