7 Amalan Doa Dan Zikir Untuk Melancarkan Urusan Bisness

Assalamualaikum semua. U all apa khabar? Mumt sihat alhamdulillah. Sekarang dalam kereta nak balik Sabah. Hari ni mumy nak cerita tentang amalan doa dan zikir untuk urusan bisnes. Kita ni cuma seorang hamba yang banyak kekurangan. Apa saja yang baik itu sebenarnya dari Allah. Jangan perasan sangat kita ni hebat. Ada lagi yang lebih hebat.

Dalam dunia bisnes apa yang penting kita dekatkan diri kepada Allah. Baru lah rezeki tu murah dan lebih berkat. Keberkatan dari Allah sangat penting. Sebab apa? Itulah yang kita makan dan minum kan. Jadi darah dan daging kita. Dan sentiasa berterusan sampai ke generasi yang seterusnya.

Maksudnya u all,apa yang kita makan dan minum pada hari ini, benda yang sama akan mengalir dalam badan anak,cucu,cicit,piut,miut dan cute kita. Banyak kan? Kalau yang kita makan tu berkat,maka berkatlah apa yang mengalir dalam badan generasi kita tu.

Dalam bisnes sentiasa ada turun naiknya. Bila kita naik tu,jangan lupa Allah. Waktu nilah lebih dekat dengannya. Supaya rezeki tu semakin melimpah ruah. Jangan pula waktu bisnes slow baru nak dekat dengan Allah. Itu salah. Walau apa yang terjadi sentiasalah dekat dengannya. Sentiasalah bersyukur. Macam mana kita nak tunjuk kita bersyukur? Ada banyak cara sebenarnya.

Mumy bukanlah ustazah ke apa,cuma nak berkongsi dengan u all. Amalan zikir dan doa memang mujarab tau. Semakin kita rajin berdoa dan berzikir semakin dekat kita dengan Allah. Bila dekat dengan Allah,maka tambah senang rezeki masuk. Itu tandanya kita dapat keberkatan Allah. Alhamdulillah.

Apa doa dan zikir yang boleh kita amalkan supaya urusan bisnes kita berjalan lancar? Yang tu u all kena tunggu,sebab mumy akan cerita dalam entry yang akan datang. Mesti jumpa tau😊😊😊. Rugi kalau tak jumpa😊😊😊. Semoga dengan perkongsian mumy ni urusan bisnes kita sama-sama berjalan lancar. Amin....

Jumpa lagi ya. Jaga kesihatan dan kecantikan u all. Beauty is our passion😊😊😊😊.

Comments

Popular Posts