Friday, 9 December 2016

Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum semua. Salam subuh. Lega rasa kaki dapat rehat semalam. Tapi perut pulak rasa sebu. Menyesal makan tapai kelmarin😅😅😅😅. Baiklah pagi ni mumy nak share cara bayar hutang PTPTN dengan bisnes shaklee online. Suka tak😄😄😄😄? Mumy tau hutang-hutang ni yang buat hidup kita tak best. Tak berhutang waktu tu perlu sangat ye tak? Waktu berhutang tu senang part nak bayar tu lah...hadoiiiii😢😢😢😢.

Alhamdulillah,mumy tak pernah ada hutang PTPTN ni. Tapi bila dah kerja ada pulak pinjaman peribadai. Menyesal ada jugak mumy buat pinjaman peribadai ni. Tapi apakan daya,waktu itu sangat memerlukan duit yang banyak. Sabar le labu😐😐😐😐.

Mumy tabik spring dengan adik-adik yang lepasan SPM yang ada nait suci murni nak cari income sendiri sementara tunggu result SPM keluar. Bagus adik-adik,rasa tanggungjawab itu sudah ada. Dulu mumy puna pernah jadi cleaner sekolah tau sementara tunggu masuk IPGM Kampus Keningau. Memang best dapat pegang duit sendiri dan hulur dengan mum and bab😍😍😍😍.

Tapi kan,terselit juga rasa kesihan dan simpati mumy untuk lepasan universiti yang belum ada rezeki dapat panggilan kerja. Mumy tau bukan u malas ke apa atau memilih sangat kerja. Cuma rezeki itu belum ada kan😊😊😊. Memang delima yela kerja belum ada tapi hutang PTPTN dan mula kena bayar. Nak minta dengan mak bapa malu sangat. Tukarlah perkataan malu tu. Segan sangat kan. Mumy faham sangat feeling itu. Feeling tak nak menyusahkan mak bapa.

Delima hutang PTPTN ni tambah berat bila ada sesetengah lepasan universiti ni malu nak buat kerja yang biasa-biasa. Tak standard beb. Ada degree dan master tak kan nak kerja cleaner pulak kan. Belum lagi dengan kata-kata pedas CNN di kampung tu. Ya Rabbi...buat telinga panas. Lepasan u tapi kerja cleaner. Biarlah makcik, yang penting kerja tu halal dan tak menyusahkan makcik pun kan😡😡😡😡. Mumy memang tak suka part yang macam ni. Apa pun kerja tu patut dihormati asalkan halal dan baik. Mulut orang susah nak tutup hati orang susah nak dipuaskan. Hmmmmm😒😒😒😒😒.

Untuk u all yang masih ada delima ni,jangan sedih-sedih. Jom ikut mumy bayar hutang dengan bisness Shaklee online. Alhamdulillah,setakat ni bisness Shaklee online ni yang banyak sangat tolong mumy dari segi kewangan. Yang bestnya modalnya sangat rendah. Dan pada mulanya tak perlu modal pun. Nak tahu caranya jom join mumy bisness ni😊😊😊.

Mumy tak tipu u all. Mumy tak suka bagi janji palsu dengan orang lain yang sangat memerlukan duit. Mumy faham sekarang ni semuanya duit kan. Bukan kita nak jadi hamba duit. Tapi duit itu satu keperluan hari ni.

U all pemalu tak pandai nak promote dengan orang? Tak tahu sangat tentang bisnes online ni. Bisnes Shaklee online lah yang paling sesuai dengan u all. Tak percaya? Percayalah. Mumy dulu pun malu sangat nak bisnes ni. Bab-bab nak guna blog,ig atau fb page memang mumy paling buta. Bukan apa,mumy tak minat benda-benda ni semua jadi buat tak tahulah. Bila dah bisness shaklee online ni alhamdulillah,ilmu mumy tentang semua ni semakin banyak.

U all risau tak ada siapa nak ajar u all bisnes? Ya Allah jagan risau u all. Mumy yang zero tentang bisnes ni dah ada ilmu tentang bisnes. Alhamdulillah. Mumy ada mentor yang sangat banyak membantu dan membimbing mumy. Dari aspek marketing,sales,ilmu kesihatan,nutrisi,produk shaklee dan banyaaaaaakkkkk lagi. Thanks sejuta thanks kepada mami aka MASTER SITI SALWA seorang mentor yang sangat tegas,hebat tapi sangat merendah diri. Love u mami😊😊😊.

Team SuperStar mumy pun sangat best. Ahli-ahli dalam tu sangat hebat dan banyak membantu. Tak sombong. Even tak pernah jumpa tapi dah macam adik beradik tau😊😊😊.

Sebab tu,sebelum nak join apa-apa bisnes kena pilih bisnes yang ada pulangan pendapatan yang berterusan. Kalau nak bisnes online jual produk orang,pastikan kita jual produk syarikat yang memang terbukti terbaik. Insya Allah, tak akan mengecewakan u all.

Baiklah u all,mumy kena stop dulu. Laparlah. Jom ESP😊😊😊. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang ye. Beauty is our passion😊😊😊😊. 

No comments:

Post a Comment