Cara Saya Buat Bisness Shaklee Secara Online Melalui Handphone

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah,kita semua sihat hari ni. Siapa suka handphone? Semua orang suka kan? Haaa...hari ni,mumy nak cerita cara mumy bisness shaklee melalui handphone. Mesti u all suka kan? Sebab sekarang ni semuanya dihujung jari😊😊😊. Klik-klik je semua dah selesai kan. Banyak kebaikan teknologi ni kan. Tapi yela,kalau tak digunakan sebaik mungkin jadi keburukan pulak kan.

Bisnes shaklee guna handphone boleh ke? Boleh sangat-sangat u all. Tak perlu ada tab ke...lap top ke atau pc kat rumah. Guna handphone cukup. Tak payah yang mahal pun boleh u all. Apa pun yang paling bagus yang ada memory besar dan camera nya yang paling terang tak nak yang kabur-kabur.

Lagi pun u all,bisnes shaklee online guna handphone ni senang okey. Handphone kan kecik je. Senang nak bawak pegi mana-mana. Orang oder senang kita nak urus. Oder barang di HQ pun senang. Yang penting ada line internet dan top up untuk berurusan. Senang kan?😊😊😊😊.

Mumy buat poster untuk post pun mumy buat dalam handphone je u all. Senang. Mana-mana mumy duduk pun mumy boleh buat poster dan terus post ke instagram atau laman muka buku mumy😊😊😊. Semuanya sesenang abc tau. Jangan pening-pening mesti ada lap top atau handphone mahal-mahal baru dapat.bisnes. Permudahkan urusan yang mudah. Jangan.dirumitkan nanti kita pening kepala. Siapa susah? Kita jugak kan? 😁😁😁😁😁.

Mumy bukan nak promote bisness online shaklee melalui handphone ni is the best. Sebenarnya ikut keselesaan sendiri. Ada yang suka guna tab. Ada yang suka guna lap top ada juga yanh suka guna cara offline kan. Itu bergantung dengan keselesaan sendiri.

Macam mumy, mestilah guna handphone yang terbaik. Kalau guna lap top datanglah kakak nak kacau mumy. Kerja tak siap lap top rosak ada lah. Hehehehe. Yang mumy suka lagi bila pakai handphone ni,mumy nak update pun senang. Tengah tunggu nasi masak,boleh mumy up date bisnes mumy.

Nak up date entry blog pun senang. Macam mumy sekarang ni. Mumy up date entry waktu adik tengan menyusu. Releks je. Idea mencurah-curah dalam masa yang sama adik tidur kekenyangan😊😊😊😊. Alhamdulillah. Asbab konsisten mengamalkan ESP Shaklee,air susu sentiasa meriah dan pekat. Rezeki adik. Alhamdulillah.

Baiklah u all, mumy kena stop dulu ya u all. Mumy nak masak maknan untuk jemaah masjid malam ni. Malam ni kan malam Jumaat. Ramai orang datang masjid.

Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang. Jaga kesihatan dan kecantikan u all okey. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts