Sunday, 11 December 2016

Hobi Dan Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum semua. Eehh..tak sedar kan dah tengah bulan. Pagi ni cuaca agak mendung. Tanda nak hujan la tu. Pagi ni,mumy nak ceritalah pasal hobi mumy. Hobi ni macam mumy dah cerita dalam entry yang lepas kan. Tak apa,hari ni kita up date lagi cerita.

Mumy macam biasa memang suka try hotel baru. Service apartment yang ada breakfast pun mumy dan abang suka. Sebab kami suka try makanan yang ada dalam hotel. Mana makanan yang superb haaa...kami akan datang sana lagi. Kalau tak, walaupun harga promosi kami tak akan datang lagi...hehehe.

Bagi mumy kan,jatuh bangun nya hotel tu bergantung kepada perkhidmatannya. Kalau service tak bagus atau makanan yang disediakan tak best orang agak susah nak datang lagi. Sebab sifat kita manusia nak service yang terbaik.

Tiga hari lepas mumy and family pergi bermalam di Citidines Apartment Hotel. Bersebelahan dengan the Sprinf Kuching. Apartment yang kami sewa harga around RM 400++. Ada dua bilik. Memang selesa lah bagi mumy kalau pergi ramai-ramai. Itu kelebihannya. Shopping mall pun dekat. Tak payah pakai kereta pergi The Spring. Ikut jejantas dari hotel terus sampai The Spring.

Cuma maknanmya mumy tak puas hati. Tak pelbagai, bagi mumy tak setaraf dengan harganya. Apa pun,syukur alhamdulillah kenyang juga😂😂😂😂. Yang bagusnya add on untuk sarapan seorang RM 21.00. Kalau hotel lain,add on sebanyak tu dah mewah sarapannya. Itulah kebaikannya. Kita cari pengalaman kan.

Secara kesimpulannya,betulah komen orang tentang makanan hotel ni. Mumy tak memburukan hotel ni okey. Ini cuma pengalaman dan pandangan mumy. Suka atau tidak itu subjektif dan pandangan setiap orang adalah berbeza.

Untuk keselesaan bilik mumy bagi 4 bintang. Lengkap sangat apartment tu. Kalau nak ajak family ramai-ramai boleh datang sana. Tempat parking pun selamat.

Dalam hotel tu sempat lagi mumy baca novel. Yela,sambil releks-releks tu,mumy ambil kesempatan untuk baca novel kegemaran mumy. Novel seram. Semestinya keluaran Buku Prima dan Alaf 21. Masih rasa tak puas pulak nak baca. Mumy dapat habiskan tiga novel sekali gus. Memang best sangat-sangat.

Bila baca novel ni, mumy dapat rasa mumy part of the story jugak. Feeling sorang-sorang. Kalau part seram tu, mumy pandai seram sorang-sorang. Kalau pergi toilet boleh terimbas balik cerita dalam novel😂😂😂😂😂. Cakap jak lah penakut kan. Hahahahaha....

Nanti nak pergi kedai buku lagi. Cari novel baru. Macam tak lengkap pulak kalau tak baca novel. Lusa mumy dah berangkat ke Miri. Hotel apa yang seterusnya ye....mumy nak Meritz Hotel. Sebab pastry kat sana memang tip top. Miri Marriot Resort pun okey. Tapi rugi kalau semalam jak. Ada duit ke? Kan masih tengah bulan. Itulah bestnya bisnes Shaklee. Bonus dapat tengah bulan. Sukanyaaaaaaaa😊😊😊😊😊😊.

Baiklah u all,jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang okey. Jaga kesihatan dan kecantikan. Beauty is our passion.

No comments:

Post a Comment