Kisah Musim Hujan Yang Menggembirakan

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ni cerah dan sangat damai😊😊😊😊😊. Semalam hujan lebat sangat. Hari ni mumy nak kongsi tentang kisah musim hujan yang menggembirakan mumy. Waktu zaman kanak-kanak lah ye...

Biasalah musim hujan ni,walaupun sejuk aktiviti kanak-kanak bermain tu tak akan stop macam tu je. Mesti diteruskan. Hehehehe. U all masih ingat aktiviti main hujan waktu dulu-dulu. Best kan? Makin lebat hujan tu makin meriah rasanya. Kalau ada air bertakung ya Allah lagi heaven😊😊😊😊. Siap berenang-renang lagi dalam lumpur.

Air tu kotor ke macam milo ke...tak peduli dah time tu. Yang penting seronok. Rindu pula zaman tu kan. Macam nak jadi kanak-kanak riang balik. Tak perlu fikir apa-apa. Hehehehe.

Masih mumy ingat dulu, waktu mumy dengan adik mumy tinggal asrama. Tak silap mumy, waktu tu mumy darjah empat dan adik mumy darjah dua. Musim hujan yang tak stop. Air sungai tempat budak asrama mandi naik. Air sungai naik bukan buat budak asrama takut. Tapi tambah kegembiraan nak main.

Bila dah mandi ramai-ramai memang tak ingat dunia. Dalam hati risau juga takut lemas dan dihanyutkan arus. Memang rasa seronok sangat. Hehehe. Tengah seronok tu,haaaaaa....datang warden asrama dengan rotan. Semua kena denda😂😂😂😂. Satu asrama lagi tu.

Lepas kena denda, cepat-cepat mumy jumpa adik mumy dan buat perjanjian dengan dia supaya tak bagi tau mum dengan bab yang kami mandi sungai time banjir. Hahahaha...takut kena marah dua kali la tu.

Hmmmmm...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Kantoi juga cerita mandi sungai waktu banjir bila mumy demam. Demam dan tumbuh kudis dekat badan. Warden bagitau dengan bab yang mumy mandi sungai waktu banjir😱😱😱😱😱. Kantoi...waktu tu bab belum marah. Happylah konon sebab bab tak marah. Bila dah sembuh,habis kena marah😅😅😅😅.

Bila dikenang balik memang seronok. Kan bagus kalau waktu tu dah tau tentang shaklee taklah lama sangat mumy demam. Ni sampai dua minggu mumy demam. Bab dengan mum dah risau dah. Dengan kudis lagi. Hehehehe...kalau ada nutriferon mesti cepat sembuh waktu tu😊😊😊.

Apa kisah musim hujan u all? Mesti lebih best kan? Jomlah kongsi dengan mumy.

Mumy stop di sini dulu ye...hari ni mumy sibuk sikit. Jumpa lagi dalam sembang kopi akan datang ye. Jaga kesihatan dan kecantikan okey. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts