Sunday, 4 December 2016

Rekod Bisness Online Shaklee Saya

Assalamualaikum semua. Hari ni agak panas cuaca kan. Tempat mumy ni lah. Hehehe. Hari ni mumy nak cerita sikit macam mana mumy rekodkan semua aktiviti bisness mumy. Penting sangat ni u all. Walau sekecik mana jumlah yang masuk dan keluar mesti direkodkan. Kalau tak rekod langsung itu bukan bisness namanya.

Mumy punya rekod macam mana? Mumy ada rekod pembelian yang tersimpan selamat dalam web shaklee. Semuanya adalah sulit dan selamat okey. Password mumy yang pegang😎😎😎😎😎😎.

Bila barang dah sampai maksudnya stock yang baru,mumy akan rekod dalam buku oren mumy. Kecik je,senang nak bawa pergi mana-mana. Tapi kena selalu disembunyi,sebab kakak suka kacau buku mumy tu.

Dalam buku oren tu juga,semua nota sesi pembelajaran mumy bersama mentor ada. Pergi mana-mana dapat rujuk nota mumy tu. Sebarang kemusykilan mumy boleh rujuk nota mumy tu.

Dalam buku oren mumy tu juga ada senarai nama customer yang oder barang dengan mumy dan bila mumy hantar barang tu. Taklah sistematik,tapi rekodnya ada. Boleh kita tahu kan untung rugi kita.

Barang yang selalu kena ambil orang pun mumy akan catat dalam buku tu. Kiranya favourite product of the month la hehehehe. Mumy tau,rekod mumy ni tak sistematik dan perlu diperbaiki lagi. Semua rekod ni penting terutama yang melibatkan duit. Kalau nak bisness ini yang penting sangat.

Senarai customer pun mesti disenaraikan tau. Ini boleh mudahkan kita buat follow up dengan mereka. Yela,tak kan nak buat bodoh dengan mereka kan. Customer yang sedia ada mesti dijaga supaya mereka-mereka ni sentiasa repeat oder dengan kita😊😊😊😊.

Azam tahun baru mumy,mumy nak ada sistem fail bisness mumy ni. Inilah syarikat mumy. Rekodnya perlu ada dan sistematik kan😁😁😁😁😁.

Baiklah mumy kena stop dulu. Musim cuti ni memamg sibuk je memanjang. Hehehe. Banyak aktiviti yang menyeronokkan 😊😊😊😊😊.

Apa akriviti cuti u all? Kena release tensen supaya sentiasa gembira dan awet muda. Beauty is our passion.

No comments:

Post a Comment