Saturday, 10 December 2016

Target 2017 Yang Saya Mesti Capai 1 Tahun Dari Hari Ini

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu😊😊😊. Hmmm..cuti dah nak habis lah😢😢😢. Tak apa,kena semangat betul tak. Pagi ni,jom mumy kongsi target 2017 yang mumy nak capai satu tahun dari sekarang. Kira azam barulah u all. Apa azam baru u all? Masing-masung mesti ada azam baru kan.

Biasalah akhir tahun ni kita muhasabah diri. Check balik mana yang berlompang tu pastikan tahun hadapan lompang tu dah di tutup. Azam yang kita dah set tu,pastikan mesti tercapai. Caranya macam mana? Kita kena ubah sikap dan yang paling penting fokus. Fokus itu sangay penting. Bila kita fokus insya Allah kita akan sentiasa di jalan yang betul. Yang paling utama,sentiasalah berdoa kepada Allah supaya sentiasa dipermudahkan segalanya. Insya Allah.

Apa target mumy tahun depan? Uiii...berdebar pulak mumy nak umumkan target mumy ni. Macam ada aura jak mumy rasa. Bismillahirrahmanirrahim,target mumy tahun 2017,mumy nak capai master coordinator dalam Shaklee. Income mumy sebulan 70 ribu. Mumy ada seratus anak bisnes yang sangat aktif dari seluruh Malaysia termasuk dari Brunei juga.

Ya Allah,rasa ringan hati ini bila luah semua kan. Amboiiiiii...mumy,besarnya target tu, terkabei ka mumy? Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Apa yang penting kita kena usaha dan sentiasa fokus. Macam target mumy bulan ni,mumy nak naik jadi supervisor. Ya Allah,kabulkan lah doaku Ya Allah...amin...

Apa yang hebat sangat jadi master coodinator Shaklee tu? Mumy ni gila title ka apa? Astagfirrullahalazim,jangan tuduh mumy macam tu. Mumy nak target macam tu,satu sebab mumy ada big why mumy sendiri. Mumy nak berhenti kerja. Betul u all, tahun depan ,insya Allah,mumy last mengajar di pedalaman. Kalau mumy dapat capai target mumy ni,mumy nak berhenti kerja. Mumy nak tumpukan perhatian dengan bisnes dan semestinya tumpuan yang optimum dengan keluarga.

Mumy nak jaga anak-anak mumy sendiri. Mumy nak anak-anak mumy membesar depan mata dan bukan orang lain yang jaga. Kalau di pedalaman ni,dekat je mumy nak check perkembangan anak-anak. Masa free mumy boleh check,keadaan anak-anak. Bukan tak percaya dengan penjaga tu,tapi entahlah mumy seram tau dengan kes-kes sekarang ni.

Mumy sebagai ibu ni pun kadang-kadang ada rasa geram jugak bila anak-anak buat hal,inikan pulak orang lain yang tak ada kaitan darah langsung dengan anak-anak mumy kan. Ya Allah,peliharalah anak-anak ku ya Allah. Mumy memang tak boleh kalau dengar atau tengok bab-bab kanak-kanak atau baby kena dera ni. Memang meresap ke dalam jiwa terus. Bukan sejam dua feeling tu hilang. Berminggu-minggu tau feeling tu mumy rasa.

Mungkin itulah fitrah seorang ibu. Sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak. Semoga dengan niat mumy yang suci murni ni. Target mumy tahun depan akan tercapai. Amin....ya Allah amin... U all doakan lah supaya mumy sentiasa instiqamah untuk capai target mumy ni.

Baiklah u all,mumy nak sidai baju. Alhamdulillah, hari ni cerah je. Mumy nak sidai baju awal-awal. Takut tengah hari nanti hujan. Sediakan payung sebelum hujan okey. Jaga kesihatan dan kecantikan. Beauty is our passion😊😊😊😊

No comments:

Post a Comment