Monday, 16 January 2017

Interferon Semulajadi Pertama Dunia Dalam Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum u all, sihat hari ni? Alhamdulillah mumy sihat. Tak lama lagi cuti...sukanya mumy. Dapat mumy COD barang dengan customer😊😊😊. Ohya, hari ni mumy nak kongsi tentang interferon semulajadi pertama dunia yang ada dalam nutriferon Shaklee. Apa ka benda tu?

Jangan risau,mumy akan cerita dengan u all seringkas dan semudah yang mungkin okey😁😁😁

Apa itu interferon? Memang namanya canggih tapi nama mudahnya kita boleh panggil askar badan je. Askar badan kita ni kalau lemah atau tak aktif maka senanglah kita kena serang dengan penjahat dari dalam dan luar badan.

Pernah tak tengok orang yang selalu sakit? Orang bersin sikit sebelah dia, dia dah demam selesema? Ni contoh orang yang tak kuat askar badan lah ni.

Macam mana nak aktifkan dan kuatkan askar pertahanan badan ni? Caranya kita kena tingakatkan immuniti kita. Apakah caranya? Kuatkan askar atau interferon dalam badan kita supaya kuat nak lawan penyakit.

Alhamdulillah, Allah dah cipta tumbuhan yang boleh mengaktifkan interferon dalam badan kita. Interferon semula jadi yang pertama di dunia telah dijumpai oleh Dr Yasuhiko Kojima. Namanya pun dah tau kan dari negara Jepang😂😂😂😂.

Interferon semula jadi yang ada dalam nutriferon Shaklee ni,formula yang semula jadi okey. Selamat,tulin dan berkesan. Haaa...bahanya gabungan dari lebih 200 jenis herba. Banyaknya kan. Apa yang bestnya kajian tentang ni dijalankan selama 40 tahun. Ya Allah, lamanya. Tapi,Shaklee memang macam tu kajian yang menyeluruh dan lama akan dijalankan untuk pastikan semua produk Shaklee selamat,berkesan dan tiada kesan sampingan bila diambil dalam jangka masa yang lama😊😊😊😊.

Yang ni mumy dah kering air liur cerita dalam landmark study hari tu kan😊😊😊. Yang ingat-ingat lupa tu boleh singgah baca balik okey.

Sebenarnya u all,interferon ni ada diberikan kepada pesakit yang ada penyakit kronik untuk tingkatkan pertahanan badan mereka. Macam pesakit HIV,Hepetetis,kanser dan banyak lagi lah. Interferon tu diberikan supaya pertahanan badan kita kuat.

Sebab tu,ni salah satu supplimen wajib yang mumy simpan. U all tau tak,nutriferon Shaklee ni dapat boost imuniti kita dalam tempoh tiga hari. Suka tak? Kalau mumy,mestilah mumy suka.

Jangan bagi ubat dulu kalau sakit. Tapi tingkatkan pertahanan badan kita dulu. Insha Allah,bila serangan yang sama datang badan kita dah sedia dan semakin kuat untuk melawan serangan virus dan bakteria tu.

Baiklah u all,mumy ada kelas kejap lagi ni. Jaga kesihatan dan kecantikan u all tau. Beauty is our passion.

Friday, 13 January 2017

Daftar Ahli Shaklee Online

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Memang best hujung minggu walaupun tak ada elektrik. Hari ni mumy nak kongsi tentang daftar ahli Shaklee secara online. Mumy tau ramai di luar sana yang nak sangat jadi ahli Shaklee, betul tak? Banyak kelebihan tau kalau dah jadi ahli keluarga Shaklee ni😊😊😊😊.

Macam mumy,mumy menyesal sangat sebab tak daftar jadi ahli Shaklee awal-awal. Rasa rugi sangat. Tapi alhamdulillah,ada hikmahnya mumy lambat jadi ahli Shaklee.

Apa hikmahnya mumy lambat daftar jadi ahli shaklee?hikmahnya....mumy ditemukan dengan mentor shsklee yang sangat hebat. Pada mumy,beliau sangat hebat tapi mentor mumy tu sangat merendah diri. Haaaa...untuk pengetahuan u all, mumy daftar ahli shaklee dengan mentor mumy ni lah.

Nak daftar ahli shaklee waktu tu bukan senang. Yelah,mumy duduk jauh dalam hutan mestilah mumy nak cari orang yang boleh daftarkan mumy kan? Mumy pun contact lah dengan agen yang selalu mumy beli barang dulu. Dengan ayat yang lemah lembut dan penuh harapan,mumy tanya macam mana nak daftar jadi ahli Shaklee. U all tau apa jawapan mumy dapat, dia tanya mumy siapa😩😩😩😩😩.

Sedih juga sebab mumy selalu beli dengan dia. Kenapa dia tak kenal mumy pula. Bila jadi macam tu,mumy tak nak lagi....😑😑😑😑merajuk lah pulak.

Mumy pun berjumpa dengan encik google cari cara daftar ahli Shaklee online. Waaaaahhh!!!! Memang banyak orang cerita cara daftar ahli shaklee secara online ni. Termasuklah blog mentor mumy ni.

Nak dijadikan cerita,mumy ambil contact number dari tiga orang termasuk mentor mumy ni😊😊😊😊. Mumy hantar massage serentak lagi tu. Waktu hantar tu mumy berdoa penuh harapan. Hehehehe😊😊😊😊.

U all nak tau,dalam tiga nombor tu, sorang jak yang terus balas whatssup mumy. Alhamdulillah. Siapa kah insan itu? Mestilah mentor mumy. Mami Siti Salwa😘😘😘😘😘. Whatssup mumy dibalas dengan baik macam dah lama kenal. Seronok sangat waktu tu sebab mumy terus jadi ahli siap beli barang lagi. Caranya pun sangat profesional tau😁😁😁😁😁.

Yang dua nombor lagi tu,nombor satu tu langsung tak ada respond dengan mumy. Tapi mumy mengintip FB nya aktif juga waktu tu. Biarkan...dah ada orang yang tolong mumy daftar ahli Shaklee secara online😊😊😊.

Nombor yang satu lagi pulak,hari ke tiga baru dia balas. Dah terlambat. Pengajarannya,prospek tu mesti dilayan dengan bagus😊😊😊.

Nak tau cara daftar ahli Shaklee online? Senang je. Mumy boleh tolong daftarkan untuk u all 😊😊😊😊. Tanpa ada bayaran perkhidmatan. Tapi u all kena bayarlah duit pendaftaran dengam Shaklee. U all bagi je detail yang mumy perlu dan selepas itu tahniah!!!! U all dah jadi ahli Shaklee😊😊😊😊.

Bayaran ahli tu sekali je seumur hidup okey. Best sangat bila jadi ahli ni. Banyak kelebihan yang kita dapat😊😊😊😊😊.

Antara kelebihannya u all dapat beli dengan harga ahli dan yang ni semua orang suka dapat bonus wang tunai dari Shaklee based on point kita😊😊😊😊 suka kan?

Yang nak jadi ahli Shaklee tu boleh hubungi mumy. Mumy sedia membantu u all. Jom kita sihat dan cantik😍😍😍😍😍😍.

Baiklah jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang. Jaga kesihatan dan kecantikan. Beauty is our passion😊😊😊😊

Wednesday, 11 January 2017

3 Tips Ibu Bekerja Mengurus Keluarga

Assalamualaikum u all. Apa khabar semua? Rindu pula mumy dengan u all, maaf ya lama betul mumy menyepi. Hari ni mumy cuti seban CM Negeri Sarawak meninggal dunia semalam. Sedih rasa hati mumy. Yela bagi mumy beliau seorang pemimpin yang hebat dan berjiwa rakyat. Alfateua untuk beliau. Baiklah hari ni mumy nak kongsi tips ibu bekerjaya mengurus keluarga.

Mumy bukanlah hebat sangat pun tapi yelah sekadar nak berkongsi. Mana tau dengan perkongsian mumy ni ada di antara u all yang dapat manfaatnya. Insha Allah.

Mumy memang tabik spring dengan ibu-ibu yang ada anak ramai dan bekerja sepenuh masa. Bayangkan u all,macam mana nak urus keluarga bila kita terikat dengan tanggungjawab yang lain. Pagi turun kerja balik kerja urus keluarga. Hebatkan kuasa seorang ibu😊😊😊😊.

Macam mumy,mumy pun bekerja sepunuh masa dan ada anak-anak yang masih kecil. Setiap orang ada cara sendiri kan untuk urus kan keluarga.

Tempat mumy kerja ni tak macam tempat kerja orang lain yang ada kedai makan atau pun kanten. Sekolah mumy nun jauh di pedalaman. Dekat dah dengan sempadan Indonesia😊😊😊. Jadi kesimpulanya kami tak ada tempat nak beli makanan yang dah di masak. Kena masak sendiri. Hehe.

Bab-bab masak ni,mumy akan sedia bahan-bahan masak untuk esok hari tu awal-awal. Untuk sarapan dan makan tengah hari. Menu untuk sarapan dan makan tengah hari mumy akan masak waktu sebelum subuh. Around pukul 4 pagi macam tu. Menu sarapan simple ja, yang penting ada alas untuk makan waktu rehat. Sebab pagi,mumy dan abang mestilah dengan ESP dan Mealshake😊😊😊.

Kakak pula makan menu tengah hari. Sebab kakak ni biasa makan nasi awal. Kiranya kurang sikit kerja mumy. Makanan sampingan kakak pula babysitter tolong masak.

Bila menu tengah hari dah masak balik sekolah tinggal makan😊😊😊😊. Alhamdulillah, nasib baik abang tak kisah makan masakan yang awal di masak😂😂😂. Thank you abang.

Tips yang kedua pula macam mana nak urus kain baju yang banyak-banyak tu. Hehehe,bukan pemalas okey tapi kreatif😂😂😂😂. Mumy akui nak lipat baju tunggu waktu hujung minggu jak lah. Tapi bayangkanlah timbunan kain tu kan. Mengalahkan bundle😂😂😂. Cara mumy senang je. Tak payah lipat kain baju tu.

Mumy bukan ajar ajaran sesat atau ajaran pemalas tau. Ini khas untuk ibu yang bekerja dan sentiasa nak cepat tapi dalam masa yang sama keluarga tetap terurus.

Okey macam mana nak buat dengan kain baju tu? Senang je...jemur guna hanger pastu bila dah kering gantung aja. Tapi yang paling bagus sediakan tempat khas untuk gantung baju-baju tu. Asingkan ikut kategori senang nak cari kan😊😊😊😊? Best tak...jadi macam kedai pula hehehe. Dengan cara ni taklah kain baju tu menimbun.

Tips yang seterusnya pula yang ni untuk yang ada anak kecil. Anak kecil ni paling suka bila mainan diaorang ni bersepah serumah. Lagi bersepah lagi seronok. Yang ni jangan di marah anak tu,biar je sebab itulah salah satu daripada perkembangan mereka.

Caranya senang je,letak mainan tu dalam bakul besar yang cute di mata anak. Lepas tu bila dia dah sepahkan barang tu,ajar anak masukan mainan tu balik. Cakap je bakul nak makan ke,bakul sorang-sorang ke dan yang lagi bagus cakap dengan anak tolong u all kemas rumah. Puji-pujilah anak tu. Walaupun baru dua tahun,anak akan ikut cakap kita. Insha Allah 😊😊😊.

Baiklah u all,jana kuasa elkektrik sekolah mumy rosak. Panas macam dalam sauna rumah ni. Anak-anak pun merengek. Mumy layan mereka dulu ya. Jangan stress dan jagalah kesihatan serta kecantikan. Beauty is our passion

Thursday, 5 January 2017

Adat Dan Budaya Yang Berbeza

Assalamualaikum dan selamat tahun baru u all. Belum terlambat rasanya mumy ucap kan?😊😊😊. Lama betul mumy menyepi kan,bukan sebab tak peduli dengan u all tapi banyak sangat perkara yang perlu di selesaikan. Sepanjang cuti sekolah tahun lepas memang lama mumy menyepi. Rasanya last kita sembang waktu mumy kat kampung abang kan. Tak apa,hari ni jom kita cerita tentang adat dan budaya nak tak? Ni kelas hubungan etnik ke mumy? Dengar dulu....😉😉😉😉

Bila balik kampung mumy,memang super sibuk mumy. Bayangkan lah, mumy sibuk tolong family untuk persediaan kenduri arwah nenek mumy yang ke empat puluh hari. Alaaaa...kenduri je pun tak kan lah dah sibuk macam CEO😡😡😡😡😡. Jangan marah u all,ni mumy nak cerita sikit tentang kenduri kematian kat tempat mumy.

Baiklah,bagi mumy adat yang terdahulu jangan dilupakan tapi dalam masa yang sama perlu dikaji semula. Kenapa mumy cakap macam tu?

Ini pertama kali mumy jadi watak utama jugaklah dalam kenduri hari tu. Ohya,lupa mumy nak bagitau nenek mumy sebelah bab meninggal di rumah mumy di Sabah. Kiranya kami lah tuan rumah kan?

Sambutan kenduri arwah yang ke empat puluh kalau tempat mumy kiranya klimaks dalam cerita novel. Macam kemuncaklah. Mumy pun tak tahu kenapa. Persediaannya umpama nak ada kenduri kawen yang besar-besaran okey.

Dua minggu sebelum kenduri saudara mara dah ramai berkampung untuk buat kuih muih yang akan dijadikan sebagai buah tangan jemputan. U all bayangkan lah dalam paper bag tu ada enam jenis kuih. Bila mumy tau tu,macam tak setuju jak sebab dah macam membazir. Tapi apa kan daya itulah adat sebelah bab ni.

Biasalah bila saudara mara dah berkumpul ni,masak nya pun banyaklah. Mumy lah yang jadi tukang masak. Hentam jaklah labu😂😂😂.

Malam sebelum kenduri tu,rumah memang dah sesak dengan saudara mara. Mula lah sesi mengisi paper bag tadi. Hmmmm...tak patut dibuat macam tu, memanglah niat nak bersedekah kan,tapi untuk orang yang tak mampu macam mana?😅😅😅😅

Dalam paper bag tu ada surah yaasin,enam jenis kuih muih,kain pelekat, minuman botol dan kelupis. Kalah dootgift orang kawen tau😂😂😂😂.

Yang tak bestnya tu, itu jadi macam kebanggaan yang buat orang riak. Bukan mumy yang riak okey😁😁😁😁. Mumy perhatikanlah insan-insan yang handle part tu. Antara dialognya " kain ni mahal aku beli untung siapa dapat". Itu bukan niat sedekah kan kalau dah show off.

Aikkk...luahan perasaan ke mumy? Bukanlah,mumy cuma memerhati dan jadikan semua tu teladan. Apa yang bagus kita ikut. Apa yang tak bagus kita buat pedoman kan😊😊😊😊.

Apa pun,alhamdulillah kenduri tu berjalan lancar. Semoga roh nenek ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin...

Itulah kisah yang mumy nak kongsikan. Lain tempat lain adat dan budayanya kan. Apa yang best orang puji mumy semakin awet muda tau😍😍😍😍😍. Muka semakin berseri dan semakin slim melim gitu. Alhamdulillah,itulah kesan konsisten ambil supplimen shaklee.

Cakap pasal shaklee, ada berita meletop mumy nak kongsi lagi. Nak tau tak? Jangan lupa sembang kopi kita yang akan datang okey. Jaga kesihatan dan kecantikan. Beauty is our passion.