Wednesday, 11 January 2017

3 Tips Ibu Bekerja Mengurus Keluarga

Assalamualaikum u all. Apa khabar semua? Rindu pula mumy dengan u all, maaf ya lama betul mumy menyepi. Hari ni mumy cuti seban CM Negeri Sarawak meninggal dunia semalam. Sedih rasa hati mumy. Yela bagi mumy beliau seorang pemimpin yang hebat dan berjiwa rakyat. Alfateua untuk beliau. Baiklah hari ni mumy nak kongsi tips ibu bekerjaya mengurus keluarga.

Mumy bukanlah hebat sangat pun tapi yelah sekadar nak berkongsi. Mana tau dengan perkongsian mumy ni ada di antara u all yang dapat manfaatnya. Insha Allah.

Mumy memang tabik spring dengan ibu-ibu yang ada anak ramai dan bekerja sepenuh masa. Bayangkan u all,macam mana nak urus keluarga bila kita terikat dengan tanggungjawab yang lain. Pagi turun kerja balik kerja urus keluarga. Hebatkan kuasa seorang ibu😊😊😊😊.

Macam mumy,mumy pun bekerja sepunuh masa dan ada anak-anak yang masih kecil. Setiap orang ada cara sendiri kan untuk urus kan keluarga.

Tempat mumy kerja ni tak macam tempat kerja orang lain yang ada kedai makan atau pun kanten. Sekolah mumy nun jauh di pedalaman. Dekat dah dengan sempadan Indonesia😊😊😊. Jadi kesimpulanya kami tak ada tempat nak beli makanan yang dah di masak. Kena masak sendiri. Hehe.

Bab-bab masak ni,mumy akan sedia bahan-bahan masak untuk esok hari tu awal-awal. Untuk sarapan dan makan tengah hari. Menu untuk sarapan dan makan tengah hari mumy akan masak waktu sebelum subuh. Around pukul 4 pagi macam tu. Menu sarapan simple ja, yang penting ada alas untuk makan waktu rehat. Sebab pagi,mumy dan abang mestilah dengan ESP dan Mealshake😊😊😊.

Kakak pula makan menu tengah hari. Sebab kakak ni biasa makan nasi awal. Kiranya kurang sikit kerja mumy. Makanan sampingan kakak pula babysitter tolong masak.

Bila menu tengah hari dah masak balik sekolah tinggal makan😊😊😊😊. Alhamdulillah, nasib baik abang tak kisah makan masakan yang awal di masak😂😂😂. Thank you abang.

Tips yang kedua pula macam mana nak urus kain baju yang banyak-banyak tu. Hehehe,bukan pemalas okey tapi kreatif😂😂😂😂. Mumy akui nak lipat baju tunggu waktu hujung minggu jak lah. Tapi bayangkanlah timbunan kain tu kan. Mengalahkan bundle😂😂😂. Cara mumy senang je. Tak payah lipat kain baju tu.

Mumy bukan ajar ajaran sesat atau ajaran pemalas tau. Ini khas untuk ibu yang bekerja dan sentiasa nak cepat tapi dalam masa yang sama keluarga tetap terurus.

Okey macam mana nak buat dengan kain baju tu? Senang je...jemur guna hanger pastu bila dah kering gantung aja. Tapi yang paling bagus sediakan tempat khas untuk gantung baju-baju tu. Asingkan ikut kategori senang nak cari kan😊😊😊😊? Best tak...jadi macam kedai pula hehehe. Dengan cara ni taklah kain baju tu menimbun.

Tips yang seterusnya pula yang ni untuk yang ada anak kecil. Anak kecil ni paling suka bila mainan diaorang ni bersepah serumah. Lagi bersepah lagi seronok. Yang ni jangan di marah anak tu,biar je sebab itulah salah satu daripada perkembangan mereka.

Caranya senang je,letak mainan tu dalam bakul besar yang cute di mata anak. Lepas tu bila dia dah sepahkan barang tu,ajar anak masukan mainan tu balik. Cakap je bakul nak makan ke,bakul sorang-sorang ke dan yang lagi bagus cakap dengan anak tolong u all kemas rumah. Puji-pujilah anak tu. Walaupun baru dua tahun,anak akan ikut cakap kita. Insha Allah 😊😊😊.

Baiklah u all,jana kuasa elkektrik sekolah mumy rosak. Panas macam dalam sauna rumah ni. Anak-anak pun merengek. Mumy layan mereka dulu ya. Jangan stress dan jagalah kesihatan serta kecantikan. Beauty is our passion

No comments:

Post a Comment