Adat Dan Budaya Yang Berbeza

Assalamualaikum dan selamat tahun baru u all. Belum terlambat rasanya mumy ucap kan?😊😊😊. Lama betul mumy menyepi kan,bukan sebab tak peduli dengan u all tapi banyak sangat perkara yang perlu di selesaikan. Sepanjang cuti sekolah tahun lepas memang lama mumy menyepi. Rasanya last kita sembang waktu mumy kat kampung abang kan. Tak apa,hari ni jom kita cerita tentang adat dan budaya nak tak? Ni kelas hubungan etnik ke mumy? Dengar dulu....😉😉😉😉

Bila balik kampung mumy,memang super sibuk mumy. Bayangkan lah, mumy sibuk tolong family untuk persediaan kenduri arwah nenek mumy yang ke empat puluh hari. Alaaaa...kenduri je pun tak kan lah dah sibuk macam CEO😡😡😡😡😡. Jangan marah u all,ni mumy nak cerita sikit tentang kenduri kematian kat tempat mumy.

Baiklah,bagi mumy adat yang terdahulu jangan dilupakan tapi dalam masa yang sama perlu dikaji semula. Kenapa mumy cakap macam tu?

Ini pertama kali mumy jadi watak utama jugaklah dalam kenduri hari tu. Ohya,lupa mumy nak bagitau nenek mumy sebelah bab meninggal di rumah mumy di Sabah. Kiranya kami lah tuan rumah kan?

Sambutan kenduri arwah yang ke empat puluh kalau tempat mumy kiranya klimaks dalam cerita novel. Macam kemuncaklah. Mumy pun tak tahu kenapa. Persediaannya umpama nak ada kenduri kawen yang besar-besaran okey.

Dua minggu sebelum kenduri saudara mara dah ramai berkampung untuk buat kuih muih yang akan dijadikan sebagai buah tangan jemputan. U all bayangkan lah dalam paper bag tu ada enam jenis kuih. Bila mumy tau tu,macam tak setuju jak sebab dah macam membazir. Tapi apa kan daya itulah adat sebelah bab ni.

Biasalah bila saudara mara dah berkumpul ni,masak nya pun banyaklah. Mumy lah yang jadi tukang masak. Hentam jaklah labu😂😂😂.

Malam sebelum kenduri tu,rumah memang dah sesak dengan saudara mara. Mula lah sesi mengisi paper bag tadi. Hmmmm...tak patut dibuat macam tu, memanglah niat nak bersedekah kan,tapi untuk orang yang tak mampu macam mana?😅😅😅😅

Dalam paper bag tu ada surah yaasin,enam jenis kuih muih,kain pelekat, minuman botol dan kelupis. Kalah dootgift orang kawen tau😂😂😂😂.

Yang tak bestnya tu, itu jadi macam kebanggaan yang buat orang riak. Bukan mumy yang riak okey😁😁😁😁. Mumy perhatikanlah insan-insan yang handle part tu. Antara dialognya " kain ni mahal aku beli untung siapa dapat". Itu bukan niat sedekah kan kalau dah show off.

Aikkk...luahan perasaan ke mumy? Bukanlah,mumy cuma memerhati dan jadikan semua tu teladan. Apa yang bagus kita ikut. Apa yang tak bagus kita buat pedoman kan😊😊😊😊.

Apa pun,alhamdulillah kenduri tu berjalan lancar. Semoga roh nenek ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin...

Itulah kisah yang mumy nak kongsikan. Lain tempat lain adat dan budayanya kan. Apa yang best orang puji mumy semakin awet muda tau😍😍😍😍😍. Muka semakin berseri dan semakin slim melim gitu. Alhamdulillah,itulah kesan konsisten ambil supplimen shaklee.

Cakap pasal shaklee, ada berita meletop mumy nak kongsi lagi. Nak tau tak? Jangan lupa sembang kopi kita yang akan datang okey. Jaga kesihatan dan kecantikan. Beauty is our passion.

Comments

Popular Posts