Simptom Kencing Manis

Assalamualaikum dan selamat pagi u all. Apa khabar u all? Hari ni mendung saja. Mendung tapi habanya masih terasa. Dunia dah semakin panas sekarang. Muhasabah diri. U all tengah buat apa? Pagi ni,mumy nak kongsi tentang simptom kencing manis. Adoiii...ngeri saja bunyinya kan. Macam dalam hospital pulak. Ngeri tak ngeri. Kita kena tahu jugak. Simptom kencing manis ni kalau dibiar macam tu saja atau kita buat tidak tahu saja kesannya nanti teruk u all. Menyesal pun tak ada gunanya lagi. Macam ajar karangan lah pulak...hehehehe...😂😂😂😂

Okey,okey apa itu kencing manis. Bagi mumy tak perlulah mumy terang panjang lebar ya. Kencing manis ni bukanlah sebab kencing kita tu rasa manis bak gula. Kencing manis ni kalau bahasa hospitalnya diabetis. Orang yang kerja bahagian perubatan tak kan cakap kencing manis,mesti dorang akan cakap diabetis.

Apa punca kencing manis ni? Puncanya utamanya ada dua. Satu sebab keturunan dan satu lagi disebabkan oleh gaya hidup. Yang keturunan tu,tak boleh nak cakaplah. Nak lari mana pun,kalau dalam DNA kita dah ada sakit tu memang kena juga. Tapi bagi mumy tak salah mencegah kan walaupun DNA kita memang ada sakit kencing manis ni. Punca gaya hidup ni, bagi mumy orang yang tak sedar-sedar lagi bahaya dan kesan kencing manis ni.

Kadang-kadang mumy sedih juga,bila mumy tengok gaya hidup orang yang tak berapa nak sihat. Makan makanan yang memang tak sihat. Tak bersenam. Pendek kata,mesti ada kata-kata ni, makan saja kalau sakit baru berubat. Yang ni lah bahagian yang paling salah. Bila dah sakit baru nak berubat. Eeeeee....ketuk lah ni. Kalau dah sakit baru nak berubat,tu yang jadi teruk sampai tahap kena potong tu. Mencegah lebih baik daripada merawat okey.
Apa simptom kencing manis ni? Okey simptom yang paling senang nak tengok bila kita tengok keadaan badan kita. Kalau dah obes semacam tu hmmmmm...cepat-cepatlah periksa okey.

Hehe..mumy gurau saja lah. Bukanlah asal badan besar tu kencing manis kan. Ada tu kurus kerempeng pun kencing manis jugak. Simptom yang pertama yang jelas sangat bila luka kita lambat sembuh. Ya ini simptom yang memang ketara. Dan penghidap kencing manis sering alami. Sebab tu penghidap kencing manis ni kalau luka bahaya tau. Luka tak akan sembuh dan yang paling teruk akan menjadi buruk dan akhirnya di potong untuk elak jangkitan bahagian yang lain.

Simptom yang kedua,bila jarak penglihatan kita makin kurang. Eh! Mumy yang rabun ni? Hamboiii...dengarlah dulu sampai habis okey. Yang ni maksudnya kebolehan melihat dengan jelas tu dah semakin kurang. Apa sebabnya tu mumy? Bagus soalan tu. Punca utamanya bila kandunga glukosa semakin tinggi dalam darah, kanta mata kita akan mengalami perubahan bentuk gitu. Bila bentuk dah berubah dari yang asal tu yang buat penglihatan semakin kabur. Dan lama kelamaan boleh menyebabkan buta. Ya Allah minta dijauhkan dari kita. Bahaya kan. 😰😰😰😰😰😰 takut mumy.

Simptom yang ketiga bila sering dahaga dan membuang air kecil. Pendek kata haus memanjang dan asyik kencing saja. Ala,normal lah kan kalau banyak minum,banyaklah kencing kan. Meh dekat sikit. Yang ni buka yang tu maksudnya. Maksud mumy,tekak tu rasa kering je...rasa haus je yang memang tahap gaban hausnya. Lepas tu asyik kencing saja. Apa puncanya ni. Ini terjadi bila ginjal kita bekerja keras untuk membuang air daripada badan. Walaupun air tu tak perlu dibuang. Hmm....kesiankan. 😨😨😨😨😨😨

Maaf ya u all,mumy kena stop dulu ni. Kerja hakiki dah memanggil mumy. Hehehe...😂😂😂😂semoga apa yang mumy kongsikan ni boleh bantu u all yang tengah cari simptom kencing manis. Ingat tu mencegah lebih baik daripada merawat.

Nak rawat kencing manis dengan Shaklee? Inshaa Allah boleh,yang penting kita berusaha untuk mencari kesembuhan. Jumpa lagi dalam sembang kopi yang akan datang.

Comments

Popular Posts